Anda di halaman 1dari 22

Alangkah bertuahnya badan jika orang yang kita minati, yang kita jeling-jeling setiap hari, yang kita

termimpi-mimpi, rupa-rupanya sama menaruh hati. Mustahil? Tak juga. Sebenarnya, kalau bercakap soal hati, lelaki dan wanita, walaupun ada persamaannya, namun tetap ada yang berbeza. Kali ini, saya tidak berhasrat untuk menulis mengenai cara memikat wanita, tetapi bagaimana memenangi hati lelaki. Apa yang menariknya, yang menulis artikel ini juga lelaki, yang ikhlas membicarakan, dari hati ke hati. Baiklah, untuk menawan hati si dia, anda harus: 1) Jadi Seperti Perempuan Duhai kaum Hawa sekalian, jika anda ingin menawan hati lelaki, jadilah seperti wanita! Kebanyakkan orang lelaki tidak akan tertarik dengan orang perempuan yang tidak seperti perempuan. Gaya lenggang anda ketika berjalan, tutur bicara anda, gerak-geri anda, adab sopan anda, pakaian anda, adakah semuanya seperti seorang perempuan? Anda harus sedar bahawa kami lelaki, menganggap wanita itu lembut, halus, tertib, penuh kesantunan dan sebagainya. Jika perwatakan anda kasar, berjalan seperti kaki pukul, orang lelaki pun takut. Pendek kata, jadi feminin, bukan maskulin! 2) Jangan Terlalu Tunjuk Pandai Bukannya lelaki benci atau tak suka wanita yang cerdik dan bijak. Namun jika anda menunjukkan seolah-olah anda lebih bijak dari lelaki, ini akan menimbulkan perasaan yang agak tidak selesa bagi lelaki tersebut. Kalau anda nak tahu, lelaki suka jika pasangannya memujinya kerana kepintaran dan kecerdikannya. Ingat, walaupun mungkin anda tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk atau menrendah-rendahkannya, jangan sampai anda calarkan egonya dengan menunjukkan anda terlalu bijak untuk dirinya. Beri peluang untuk dia mempamerkan kebijaksanaannya dan bakat kepimpinannya yang ada. Minta darinya pendapat atau cadangan kerana tidak secara langsung anda telah mengiktiraf dan mengakui kehebatannya dan mereka juga akan berasa bangga. Ingat, tiada halangan untuk anda menjadi genius sekalipun, namun, bila bersama dengan lelaki kesayangan anda, pandai-pandailah kawal diri. 3) Ambil dan Jaga Hatinya Jika anda ingin menawan hati lelaki, anda juga perlu pandai mengambil hatinya. SMS lah padanya bertanyakan sudah makan atau belum, bagaimana dengan kerjanya di pejabat dan sebagainya. Dengan kata lain, jadilah seorang yang caring! Tapi nasihat saya, janganlah terlalu sibuk bertanya itu dan ini padanya kerana takut-takut rimas pula jadinya nanti. Asalkan si dia tahu bahawa anda mengambil berat tentang dirinya cukuplah. Selain itu, anda juga boleh masak masakan kegemarannya untuk mengambil hatinya. Tak tau masak? Tiada masalah. Anda boleh mengambil hatinya walaupun apa yang anda berikan padanya hanyalah sebungkus kerepek ubi pedas. 4) Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Kewanitaan Percaya atau tidak, walaupun memasak, menjahit, mengemas, menghias dan sebagainya bukanlah kemahiran wajib yang perlu anda tahu, namun memiliki kemahiran tersebut merupakan bonus buat anda. Orang lelaki akan lebih tertarik jika mereka tahu anda pandai memasak, menjahit, rajin mengemas dan sebagainya. Jika anda ada kemahiran memasak contohnya, tunjukkan kehebatan anda. Biarkan si dia rasa masakan anda yang paling special

