Anda di halaman 1dari 6

Kupasan Prosa Tradisional:

ASAL  PADI
SINOPSIS

Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh
kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri
orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung
sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya
pula berlubang.

Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang mandi dan
bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke kayangan. Apabila
sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat sebuah
dusun berkilau seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya
padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga dusun itu, tetapi
hanya dibenarkan merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan tersebut, Si
Bongsu telah memasukkan padi di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh
penjaga dusun sehingga tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi kerana kakinya sakit dan
meminta bekerja dengan penjaga dusun itu.

Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil padi, lalu
diambil segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka pada tumitnya. Dia
kemudian meminta izin untuk pulang ke bumi. Dia juga mengatakan telah bertaubat dan tidak mahu
mengambil apa-apa lagi. Penjaga padi percaya akan kata-kata Si Bongsu lalu membenarkannya
pulang ke bumi. Sampai di bumi, Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah menghasilkan padi
yang baik. Namun , sebaik sahaja padi di bumi membuahkan hasil, padi di kayangan pula tidak
menjadi, menyebabkan budaya hidup padi di kayangan telah hilang.

Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di bumi. Apabila
burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah lebat. Burung pipit mengambil
kesempatan memakan padi tersebut dan apabila pulang ke kayangan dia melaporkan tiada tanaman
padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya dengan kata-kata burung pipit lalu menghantar
pula Si Tekuri. Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi. Apabila sampai di bumi Si Tekuri
mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Dalam
pertarungan itu pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke
arah tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok burung pipit berada di tengkuknya.

PLOT
Binaan Plot

(a) Permulaan – Mengisahkan sepasang suami isteri yang banyak memiliki harta. Suami isteri
tersebut telah meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang anak lelaki yang masih kecil. Anak
sulung yang bernama Si Bongsu sudah agak besar tetapi kakinya cacat.
(b) Perkembangan – Si Bongsu bertemu dengan tujuh orang puteri yang sedang mandi di kolam
ikannya. Si Bongsu meminta izin untuk mengikuti ketujuh-tujuh orang puteri itu ke kayangan. Setiba
di kayangan, kesemua puteri itu hilang. Si Bongsu berasa kusut. Tiba-tiba, Si Bongsu melihat benda
berwarna kuning sedang dijemur di sebuah dusun. Pada sangkaan Si Bongsu benda kuning itu ialah
emas. Empunyanya memberitahu Si Bongsu benda kuning itu sebenarnya padi. Si Bongsu meminta
sedikit padi untuk ditanam di bumi. Permintaan Si Bongsu tidak diperkenankan, sebaliknya dia diberi
nasi untuk merasai keenakan nasi tersebut.

(c) Klimaks – Si Bongsu mencuri segenggam padi lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Empunya padi
itu telah mengejar Si Bongsu. Empunya padi telah menangkap Si Bongsu di tangga pelangi dan
membanting Si Bongsu sehingga menyebabkan tumitnya luka. Si Bongsu merayu kepada empunya
padi untuk mengikutnya ke kayangan. Si Bongsu sanggup menjadi hamba kepada empunya padi
itu. Dia tidak dibenarkan melakukan pekerjaan lain kecuali menjaga dan mengawasi padi yang
sedang dijemur. Setelah beberapa lama berada di kayangan, Si Bongsu mendapat akal untuk
menyorokkan beberapa butir padi di lubang luka di tumitnya. Kemudian, Si Bongsu meminta izin
pulang ke bumi. Permintaannya diperkenankan oleh empunya padi itu setelah yakin bahawa Si
Bongsu tidak mencuri padi di kayangan.

(d) Peleraian – Si Bongsu tiba di bumi dengan selamat. Si Bongsu pun menanam padi dan 
mengeluarkan hasil yang menyenangkan. Sebaliknya, padi di kayangan tidak ada daya hidup.
Empunya padi itu menghantar burung pipit ke bumi untuk melihat sama ada padi ada ditanam atau
tidak. Burung pipit memberitahu empunya padi bahawa tiada padi yang ditanam di bumi. Empunya
padi tidak mempercayai katakata burung pipit itu. Dia menghantar Si Tekuri dan burung pipit ke
bumi semula. Akhirnya, burung pipit dibunuh oleh Si Tekuri kerana berbohong kepada empunya
padi.

Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Monolog.

TEMA
·         Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan
Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa
pulang ke bumi.

PERSOALAN
·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o    Contoh: Si Bongsu dengan berani  memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri
namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya
·Kebijaksanaan mencari akal.
o    Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam
sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


o    Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu
kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
·Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o    Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Si Bongsu

Seorang lelaki.
Seorang anak yatim piatu.
Anak bongsu daripada dua beradik.
Seorang yang berani.
·         Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke
bumi.

Seorang yang bijak mencari akal.


·         Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di
tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih


·         Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun dia masih kecil.

Seorang yang rajin.


·         Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di
kayangan.

Seorang yang berpandangan jauh.


·         Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat
menikmati kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan
Si Sulung

Abang kepada Si Bongsu


Anak yatim piatu.
Seorang yang setia.
o    Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.
Anak yang cacat.
o    Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan
kedua tumitnya berlubang.
·         Seorang yang gigih.
o    Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )

Seorang yang sangat berhati-hati


o    Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si
Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang bertimbangrasa.


o    Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam
mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

Seorang yang baik hati


o    Contoh:  Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.     

·         Seorang yang cerdik


o    Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit  apabila melihat paruh pipit
nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

Burung Pipit
·         Seekor burung yang tidak jujur
o    Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi
sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.
·         Seekor burung yang licik
o    Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya
meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan
kebenarannya.

LATAR
Latar Masa

Waktu siang.
o    Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi
dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat

   Di kampung
o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi
menampung keperluan mereka.

   Di Kayangan
o    Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di  
o    kayangan.

Di kolam
o    Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung
o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan
peninggalan orang tua mereka.

Masyarakat kayangan.
o    Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

Masyarakat yang patuh kepada arahan.


o    Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi
bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA
Peribahasa
o    Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

Kata ganda
o    Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

sinkope
o    Contoh: tak, ku

imej alam
o    Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

Hiperbola.
o    Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

·         Simile.
o    Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.
NILAI
Nilai keberanian.
o    Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun
ke bumi.

Nilai kesetiaan
o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Nilai kepatuhan.
o    Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.

Nilai kebijaksanaan.
o    Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di
dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.


o    Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.


o    Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi di
dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.


o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

·         Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.


o    Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya
sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Anda mungkin juga menyukai