Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 - 6

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “Saya ingin tahu akan sebab ____________________ tidak hadir ke kelas bimbingan
semalam,” tanya Cikgu Kamalia kepada murid-murid Tingkatan 2 Murni.
A. engkau
B. kalian
C. kita
D. mereka

2. Darlina dan Suraya bersahabat baik. ________________ sering mengulang kaji di

perpustakaan bersama-sama.
A. dia
B. kamu
C. kami
D. mereka

3. Murid-murid prasekolah itu sedang menjalani latihan untuk menyertai acara

______________ yang akan diadakan pada hujung minggu ini.
A. sukaneka
B. kugiran
C. jerayawara
D. tadika

4. Dua buah tapak ……………….. yang dipercayai digunakan sebagai tapak petempatan
dan tapak kilang peleburan besi telah ditemukan di Sungai Batu, Lembah Bujang.
A. perasejarah
B. prasejarah
C. pra-sejarah
D. pra sejarah

5. Cerita seram yang akan ditayangkan di pawagam itu bukan cerita __________ semata-
mata tetapi diadaptasikan daripada kisah benar.
A. rekaan
B. tiruan
C. buatan
D. gubahan

1
6. Kakak __________ tikar mengkuang di ruang tamu rumah nenek setelah dia selesai
menyapu sampah.
A. menebarkan
B. membesarkan
C. menerbangkan
D. membentangkan

Soalan 7 – 8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Chin Meng mengupas buah limau itu dengan hati-hatinya.

II Dia mengupas badannya yang kepanasan dengan surat khabar.
III Mak andam mengupas wajah pengantin sebelum majlis persandingan.
IV Forum itu mengupas permasalahan dalam kalangan remaja kini.

A. I dan III sahaja

B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. II dan IV sahaja

8. I Hujan yang turun pada malam tadi sungguh kuat.

II Sungguhpun Joe kuat makan, badannya tetap kurus.
III Walaupun sudah tua, datuk saya masih kuat mengayuh basikal ke pekan.
IV Apabila membeli perabot, saya mengutamakan barangan yang kuat buatannya.

A. I, II dan III sahaja

B. II, III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja

2
Soalan 9 – 11

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

9. Seorang dari peserta pertandingan syarahan itu telah menarik diri.

A. Seorang daripada peserta-peserta

B. Seorang daripada peserta
C. Seorang dari peserta-peserta
D. Seorang dari peserta

10. Dia menggunakan sos tiram semasa memasak resipi baharu itu.

A. gunakan sos tiram

B. digunakan sos tiram
C. mengguna sos tiram
D. menggunakan sos tiram

11. Perdana Menteri mengingatkan rakyat agar hidup saling bantu-membantu antara satu sama
lain.

A. saling membantu
B. saling berbantu-bantu
C. saling bantu-bantu
D. saling bantu-membantu

Soalan 12 – 13

Pilih ayat-ayat yang betul.

12. I Bungkusan yang dikirimkan oleh abang saya itu belum saya terima.
II Pengetua meminta kerjasama daripada ibu bapa untuk meningkatkan prestasi
murid-murid.
III Siapa yang ingin turut serta dalam lawatan itu diminta mengisi barang yang
disediakan.
IV Tidak sedikit jasa yang nelayan curahkan kepada masyarakat.

3
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja

13. I Berbagai jenis kuih-muih dijual di gerai itu.

II Pada lengannya terdapat bekas sengatan lebah.
III Helmi membeli sebentuk cincin permata untuk tunangnya.
IV Karangan itu mesti kamu siapkan di dalam kelas.

A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. I, III, dan IV sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

Soalan 14 dan 15

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

14. Satu daripada aspek penting dalam pembentukan keluarga bahagia ialah sikap tolak
ansur sesama ahli keluarga.
A. Kerjasama antara ahli keluarga merupakan ciri keluarga bahagia yang paling utama.
B. Dalam pembentukan keluarga bahagia, perlu ada sikap kerjasama antara anggota
keluarga.
C. Keluarga bahagia merupakan antara aspek penting dalam pembentukan sikap tolak
ansur sesama ahli keluarga.
D. Anggota keluarga yang bertolak ansur sesama mereka merupakan antara faktor utama
pembentukan keluarga bahagia.

