Anda di halaman 1dari 3

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BERSAMA

PROGRAM GALAKAN MEMBACA


KERTAS KERJA PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BERSAMA
PERINGKAT SEKOLAH

1. Nama Program :

”5 MINIT MEMBACA BERSAMA”

2. Latar belakang program


Program 5 minit Membaca Bersama termasuk dalam ProgramGerakan Tabiat
membaca. Ia merupakan salah satu aktiviti utama Kementeri Pelajaran Malaysia
yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan
pembelajaran sepanjang hayat. Program dan aktiviti gerakan tabiat membaca akan
dilaksanakan sepanjang masa.

3. Tema :

”MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN SEMUA”

4. Matlamat

Memupuk minat membaca dan cintakan buku dikalangan murid-murid.

5. Objektif Penganjur
5.1 Meningkatkan minat membaca di kalangan warga SKPK terutama murid-murid.

5.2 Beri pendedahan kepada warga SKPK mengenai adanya Program 5 min Membaca
Bersama.

5.3 Memberi peluang kepada terutama murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti


berkaitan dengan perbukuan.

5.4 Memberi peluang kepada murid untuk mengenali penulis-penulis buku tersohor
dan menjadikan penulis tersebut sebagai model.

6.Kumpulan Sasaran

Seluruh warga SKPK terutama murid-murid SKPK


7. Perlaksanaan

7.1 Masa – 7.00 pagi hingga 7.15 pagi


7.2 Tempat – Tapak Perhimpunan
7.3 Jangkamasa – 3 hari seminggu sepanjang tahun
7.4 Aktiviti – membaca bersama rakan-rakan seama 15 minit setiap hari
Selasa, Rabu dan Khamis

8. Tarikh perlaksanaan
Januari hingga November

9.Strategi perlaksanaan
1. Bina kertas kerja
2. Perbincangan dalam Mesyuarat Guru.
3. Perbincangan bersama pengerusi panitia BM, PSV, B.Arab dan AJK
4. Perlaksanaan program
5. ”Post Mortem” dan Penyediaan laporan
6. Hantar laporan ke pejabat.

10. Anggaran Kos


-tiada-

11. Ahli Jawatankuasa Program –Rujuk lampiran

12. Pelan Tindakan/Jadual Kerja :

Anda mungkin juga menyukai