Anda di halaman 1dari 2

4 tanda wanita jatuh cinta

By admin On July 7, 2011 · 4 Comments

Lebih 70% wanita bersetuju mereka tidak akan


meluahkan perasaan sebaliknya hanya menunjukkan tanda mereka sebenarnya telah jatuh cinta.
Wanita mempunyai cara yang tersendiri untuk memberitahu seseorang lelaki mengenai perasaan
mereka. Ianya terpulang kepada lelaki tersebut untuk memahaminya atau mungkin mereka tidak
akan berjaya mengesannya. Didalam artikel ini, t5 akan menerangkan mengenai 4 tanda
sekiranya wanita telah jatuh cinta.

Pandangan mata- Pandangan mata seorang wanita biasanya lebih terbatas berbanding mata
lelaki yang lebih liar. Sekiranya anda sedar seseorang wanita yang gemar memerhatikan
tingkahlaku anda walaupun secara bersembunyi, ia mungkin menunjukkan perkara yang positif
bahawa mereka mungkin berminat atau telah jatuh cinta terhadap diri anda. Ianya terpulang
kepada anda untuk mengambil tindakan yang seterusnya.

Senyuman- Apabila hubungan mata telah dibuat, ia biasanya disusuli dengan senyuman. Ini
mengukuhkan lagi bahawa mungkin wanita tersebut telah bersedia untuk mengenali anda dengan
lebih lanjut. Selain daripada itu, tanda ini juga menunjukkan bahawa wanita tersebut bersedia
sekiranya anda ingin memulakan perbualan.

Perbualan- Kebanyakan wanita masih berpegang terhadap kepercayaan bahawa lelaki yang
perlu untuk memulakan perbualan terlebih dahulu dan bukannya mereka. Sekiranya wanita yang
memulakan perbualan terlebih dahulu, ia adalah tanda yang kukuh bahawa mereka mungkin
berminat terhadap diri anda. Memulakan perbualan adalah merupakan cara mudah untuk
mengenali seseorang dengan lebih rapat.

Bahasa tubuh- Apabila anda telah memulakan perbualan tetapi wanita tersebut menunjukkan
reaksi tubuh yang kurang selesa, ia bukan bermakna mereka tidak berminat terhadap diri anda.
Berkemungkinan ia disebabkan oleh faktor gemuruh berhadapan dengan orang yang mereka
telah memendam perasaan. Jangan terlalu awal membuat penilaian. Ambil masa untuk
mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.

Anda mungkin juga menyukai