ataupun buat kejutan dengan menyediakan menu kegemarannya. Jangan pandang rendah pasa kuasa masakan. Dalam rumahtangga, masakan adalah rahsia isteri memikat hati suami mereka! Sebenarnya, selain menaikkan saham anda, ilmu dan kemahiran-kemahiran ini menonjolkan lagi nilai keibuan yang ada pada diri anda. Mereka pasti cair! 5) Berikan Dirinya Peluang Jangan lakukan segalanya seorang diri, tetapi berilah dia peluang untuk mengurat atau memikat anda pula. Kalau difikir-fikirkan, rata-rata bagi orang perempuan, lelaki lah yang patut memulakan, betul tak? Ciptalah peluang agar dirinya dekat dengan anda. Berikan dia ruang agar dia dapat melihat anda atau menghampiri anda tanpa sebarang halangan. Lelaki ini ramai yang pemalu. Jika anda sering berada dalam kelompok kawan wanita anda, mungkin dia malu untuk menghampiri. Sekali-sekala, tak salah untuk berada di luar kelompok tersebut untuk memberi ruang padanya. 6) Cari Persamaan Persamaan itu menimbulkan tarikan. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan menjadikan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam. Mungkin anda boleh berkongsi hobi, makanan kegemaran, warna kesukaan dan model kereta yang sama. Tetapi ingat, jangan sampai anda terpaksa menipu dengan mewujudkan persamaan ciptaan anda sendiri. Sebaiknya, cuba cari persamaan yang benar-benar wujud antara anda dan dirinya. 7) Hampir Dengannya Orang yang paling hampir dengan kita, yang selalu berada dekat dengan kita, adakah kita mudah melupakannya? Mungkin tidak. Selain persamaan, ahli psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat atau hampir degan kita. Jadi, usahakanlah agar anda selalu berada hampir dengannya. Cara yang paling mudah ialah menjadi kawannya. Berkawanlah dengannya dahulu. Lagipun anda perlu mengenali hati budinya terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bercinta dengannya, apatah lagi menjadikannya sebagai teman hidup. Bagaimana dengan kecantikan? Tak dinafikan, lelaki mudah tertarik dengan kecantikan raut wajah dan tubuh badan. Tapi, bukankah kecantikan itu subjektif. Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada mata orang lain. Percayalah, setiap insan diciptakan berpasangan. Apapun, sebagai wanita, anda perlu pandai menghias diri. Janganlah dibiarkan diri nampak selekeh dan tidak terurus. Sebenarnya kalau nak diikutkan, banyak lagi ingin saya kongsikan. Namun, cukuplah dengan apa yang telah saya sajikan. Sedikit ilmu dan pandangan ini harap bukan sekadar jadi renungan, tapi biarlah diamalkan.

Cara Nak Tahu Lelaki Betul-Betul Sukakan Perempuan (Serious)


Share2886 Assalamualaikum

Hello

overemo

girls

and

steady

boys.

Well, kalau di fikir-fikirkan balik, dah lama aku tak mengata perempuan kan. Aku ingat lagi dulu-dulu bila aku berhenti mengata perempuan, ada seorang awek pernah tanya: "Kenapa Mr K dah tak mengutuk perempuan macam dulu? Bosan lah" Bila aku dapat soalan seperti di atas, aku mengerutkan dahiku yang licin sambil menyelak rambut yang ikal tanpa kelemumur dan berkata "What the hell yang you guys nak sebenarnya ni?" Then selepas tu baru aku realized yang perempuan ni suka bila kena sound direct-direct. Bila dah kena sound, buat-buat marah. Tapi follow juga belog ni. Cakap ah suka bila kena sound. Kan senang. ;) Dan memandangkan aku asyik mengata perempuan dengan jujur, maka ramai lah awek-awek comel datang ke blog dan follow blog aku. So, boleh kata hampir 90% followers blog aku adalah perempuan. Dan korang tahu lah perempuan ni. Sikit-sikit nak eww-eww. Sikit-sikit nak eww eww. Mengada-ngada betul. Nasib baik comel. Dan korang ingat lagi tak pasal post bergambar di bawah?

Rujuk

entri

ini.

Well, kesian betul kan bila aku tengok ramai awek-awek comel di luar sana asyik kena dump dengan lelaki penipu. Berkali-kali kena dump. Sebab tu lah aku tak support couple-couple ni. Aku tak pernah kata couple ni haram atau apa. Cuma, jangan couple dengan lelaki yang korang baru jumpa beberapa bulan. Sebab korang sure end up dengan heartbroken. Apa pun gadis comel sekalian. Jangan risau kalau balak korang tinggalkan korang. Lagi pun, Abang K kan ada. Abang K baik tau. Baik dan setia. Setia pada yang empat. Atau mungkin lima. So, memandangkan Abang K hari ni baik hati. Abang K nak bagi tahu sikit lah apa yang lelaki akan buat bila dia betul-betul suka kat perempuan tersebut.

