Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN A- JAWAB SEMUA SOALAN

1. Nyatakan kumpulan yang betul bagi haiwan berikut?


A) Reptilia – terdiri harimau
B) Burung – Penguin
C) Mamalia – Ikan Yu
D) Amfibia – Penyu
2. Rajah dibawah menunjukkan satu ekosistem kolam.

Penyataan manakah yng betul mengenai organisma hidup dalam ekosistem?


A. Terdiri daripada satu populasi sahaja.
B. Mempunyai persamaan ciri-ciri am organisma hidup.
C. Pelbagai jenis organisma hidup yang berbeza.
D. Interaksi berlaku dalam kalangan populasi sendiri sahaja
3. Antara yang berikut, manakah yang merupakan contoh komuniti?
A) Sekumpulan gajah dalam hutan.
B) Tanaman tomato di ladang sayuran.
C) Ikan dalam laut.
D) Ikan Belacak di tebing sungai
4. Rajah dibawah menunjukkan satu piramid nombor.

Apakah yang akan berlaku apabila populasi ular bertambah?


A. Helang akan kekurangan makanan
B. Ular akan bersaing untuk mendapatkan makanan.
C. Populasi padi berkurang
D. Populasi tikus bertambah
5. Makanan yang manakah yang digunakan untuk membina sel-sel baharu dan memperbaiki
tisu-tisu yang rosak.
A) Nasi
B) Ikan
C) Buah oren
D) Lobak merah
6. Nilai kalori bagi nasi ialah 15kJ/g. Hitung nilai kalori untuk 100 g nasi.
A 15kJ
B) 30kJ
C) 1500 kJ
D) 3000kJ

7. Rajah dibawah menunjukkan satu tabiat pemakanan yang tidak sihat dikalangan kanak-kanak.

Apakah kelas makanan yang ada di dalam diet ini?

A) Vitamin
B) Protein
C) Garam mineral
D) Lemak
8. Kelas makanan yang manakah betul dengan hasil akhir pencernaannya?

Kelas makanan Hasil pencernaan


A) Protein Asid amino

B) Lemak Glukosa

C) Karbohidrat Asid lemak da gliserol

D) Protein Glukosa

9. Antara yang berikut, yang manakah adalah penyakit yang berjangkit?


A) Kanser
B) Diabetes
C) Selsema
D) Asma
10. Penyakit berjangkit disebarkan oleh patogen. Organisma manakah yang dikenali sebagai
patogen?
A) Virus
B) Nyamuk Aedes
C) Tikus
D) Lipas
11. Antara amalan berikut, yang manakah boleh mencegah penyakit bawaan angin?
A) Meludah merata tempat
B) Tutup mulut dan hidung apabila batuk.
C) Berada ditempat orang ramai
D) Tidak memakai topeng muka untuk menutup mulut dan hidung.
12. Penyakit bawaan air yang manakah dipindahkan melalui air?
A) Denggi
B) Virus Zika
C) Kolera
D) Malaria
13. Bagaimanakah penyakit denggi dapat dicegah daripada terus merebak?
A) Dengan mengetatkan undang-undang melalui saman kepada premis yang kotor.
B) Mengamalkan diet seimbang
C) Memindahkan pesakit denggi dari orang ramai
D) Mengambil vaksin dan imunisasi
14. Antara penyakit berikut, yang manakah boleh dicegah dengan suntikan vaksin?
A) Hepatitis B
B) Denggi
C) Kanser peparu
D) Diabetes

15. Nyatakan kumpulan yang salah bagi haiwan berikut?

A) Reptilia – Iguana
B) Burung – kelawar
C) Mamalia – platipus
D) Amfibia –salamander