15. “Wah, cantik betul perabot yang awak beli ini,” kata Dila kepada Yati.
A. Dila mengatakan kepada Yati bahawa dia kagum akan kecantikan perabot yang dibeli
oleh Yati.
B. Dila memberitahu Yati bahawa dia baru membeli perabot yang sungguh cantik.
C. Yati mengatakan bahawa dia kagum dengan Dila yang baru membeli perabot yang
cantik.
D. Dila dan Yati kagum akan kecatikan perabot yang baru dibeli oleh mereka.

4
Soalan 16

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

16. Azrul mendapat pujian daripada Cikgu Hanim, padahal

Danial yang bertungkus-lumus menyiapkan projek itu.

Peribahasa yang sesuai dengan keadaan di atas ialah

A. burung terbang dipipiskan lada.
B. orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya.
C. lembu punya susu, sapi dapat nama
D. sekali jalan kena, dua kali jalan tahu.

Soalan 17- 20

Baca pantun di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PANTUN ALAM REMAJA

Elok rupanya kumbang jati, Hanyut batang berlilit kumpai,

Dibawa itik pulang petang, Terdampar di ujung Tanjung Jati,
Tidak terkatakan besar hati, Bonda pulang bapa pun sampai,
Melihat ibu sudah pulang. Kita semua berbesar hati.

Dibawa itik pulang petang, Ramai orang bersorak-sorak,

Dapat di rumput bilang-bilang, Menepuk gendang dengan rebana,
Melihat ibu sudah pulang, Alang besarnya hati awak,
Hati cemas menjadi hilang. Mendapat baju dengan celana.

Ayam kinantan terbang mengekas, Mahulah kami hendak melapun,

Hinggap di ranting bilang-bilang, Lapun dibawa orang menjaja,
Melihat bonda pulang lekas, Jangan marah kami berpantun,
Hatiku besar bukan kepalang. Budak kecil biasa manja.

Kita menari keluar bilik,

Sebarang tari kita tarikan,
Kita menyanyi adik beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan. (Dipetik daripada Antologi Baik Budi, Indah
Bahasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

5
17. Apakah perkara yang membuat anak-anak berasa gembira?
A. Mendapat makanan yang banyak.
B. Memperoleh kejayaan yang besar.
C. Mendapat rehat yang secukupnya.
D. Melihat ibu bapa pulang ke rumah.

18. Nilai yang terkandung pada rangkap terakhir pantun ialah

A. keberanian
B. kemaafan
C. keprihatinan
D. kecekalan

19. Frasa Sebarang nyanyi kita nyanyikan merupakan contoh gaya bahasa
A. repetisi
B. metafora
C. inversi
D. sinkope

20. Pernyataan yang berikut ialah bentuk Pantun Alam Remaja, kecuali
A. pantun ini berbentuk terikat.
B. terdiri daripada tujuh rangkap.
C. semua rangkapnya ialah maksud.
D. semua bilangan barisnya sama.

6
NAMA:................................................................................ KELAS: ...................................

Jawapan soalan objektif hendaklah di tanda pada ruangan yang disediakan dibawah. Gunakan
pensel 2B bagi menanda jawapan pilihan anda. Pilih satu jawapan terbaik sahaja.

1.  11. 

2.  12. 
3.  13. 
4.  14. 
5.  15. 
6.  16. 
7.  17. 
8.  18. 
9.  19. 
10.  20. 
   
   
   
   
   

7
BAHAGIAN B
[15 markah]

Soalan 1(a)

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) “Siapkan semua kelengkapan sekarang kerana saya mahu berburu di hutan,” titah baginda
Sultan kepada Bendahara Putih.

_________________________________

(ii) Bangunan pencakar langit itu ialah tanda mercu bandar raya Kuala Lumpur.

_________________________________

(iii) Pelajar pintar itu duduk di baris belakang antara Mukhlis dengan Suzana di dalam kelas 2
Gigih.