Dengan

kata

lain,

lelaki

tu

suka

kat

korang

kalau...

Perangai dia berubah bila bersama dengan korang. Pernah tak korang jumpa lelaki yang garang gila. Bila lepak dengan member, pakai baju stock mat rempit ah koyak rabak. Rambut pulak tak kalah nak style punk je. Tapi bila dengan gadis yang dia sayang, dia jadi lembutttt sangat. Lembut macam bukan setakat pijak semut tak mati tapi pijak gajah pun tak terasa. Suara pun romantik je bila tengah gayut.

Lelaki macam ni memang taste perempuan suka. Ah, tak payah cakap you girls nak lelaki yang muka jambu macam pelakon korea. Bullshit je semua tu. Girls zaman sekarang suka lelaki yang muka jahat. Perangai jahat. Tapi baik. Err i mean, iyalah, lelaki tu pakai baju koyak rabak. Rambut punk. Naik motor RXZ. Baju seluar semua hitam. Tapi tolong nenek tua lintas jalan. Perh, confirm cair perempuan tengok. Dia marah gila-gila, tapi bila korang pujuk, mudah je dia hilang marah. Lelaki memang sukakan benda-benda cantik. Benda-benda cantik seperti.... ikan dan seahorse. Dan tak lupa juga perempuan. Lelaki memang sukakan perempuan cantik. Dan comel. Tapi tak guna gak kalau cantik dan comel kalau tak memikat kan? Apa yang aku maksudkan di sini adalah kemampuan seorang perempuan. Ada certain perempuan tu ada muka yang membuatkan lelaki rasa sejuk je bila tengok. Dan ada dertain perempuan yang amat pandai memujuk tanpa menggoda. Dengan kata lain, kalau lelaki tu marah gila-gila then anda la satu-satunya orang yang mampu buat dia sejuk then itu maksudnya dia mungkin ada wink-wink dengan korang. Sebagai contoh, you girls lah. Korang emo gila. Mungkin emo sebab kena marah, atau sebab kena tinggal dalam mall atau apa-apa je lah. Mesti di saat tu anda inginkan lelaki yang anda sayang untuk pujuk anda kan? Actually bukan ada apa pun. Emo anda tu bila-bila je boleh hilang. Tapi still anda nak lelaki yang anda suka tu pujuk kan?

Mengada-ngada. Bila lelaki luangkan masa dengan korang.

Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada lelaki pause dota semata-mata kerana korang? KORANG TAU TAK? God... seriously korang kena sedar nak-nak bila lelaki tu tengah main DOTA online (Garena). Lelaki kalau dia gilakan dota, dia memang akan utamakan dota. Tapi once dia utamakan korang, maknanya dia utamakan korang dari game? It's a big deal. Duh. Dan biasanya, kalau lelaki tu suka kat korang, dia akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk korang. Tak kira lah situasi apa sekalipun, dia mesti akan ada masa untuk korang ye tak? Paling busuk pun tengah lunch mesti dia boleh text kan? Dan bila dia kata 3 hari straight dia tak ada masa langsung untuk anda, itu maksudnya anda dalam bahaya dan mungkin anda dah membosankan dia. Bila lelaki tu perasan akan benda-benda yang paling kecil yang korang ada / buat. Kadang kadang, lelaki bila dia bergayut (Calling-calling) atau borak-borak dengan awek dia. Si lelaki bukan dengar sangat pun apa yang si perempuan tu cakap. Kadang-kadang lelaki romantik macam aku hanya akan tengok gelagat dia, cara dia bercakap dan sebagainya. Kalau bergayut pula, aku lagi suka dengar dia bebel. Dengar dia ketawa sensorang then ikut dia ketawa bila dia ketawa. Kelakar doe. Kelakar dan comel. Dan sweet.