16. Makanan yang manakah yang digunakan untuk membantu pembekuan darah?
A) Vitamin K
B) Vitamin A
C) Zat besi
D) Kalium
17. Apakah enzaim yang terliba dalam pencernaan protein?
A) Maltase
B) Protease
C) Lipase
D) Amilase
18. Dimanakah pencernaan kimia protein bermula?
A) Mulut
B) Esofagus
C) Perut
D) Usus kecil
19. Lipas, lalat, nyamuk dan tikus merupakan agen penyebaran penyakit. Apakah nama bagi
haiwan-haiwan yang disebutkan?
A) Patogen
B) Virus
C) Kulat
D) Vektor
20. Berikut merupakan langkah penularan penyakit berjangkit kecuali?
A) Menigktkan tahap kebersihan diri, keluarga, tempat kediaman dan sistem sanitasi.
B) Pengambilan vaksin untuk kanak-kanak, ibu mengandung, pengendali makanan dan
jemaah haji.
C) Mengasingkan pesakit dengan orang lain.
D) Makan makanan seimbang.

Bahagaian B- JAWAB SEMUA SOALAN

1. Terdapat beberapa ciri bagi mengelas benda hidup dan benda bukan hidup.
a) Tandakan (/) bagi menunjukkan dua ciri-ciri benda hidup.

i) Membiak /

ii) Pegun

iii) Bernafas /

iv) Membuat makanan sendiri


( 2 markah)

b) Padankan vertebrata berikut dengan ciri yang betul.

Vertebrata Ciri-ciri

buaya Berdarah panas

Persenyawaan luar
helang (2
markah)
Badan diselaputi sisik keras
2. Rajah dibawah menunjukkan piramid makanan.
a) Berdasarkan piramid makanan, tuliskan kelas makanan yang menyebabkan penyakit jika
diambil secara berlebihan.

i) Obesiti K

ii) Diabetis N

iii) Masalah jantung K

( 3 markah)

b) Tandakan (/) tabiat pemakanan yang menyebabkan sembelit.

Mengambil terlalu banyak karbohidrat

Mengambil sedikit fiber /

Minum banyak minuman beralkohol

(1 markah)
3. Padankan jenis penyakit berjangkit berikut dengan cara penyebaran yang betul.
a)

Penyakit berjangkit Cara penyebaran


i) Selsema Melalui udara
ii) Kudis buta Melalui sentuhan
iii) Taun Melalui vektor
iv) Kencing tikus Melalui air
(2 markah)

b) Menggunakan jadual dibawah, kelaskan penyakit di bawah kepada dua kumpulan.


Denggi AIDS Kencing manis

Taun Serangan JAntung Kanser

Penyakit berjangkit Penyakit tidak berjangkit

DENGGI KENCING MANIS


AIDS KANSER
TAUN SERANGAN JANTUNG
(2 markah)

4. Nyatakan sama ada pernyataan dibawah BENAR atau SALAH.


a) Mikroorganisma hanya boleh menembusi kulit jika kita terluka atau cedera. (BENAR )
b) Lelilin di dalam telinga boleh memusnahkan mikroorganisma. ( BENAR )
c) Barisan pertahanan kedua badan ialah membran mukus yang melapisi salur pencernaan
( PALSU )
d) Antibodi ialah protein yang dihasilkan oleh sel darah putih. (BENAR )

(4markah)

5. Lengkapkan pengelasan tumbuhan dibawah.

Tumbuhan

Tumbuhan tidak berbunga Tumbuhan berbunga

b)PAKU PAKIS d)MONOKOTILEDON e) Dikotiledon


a)KONIFER

c) LUMUT

( 4 markah)

Bahagian C
6. Ladang kelapa sawit Pak Ali telah diserang oleh kumbang badak yang menyebabkan
pangkal pelepah sawit berlubang dan pucuk muda yang berkembang patah. Oleh itu,
pengusaha ladang sawit berusaha untuk mengatasi masalah tersebut dengan
membekalkan kulat Metarhizium Anisopliae di ladang sawit. Carta bar dalam rajah di
bawah menunjukkan populasi kelapa sawit dan kumbang badak sebelum dan selepas
dibekalkan kulat Metarhizium Anisopliae di ladang kelapa sawit.