_____________________________

[3 markah]

Soalan 1(b)

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

(i) Ruang tamu yang kecil itu menjadi semakin sempit kerana terdapat pelbagai jenis
perabut.

___________________________

(ii) Mangsa yang terlibat dalam kemalangan di lebuhraya itu telah dihantar ke hospital
untuk mendapatkan rawatan.

___________________________

[2 markah]

8
Soalan 2

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Bahan 1 Bahan 2

Terima Kasih, Cikgu

Kutulis warkah ini kepadamu
kerana di dadaku ada rahsia terpendam
bagaimana untuk kuluahkan terima kasih
kepadamu insan berhati mulia
setelah aku mengenal angka untuk mengira
dan huruf untuk membaca.

Engkaulah guru yang paling setia

mengajar aku makna perjuangan hidup
berdiri bagai lelaki gagah memimpin
bersimpuh bagai wanita anggun dan santun
bertutur dengan akal dan budi
juga menjadikan aku
manusia berilmu yang disanjung.

Terima kasih, guruku

kutulis warkah ini
kerana luhur budimu
yang tidak terbalas
oleh pujian dan sanjungan.

Norshamiah Shamsudin
Madrasah Sham Al-Johori

1. Beradasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan tanggungjawab para guru terhadap anak murid.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
[3 markah]

9
2. Berikan dua nilai yang terdapat dalam bahan 1.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
[3 markah]

3. Guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam melahirkan anak-anak didik yang berjaya.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang pelajar dapat menghargai jasa guru mereka?
____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
[4 markah]

10
BAHAGIAN C
[15 markah]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Soalan 1

Baca petikan berikut dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
tujuan pemberian kerja rumah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi
tidak semestinya dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri. Oleh
itu, kerja rumah diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan diri murid. Kerja
rumah juga menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Justeru, kerja rumah
perlu disiapkan oleh murid secara individu atau kumpulan. Namun, perkara ini telah menimbulkan
rungutan kerana kerja rumah dikatakan telah 'merompak' masa anak-anak untuk berkembang dari
segi jasmani.
Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa
menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Namun, perlu
diingat bahawa kerja rumah sememangnya diberikan bagi membuka peluang kepada ibu bapa
mahupun ahli keluarga yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Kerja rumah
juga dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang dipelajari oleh
anak-anak mereka di sekolah.
Menurut kajian, antara rahsia kejayaan seseorang murid adalah apabila sentiasa ada
tugasan yang dilakukannya tentang sesuatu yang dipelajari di sekolah. Dengan itu, kerja rumah
merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya kerana mereka sentiasa
belajar dan membuat latihan. Di samping itu, guru memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah
supaya tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan
multimedia seperti televisyen, komputer, Internet dan sumber-sumber maklumat lain seperti buku,
majalah dan akhbar pula menjadi sumber sokongan yang penting bagi murid membuat kerja rumah.
Oleh itu, kerja rumah yang diberikan, diharapkan dapat membantu murid meneroka perkara-
perkara baharu daripada sumber-sumber maklumat yang tidak diperoleh di bilik darjah.
Pemberian kerja rumah dibuat dengan mengambil kira faktor masa
senggang murid. Kerja rumah diberikan agar mereka dapat mengisi masa senggang mereka
dengan aktiviti yang berfaedah yang menjurus ke arah kecemerlangan mereka dalam bidang
pelajaram
Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat pelbagai pandangan tentang kerja rumah,
namun hakikatnya kerja rumah banyak memberi kesan positif kepada murid-murid.

(Dipetik dan diubah suai daripada

'Pengurusan kerja Rumah yang Elektif’
oleh Dr. Hj. Mohammed Sani bin Hj. Ibrahim,
Pendidik, Bil 14)

11
ATAU

Soalan 2

Lihat maklumat berkaitan faedah-faedah melancong di bawah dengan teliti. Berdasarkan

maklumat yang diberikan, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

12
No. Soalan

__________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

13

KERTAS SOALAN TAMAT

14

Anda mungkin juga menyukai