So, apa yang lelaki akan perasan? Lelaki akan perasan tentang cara dia bercakap. Lelaki akan perasan bila masa biasanya si gadis akan ketawa. Lelaki akan perasan tentang cara si gadis susun ayat. Contohnya bila ada "Tapi" di belakang ayat. Dan most of the time, lelaki akan perasan si gadis punya nada. Actually lelaki romantik macam aku je yang perasan. Biasalah, romantik. Lelaki melayu kan romantik. Dia mula kenalkan korang dengan famili dan kawan dia. Ini adalah benda yang amat common. Aku nak cerita pun malas. Tapi bila si lelaki ajak lepaklepak dengan kawan-kawan dia, tu ada beberapa maksud. First, itu bermaksud dia nak cakap "Oi kawan-kawan, tengok ah sini. Walaupun aku huduh, tapi awek aku comelllll. Tak macam korang. Muka handsome. Tapi awek tak der gak. Dan maksud yang ke dua adalah... Wait, why the hell bila lelaki kenalkan awek dia kat kawan-kawan dia bermaksud lelaki tu serious? Yes, dia akan kenalkan korang kat kawan-kawan sebab lelaki dan kawan-kawan memang tak boleh di pisahkan. Dan kalau boleh, lelaki nak semua kawan-kawan dia berkawan dengan si awek. So boleh la si lelaki tu keluar dengan awek dia bersama kawan-kawan dia. Dan pada masa yang sama, lelaki tak nak si perempuan tu mengongkong dia dari keluar dengan kawankawan lelaki. Well, korang boleh tanya kawan dia. Korang boleh menyamar sebagai bekas kawan sekolah bf korang then korang tanya la kawan baik dia. Most of kawan lelaki akan tahu samaada kawan-kawan dia sedang bercouple / playboy atau tak. Tapi lelaki biasanya tak ceritakan siapa awek dia kat kawan-kawan dia even kat kawan rapat dia. Tapi, kawan lelaki sure tau samaada your boy tu dah ada special someone or not, kan? So, korang boleh susun langkah track your boy. Bila korang lari, lelaki tu akan kejar.

Lelaki mudah bosan. Iya. Kadang-kadang, dia rasa nak main game je memanjang. Dia mungkin akan main PC game sampai ignore awek dia. Tapi once dia habis main that game, dia akan mula tercari-cari awek dia. Then bila awek dia ignore, perh, lagi la si lelaki rasa nak cari. Yup, semakin perempuan lari, semakin kuat lah si lelaki kejar. Well, aku pernah tonton sebuah movie di Diva. Tajuk citer tu adalah Play The Game. Antara quote dalam movie tu adalah "Love; You either know it when you meet her, or when you lose her." So bila si lelaki tu rasa dia kehilangan that girl, dia biasanya akan rasa gelabah. Masa ni lah korang boleh gelak-gelak tengok apa yang dia buat untuk dapatkan you balik. Fun thing yang lelaki biasanya tak boleh buat kat perempuan.

Kalau dia betul-betul suka kat korang, dia akan hormat segala batas. Hormat yang aku maksudkan di sini adalah pergaulan korang. Tak adanya kalau korang bercouple, si lelaki usap-usap tangan korang sambil bayangkan benda bukan-bukan. Dan tak adanya lelaki tu pandang punggung korang sambil meleleh air liur. Okay fine memang ada. Tapi lelaki macam tu mostly kejar seks semata-mata. Dan kebanyakkan girls adalah bodoh tak bijak sebab fall for him. Tapi cuba you all fikir balik. Andai kata korang sayangkan satu benda, korang nak jaga elokelok tak? Kalau aku lah kan. Kalau aku jumpa seorang awek comel, bertudung litup, muka suci then pakai baju kurung setiap hari, aku rasa macam nak culik dia dan sorok dalam almari. Iyelah. Dia tu comel. Tapi macam mana kalau ada lelaki playboy yang jahat tapi pandai mengurat nak tackle dia? Macam mana kalau awek tu TERjatuh cinta kat that boy? Mesti rosak that girl kan? See, aku dah kata aku ni baik korang je tak percaya. *Ehem.*

Tapi korang kena ingat. Lelaki ni pandai. Perempuan pula tak berapa nak pandai. Eley, perempuan belajar tinggi-tinggi tapi balik-balik kena tipu dengan lelaki lepasan SPM gak. End up masuk bilik gak. Yes, most of perempuan tahu yang lelaki serious bila lelaki tu ajak kahwin. Tapi korang kena ingat. Lelaki pun tahu yang perempuan tahu. So, bila-bila masa je lelaki boleh ajak perempuan tu kahwin dan berpura-pura serious. Then bila perempuan setuju dan happy gila, si lelaki dengan bijaknya akan berkata "You you. Kita akan kahwin nanti kan. So, apa kata you buktikan cinta you kat I. Malam ni check in hotel jom?" Eh, jangan terkejut kalau aku kata ramai dah terpedaya dengan lelaki buat ayat macam tu. Dan, conclusionnya, yes, seseorang lelaki tu MUNGKIN sukakan kau kalau dia buat bendabenda di atas. Persoalannya, lama mana dia akan suka kat kau?