A- Kelapa sawit B - Kumbang badak C – Kulat Metarhizium


anisopliae
a) Berdasarkan cata bar dalam rajah di atas, jelaskan perubahan pada populasi kelapa
sawit dan kumbang badak.
-POPULASI KELAPA SAWIT BERTAMBAH.
-POPULASI KUMBANG BADAK BERKURANG.
(2 markah)
b) Jelaskan bagaimana kaedah yang digunakan memberi kesan positif kepada pengusaha
ladang sawit dan alam sekitar.
-SUMBER PENDAPATAN MENINGKAT.
-MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR.
(2 markah)
c) Dalam situasi yang lain, ladang kelapa sawit Pak Ali juga turut diserang oleh populasi
tikus tetapi Pak Ali tidak menggunakan pestisid untuk mengawal populasi tikus
sebaliknya membina rumah bagi burung hantu dan menggunakan burung hantu sebagai
agen kawalan biologi untuk mengawal populasi tikus. Wajarkan tindkannya.
- KAWALAN BIOLOGI ADALAH LEBIH MESRA ALAM
- TIDAK MENJEJASKAN KESIHATAN MANUSIA BERBANDING KAWALAN KIMIA.
- LEBIH MURAH
(3 markah)
d) Apakah nama interaksi antara tikus dengan burung hantu?
MANGSA PEMANGSA (1 markah)
e) Berdasarkan carta bar dibawah, lukiskan bar bagi populasi kelapa sawit dan populasi
tikus selepas 1 bulan burung hantu tinggal di dalam ladang kelapa sawit.

200 200

100 100

SEBELUM SELEPAS

(2markah)

7) Mentega, keju,marjerin, minyak kelapa sawit, minyak zaiton merupakan makanan


ketegori lemak.

a) Berikan 2 fungsi lemak dalam tubuh badan manusia.


-MEMBEKALKAN TENAGA
-MELINDUNGI ORGAN DALAMAN (2 MARKAH)

b) Seorang kanak-kanak sering mngalami masalah gusi berdarah atau dikenali sebagai
penyakit skurvi. Ini desebabkan kekurangan pengambilan zat dalam pemakanan. Apakah
zat makanan yang kurang diambil oleh kanak-kanak tersebut?

VITAMIN C (1 markah)

c) Jadual dibawah menunjukkan nilai kalori bagi tiga kelas makanan yang utama.

Kelas makanan Nilai kalori ( kJ/g)


Karbohidrat 16
Protein 17
Lemak 37

Farihin dan adiknya telah makan nasi lemak yang mengandungi 50 g karbohidrat, 19 g
protein, 8 g lemak.

Hitung nilai kalori bagi nasi lemak itu yang diambil oleh farihin dan adiknya.

NILAI KALORI = 16X50 + 17X19 + 37X8


=1419 kJ/g (3
markah)

d) Berikut adalah keperluan kalori seseorang individu.

Individu Keperluan kalori dalam sehari


Kanak-kanak, wanita yang sangat tidak aktif dan 1500 kalori
warga emas
Kebanyakan pekerja pejabat 1800 kalori
Remaja, wanita yang sederhana aktif dan lelaki 2000 kalori
yang tidak aktif
Remaja lelaki, lelaki dan wanita yang aktif, lelaki 2500 kalori
dan wanita yang kurang berat badan

i) Ahmed bekerja sebagai seorang juruwang di sebuah pasar raya selama 8 jam
sehari, 6 hari seminggu. Dia menonton televisyen pada masa lapang dan
bermain badminton selama sejam seminggu sekali. Berapakah kalori yang
diperlukan dalam sehari?
2000 KALORI
(1 markah

ii) Encik Chan berusia 65 tahun dan tidak bekerja. Setiap hari beliau mengambil
makanan berikut:

2 cawan nasi putih........................................................ 400kcal


