Anda di halaman 1dari 2

6 Cara Memikat Perempuan

Hati perempuan memang sukar untuk diduga. Menyelami hati mereka bermakna mencari
apakah yang diingini oleh seseorang perempuan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu
serta memahami apakah yang mungkin boleh menyebabkan lelaki sukar mempertahankan
hubungan yang dibina dan bakal berhadapan masalah ketika hidup bersama mereka
nanti. Ketahuilah perempuan biasanya tidak sukakan lelaki yang mudah berputus asa,
tidak dapat memberikan tumpuan atau komitmen sepenuhnya terhadap satu-satu
perhubungan, kedekut, berlagak pandai dan sebagainya. Jadi antara perkara yang
boleh kamu lakukan dan perbaiki dari masa ke semasa untuk menjaga perhubungan kamu
agar terus berkekalan.

1. Jadilah lelaki pemaaf

Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang
pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego dan sukar untuk
memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin
kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita
kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang
mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk
membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu barkan sahaja
apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak
sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat,
jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa

Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi


pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka
impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah
berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan
yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan
kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu
benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan
sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah
permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap
kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah
kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu
ikhlas an jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha
menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan
sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuanjuga
sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir
dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Komitmen

Masuk bab komitmen ni, sesetengah lelaki payah sikit untuk memberikan komitmen
sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada
dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama
menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri.
Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan
seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen
sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan
yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu
lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang
terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat
laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu
trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.
4. Berlagak pandai

Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi
kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu
menunjuk-nunjuk lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awa
perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap
lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan
lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak
tahu�

5. Berkongsi pendapat

Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang
pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada
diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara.
Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang
terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta
pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah

Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah
sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya?
Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu
juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu
hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu
terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu
memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan
berbelanja, tetapi biarlak ada batasannya. Bukan apa, ini smeua untuk kebaikan
kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.

Anda mungkin juga menyukai