10 Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih


August 4th, 2011 12:54 PM | by Informasi My | cinta.

Bukan semua percintaan akan berakhir dengan kegembiraan seperti yang diangankan. Kalau tidak, masakan ramai yang frust menonggeng kat luar tu. Anda pernah di tinggalkan kekasih? Bagi sesiapa yang belum tu bolehlah mengangkat tangan tanda syukur tapi yang dah pernah laluinya, bagaimana pulak? Melukakan hati kan? tak percaya? Tanya pada sesiapa yang ada pengalaman. Silap hari bulan ada yang serik nak bercinta. Hidup solo lagi bagus. Apa-apa pun setiap hubungan mesti ada pasang dan surutnya. Tapi kalau asyik surut je.. anda dalam bahaya tu.. Kali ini kami akan memberi beberapa tip tanda-tanda awal yang orang tersayang nak meninggalkan anda. Sila-silakan la.. 1. Bila nak ajak keluar dating, macam-macam alasan yang dia beri.. tak sihatlah mak ajak keluar makan la jiran dia kena culik la. Pendek kata 1001 alasan dia beri pada anda dan sesetengahnya tu pula, alasan memang tak masuk akal langsung.. Jadi tak reti-reti lagi? 2. Masa tengah hangat bercinta dulu bukan main romantik lagi, mulut tak pernah lekang dengan ungkapan sayang, rindu, cinta dan sebagainya. Lepas tu pulak kalau membahasakan diri mesti guna perkataan yang manis, manja seperti sayang, baby, honey, darling dan yang seangkatan dengannya. Tup-tup sekarang ni dah bertukar pulak. Kadang-kadang terdengar dia bahasakan diri kau aku je. Lagi best kalau tiba-tiba kita dengar dia panggil woi! je. Tu memang dah bengang la dengan lu la tu. hahaha.. angkat kaki la.. apa lagi. 3. Gambar anda tidak lagi menjadi salah satu barang berharga dalam dompetnya atau di meja bilik tidurnya. Lagi teruk bila gambar yang pernah anda beri pada dia tu, anda jumpa di bawah katil, dalam bonet kereta atau tengah lelong kat mudah.my.. haha. Pendek kata meratarata la dia letak. 4. Bila keluar dating, dia mula buat muka. Jadi pendiam tak banyak cakap, tidak ceria dan tak bersemangat. Lebih banyak menggunakan isyarat angguk dan geleng saja bila ditanya. Kerjanya kejap-kejap asyik tengok jam di tangan. Selalu nampak cemas dan gelisah. Lepas tu kalau dating tak suka di tempat yang tersorok dan jarang menjadi tumpuan. haaa ada makna tu.. 5. Tangannya tetap tak lekang dengan handphone, kejap-kejap tup tap tup tap layan sms. Lepas tu pulak kalau kita nak tengok handphone dia, macam-macam alasan dia kasi. Baginya

handphone tu dah macam nyawanya sendiri. Bergaduh bagai nak rak pun tak apa, janji handphone diat tak jatuh ke tangan anda. 6. Waktu yang paling best baginya ialah bila tak keluar dating dengan anda. Waktu tu personalitinya terus berubah daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang periang. Baginya hari-hari tanpa anda di sisi adalah heaven yang teramat sangat. 7. Topik yang selalu dielakkan bila bersembang dengan anda ialah topik bertunang, kahwin dan cerita tentang perancangan bersama di masa hadapan. Pantang buka cerita itu saja, terus saja dia tukar topik lain. Tidak pun, dia buat-buat busy, baca paper.. tengok TV.. tengok kucing.. tengok langit.. 8. Tiba-tiba je akhir-akhir ni dia selalu sangat bercerita tentang keburukan dirinya pada anda. Cerita tu pula semuanya cerita baru yang anda langsung tak pernah dengar sebelum ni. Lepas tu ada penambahan skrip kononnya dia ada penyakit yang tak boleh dirawat dan sebagainya. Ayat wajib yang dia kan kata ialah Awak carilah orang lain sebagai pengganti saya, kerana saya tak nak menghampakan awak di kemudian hari. 9. Kalau dulu boleh bergayut di telefon sampai sejam lamanya tapi kini dan lain. Baru bercakap lima saat, dia dah mula buat alasan untuk hentikan perbualan. macam-macam alasan dia beri, jiran sebelah rumah datanglah.. adik menangis mintak susulah.. nak kena beri makan kucinglah.. kena angkat kain di jemuranlah.. pendek kata ada je idea dia. Hmmmm.. jadi, apa cer ni? 10. Suka cerita kosong je tak bercerita tentang kelebihan dan kehebatan teman-teman lelakinya yang lain. Sebenarnya kalau setakat apa, tapi ada kalanya dia sengaja buat perbandingan dengan anda, hinggakan ada ketikanya anda berasa begitu kerdil dan langsung tidak dihargai. tanyalelaki.com tags : 1001 alasan, cara tinggalkan kekasih, di tinggalkan kekasih, frust menonggeng, hangat bercinta, macam mana nak tau kekasih nak tinggalkan kita, main romantik, Melukakan hati, tanda akan ditinggalkan kekasih, tanda di tinggalkan kekasih, tanda kekasih akan tinggalkan kita, tinggalkan kekasih, ungkapan sayang