1 cawan sayur campur ................................................. 80 kcal
1 ketul ayam goreng .................................................... 290 kcal
1 telur goreng ............................................................... 110 kcal
1 gelas milo ..................................................................... 178kcal
1 gelas teh tarik .............................................................. 150 kcal
2 keping tofu ................................................................... 80 kcal

Adakah Encik Chan mendapat kalori yang mencukupi bagi usianya? Apakah kesan terhadap badan
dan kesihatan Encik Chan sekiranya beliau mengambil kalori berkurangan atau berlebihan daripada
apa yang diperlukannya. Cadangkan apa yang perlu dibuat bagi meyelesaikan masalah ini.

EN CHAN MENGAMBIL KALORI YANG BERLEBIHAN DARIPADA KEPERLUANNYA SETIAP HARI. BELIAU
BERISIKO MENGALAMI OBESITI DAN PELBAGAI PENYAKIT BAHAYA. BELIAU MESTI MENGHADKAN
JUMLAH KALORI DIMAKANNYA KEPADA 1500 KALORI SETIAP HARI DAN MELAKUKAN SENAMAN.

( 3 markah)

8. a) Doktor menggalakkan ibu untuk menyusukan anak kerana susu ibu mengandungi antibodi yang
dapat membantu melindungi bayi daripada jangkitan pelbagai penyakit.
i) Apakah yang dimaksudkan dengan antibodi?

-ANTIBODI IALAH PROTEIN YANG DIHASILKAN OLEH SEL DARAH PUTIH

- UNTUK MELAWAN ANTIGEN YANG DIHASILKAN OLEH PATOGEN YANG MENYERANG BADAN KITA
( 2 markah)

ii) Keimunan yang diperoleh oleh bayi daripada susu ibu dikelaskan sebagai keimunan pasif. Jelaskan
mengapa.
-ANTIBODI BUKAN DIHASILKAN OLEH BADAN BAYI SENDIRI
-TETAPI DIPEROLEH DARIPADA SUMBER LUAR
(2 markah)
iii) Nyatakan satu perbezaan di antara keimunan yang diperoleh daripada susu ibu dengan keimunan
yang diperoleh melalui imunisasi atau penvaksinan.
-KEIMUNAN YANG DIDAPATI DARIPADA SUSU IBU ADALAH SEMENTARA
-KEIMUNAN YANG DIPEROLEH DARIPADA VAKSIN ADALAH BERPANJANGAN
( 2 markah)
b) Nyatakan sama ada BENAR atau SALAH.
i) Mikroorganisma hanya boleh menembusi kulit jika kita terluka atau cedera. ( BENAR )
ii) Lelilin di dalam telinga boleh memusnahkan mikroorganisma. ( BENAR)

( 2markah)

c) Rajah dibawah menunjukkan satu strategi mempertahankan badan daripada jangkitan penyakit.

a) Nyatakan proses yang ditunjukkan oleh rajah diatas.


FAGOSITOSIS
( 1 markah)
b) Namakan sel X.
SEL DARAH PUTIH ( 1 markah)
9. Bayi yang baru dilahirkan akan disuntik dengan vaksin BCG.
a) Apakah yang terkandung dalam vaksin?
ANTIGEN YANG DIAMBIL DARIPADA VIRUS ATAU BAKTERIA YANG TELAH DILEMAHKAN ATAU
DIMATIKAN
(1 markah)
b) Apakah fungsi vaksin MMR?
Bagi melindungi orang ramai daripada penyakit CAMPAK, BEGUK DAN RUBELLA DAN MENGHALANG
KOMPLIKASI YANG BOLEH DISEBABKAN OLEH PENYAKIT-PENYAKIT TERSEBUT. ( 1 markah)
c) Pada pendapat anda, apakah yang mungkin akan berlaku kepada kanak-kanak yang tidak diberikan
suntikan vaksin MMR jika mereka terdedah kepada virus yang menyebabkan penyakit beguk.
MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT TERSEBUT BERBANDING KANAK-KANAK YANG SUDAH DIVAKSIKAN
DAN KOMPLIKASINYA YANG SANGAT TERUK DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN.
( 1markah)
d) Lengkapkan jadual di bawah dengan jenis-jenis keimunan.
Cara menjadi imun Keimunan pasif atau Semulajadi atau Buatan
Keimunan aktif
Anak mendapat antibodi daripada a) KEIMUNAN PASIF b) SEMULAJADI
susu ibu.
Di suntik vaksin c) KEIMUNAN PASIF d) BUATAN