95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu!


47 comments 1331Share 1. 2. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas. 3. Lelaki benci kekasih di'ngurat' 4. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.

5. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia. 6. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap. 7. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang. 8. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda. 9. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis. 10. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu. 11. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda. 12. Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap.. 13. Lelaki juga boleh menangis! 14. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun. 15. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap. 16. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka. 17. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali. 18. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apaapa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan. 19. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta. 20. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda. 21. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok". 22. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas. 23. Lelaki benci gay! 24. Lelaki sayangkan ibu mereka. 25. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros. 26. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya. 27. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia. 28. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.

29. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan. 30. Perempuan adalah kelemahan lelaki. 31. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka. 32. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu. 33. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta. 34. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil. 35. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana. 36. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia. 37. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ... 38. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda. 39. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain. 40. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.

41. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah. 42. Lelaki boleh berbual tentang apa pun. 43. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka. 44. Lelaki berfikir terlalu banyak. 45. Fantasi lelaki tidak terbatas. 46. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki. 47. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 48. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu. 49. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih. 50. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu. 51. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

52. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal. 53. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah. 54. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan. 55. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup. 56. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya. 57. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya" 58. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus. 59. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya. 60. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting! 61. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah. 62. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah. 63. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan. 64. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki 65. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya. 66. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up 67. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta. 68. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia 69. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda. 70. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini! 71. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.

72. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.

:) 73. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan. 74. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik. 75. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka. 76. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan. 77. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah. 78. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya. 79. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah. 80. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut. 81. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya. 82. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu. 83. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda. 84. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda. 85. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda. 86. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka. 87. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda! 88. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.

89. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda. 90. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating. 91. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

92. Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!' 93. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda. 94. Lelaki benci perempuan yang gedik. 95. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda. 96. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ...

RAHSIA MENAMBAT HATI LELAKI

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki? Terima lelaki agar dia menerima anda Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain Terimalah lelaki sebagai sediakala. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda. Fahamilah lelaki agar dia memahami anda Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya. Sanggup memberi untuk menerima Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri. Percaya untuk dipercayai Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya. Menangkan lelaki untuk menang Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya keduaduanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda. Sifat negatif akan membuah kesan negatif Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah. Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula. Beri kepada lelaki apa yang dia mahu Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan. Tunjuk minat tulin terhadap lelaki Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda. Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda. Panggillah lelaki dengan panggilan manja Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita. Hormati dia sebagai lelaki Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat. Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka: Hidup lelaki lebih mudah Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan

bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki. Bahasa lelaki adalah berlainan Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. Lelaki suka membisu Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu. Lelaki tidak kompleks Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. Jangan paksa lelaki Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau. Lelaki berahsia dengan lelaki lain Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima. Lelaki pentingkan kejujuran Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya. Lelaki tidak suka dikritik Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian. Lelaki juga mahukan sokongan Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: saya cintakan abang.. atau Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang Lelaki dan ego Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya. Lelaki mesra tanpa beremosi Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki. Lelaki suka menyelerak Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ibu. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak. Lelaki diumpan menerusi matanya Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki. Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang: 1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan 2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan. 3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya. 4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya. 5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita. 6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya. 7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih

rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri. 8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak. 9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum. Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki. Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita. 1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut. 2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan. 3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita. 4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka. 5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya. Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

Anda mungkin juga menyukai