Sembuh dari jangkitan e) Keimunan aktif f) SEMULAJADI

Di suntik antiserum g) KEIMUNAN PASIF h) SEMULAJADI

( 7 markah)

10) a) Apakah maksud pencernaan?

PROSES PEMECAHAN MAKANAN DARIPADA MOLEKUL YANG BESAR KEPADA MOLEKUL YANG LEBIH
KECIL SUPAYA BOLEH DISERAP KE DALAM DARAH ( 1 markah)

b) Lengkapkan peta alir tentang aliran makanan didalam salur pencernaan.

a) Mulut b) ESOFAGUS c) PERUT d)Duodenum

h) ANUS g) Rektum f) USUS BESAR e)USUS KECIL

(5 markah)

c) Tandakan (/) bagi dua pernyataan yang betul tentang pencernaan makanan di dalam perut.

i) Pepsin mencernakan maltosa kepada


kepada glukosa

ii) Asid hidroklorik mengaktifkan protease dan /


membunuh bakteria di dalam makanan yang
masuk ke dalam perut.

ii) Renin mencernakan protein kepada


pepton.

iv) Protease mencernakan protein kepada /


polipeptida.

( 2 markah)

d) Nyatakan satu penyebab sistem keimunan lemah dan satu tabiat yang menguatkan sistem
keimunan.
Penyebab sistem keimunan lemah - TEKANAN PERASAAN OR TERSEDAH KPD PESTISID OR
TERDEDAH KEPADA UDARA TERCEMAR OR MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
Tabiat yang menguatkan sistem keimunan – TIDAK MEROKOK OR BERSENAM OR TIDUR DAN
REHAT YANG CUKUP OR MEMBUAT PEMERIKSAAN BEKALA. ( 2 markah)

11. Kenalpasti jenis kitar nutrien yang ditunjukkan dalam diagram-diagram di bawah. Jelaskan
peranan tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam kitar-kitar tersebut.

a)

i) Jenis kitar
KITAR KARBON ( 1 markah)
ii) Peranan haiwan
HAIWAN MELAKUKAN RESPIRASI DENGAN MENGGUNAKAN OKSIGEN DAN
MEMBEBASKAN KARBON ( 2 markah)

b)
i) Jenis kitar
KITAR AIR
( 1 markah)
ii) Peranan tumbuh-tumbuhan

AKAR MENYERAP AIR MENJADIKAN STRUKTUR TANAH KUKUH DAN MENYEBABKAN ALIRAN AIR DI
BAWAH TANAH PERLAHAN BAGI MENGHALANG HAKISAN TANAH DAUN-DAUN YANG GUGUR DAN
MENUTUPI PERMUKAAN TANAH MEMBANTU MENGURANGKAN KADAR PENYEJATAN AIR DARI
PERMUKAAN TANAH.
( 3 markah)

c)

i) Jenis kitar
KITAR OKSIGEN ( 1 markah)
ii) Peranan tumbuh-tumbuhan
TUMBUHAN MELAKUKAN RESPIRASI DENGAN MENGGUNAKAN OKSIGEN DAN MEMBEBASKAN
KARBON DIOKSIDA. TUMBUHAN HIJAU MENYERAP KARBON DIOKSIDA UNTUK PROSES FOTOSINTESIS
DAN MEMBEBASKAN OKSIGEN.
(2 markah)

Anda mungkin juga menyukai