Anda di halaman 1dari 6

Perlembagaan Badan Kebajikan Guru Dan Staf

Sekolah Kebangsaan Taman Puteri


Batu 9, Jalan Hulu Langat
43200 Cheras,Selangor

PENDAHULUAN
Badan Kebajikan Guru Dan Staf (BKGS) ialah satu badan untuk bekerjasama dengan pihak pentadbir
sekolah mencapai cita-cita, idea guru dan menjaga kebajikan guru-guru serta kakitangan sekolah.

1. ARTIKEL 1 :
1.1. Kelab ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan Guru Dan Staf (BKGS) Sekolah Kebangsaan
Taman Puteri.
1.2. mandat diberikan kepada Jawatankuasa BKGS untuk menentukan dan melaksanakan
sesuatu keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat AJK.

2. ARTIKEL 2:
2.1. Tujuan dan objektif
2.1.1.Memastikan anggota BKGS mengamalkan prinsip Rukunegara.
2.1.2.Menyamaikan semangat dedikasi terhadap ikhtisas dan idea staf sekolah.
2.1.3.Memelihara dan meninggikan kebajikan semua anggota BKGS.
2.1.4.Memperbaiki dan meninggikan kebajikan semua anggota BKGS.
2.1.5.Memupuk semangat bersatu padu, bekerjasama dan kekeluargaan sekolah.

3. ARTIKEL 3:
3.1. Keahlian :
3.1.1.JENIS KEAHLIAN
 Semua guru dan kakitangan SKTP adalah menjadi anggota badan ini secara
automatic.

3.1.2.HAK ANGGOTA
 Mengemukakan cadangan atau aduan kepada AJK BKGS
 Mengundi dan bersuara
3.1.3.KEWAJIBAN ANGGOTA BKGS
 Mematuhi dan mengdukung perlembagaan BKGS
 Menghormati dan melaksanakan keputusan AJK BKGS
 Mempertahankan maruah dan nama baik BKGS
 Memelihara harta BKGS
 Menjelaskan yuran tanpa pengecualian

4. ARTIKEL 4:
4.1. ANGGOTA JAWATANKUASA BKGS TERDIRI DARIPADA :
 Pengerusi
 Setiausaha
 Bendahari
 Ajk mengikut kerluan

4.2. CARA PERLANTIKAN JAWATANKUASA


 Perlantikan adalah melalui mesyuarat agung yang diadakan pada awal tahun (
selewat-lewatnya pada bulan Februari setiap tahun )

4.3. FUNGSI DAN KUASA


 Bertanggungjawab menentukan dasar BKGS sejajar dengan tujuan dan objektif
perlembagaan yang dirangka.
 Merancang dan mengawal perbelanjaan BKGS dengan mengambil kira bimbingan
dan nasihat Penasihat BKGS.
 Mengawal harta benda dan kewangan BKGS.
 Peka dan bertindak dengan persekitaran persekolah yang berhubungkait dengan
anggota BKGS.

4.4. MESYUARAT JAWATANKUASA BKGS


4.4.1.MESYUARAT AGUNG
 Mesyuarat perlu diadakan selewat-lewatnya pada bulan Februari setiap awal
tahun dan dihadiri oleh semua anggota BKGS.
 Sebarang usul boleh dikemukan selewat-lewatnya sebelum mesyuarat diadakan
4.4.2.MESYUARAT BIASA
 Setiausaha akan memberitahu terlebih dahulu sebelum tarikh dan masa yang
ditetapkan. Setiausaha menyediakan dan menyampaikan agenda mesyuarat
kepada AJK.

4.4.3.MESYUARAT TERGEMPAR
 Pengerusi pada bila-bila masa boleh memanggil AJK untuk mesyuarat
tergempar.
 Pengerusi akan mempengerusikan setiap mesyuarat.
 Setiausaha hendaklah mencatat dan menyimpan minit mesyuarat AJK dan
mengemukakan kepada pengerusi untuk pengesahan.
 Setiausaha hendaklah memaklumkan tarikh, masa dan agenda mesyuarat
kepada penasihat dan AJK sebelum mesyuarat dimulakan. Setiap mesyuarat
jawatankuasa mestilah dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang penasihat.

4.4.4.TEMPOH PERKHIDMATAN
 Jawatankuasa akan mula bertugas sebaik sahaja pemilihan rasmi dibuat.
 Jawatankuasa akan menjalankan tugasnya sehingga pemilihan baru dibaut
 Penasihat berhak melantik pengerusi sementara sekiranya berlaku pertukaran
pengerusi atau sehingga pemilihan baru dibuat.
 Jawatankuasa yang telah dipilih pada tahun semasa hanya boleh dipilih semula
selepas 3 tahun berikutnya.

5. ARTIKEL 5
5.1. Tahun kewangan
 Tahun kewangan BKGS hendaklah berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
 Pada akhir tahun kewangan, tunai di tangan sebanyak RM100 hendaklah
ditinggalkan untuk dibawa ke tahun hadapan.

5.2. Yuran
 Setiap orang ahli hendaklah membayar yuran bulanan sebanyak RM10 kepada
bendahari BKGS bermula bulan Januari hingga Oktober sahaja setiap tahun.
 Anggota BKGS yang gagal menjelaskan yuran 6 bulan berturut-turut tanpa sebarang
sebab yang munasabah, hak keistimewaan anggota akan dilupuskan.
 Anggota BKGS yang bercuti belajar lebih daripada 6 bulan dan tidak mencarum,
maka hak keistimewaannya dilupuskan.

5.3. Bendahari hendaklah mengemukakan akaun kewangan setiap kali mesyuarat jawatankuasa
dan mesyuarat Agung Tahunan BKGS.

5.4. Bendahari hanya mengeluarkan wang dengan persetuuan pengerusi, setiausaha dan
bendahari mengikut keperluan dan baki kewangan BKGS

6. Artikel 6

SUMBANGAN KEBAJIKAN

6.1. Pertukaran/ bersara pilihan/ berpindah


 Setiap anggota BKGS sekolah ini adalah berhak menerima sumbangan. Sumbangan
tersebut adalah berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh jawatankuasa.
 Kadar itu adalah seperti berikut :
 Selain sumbangan RM5 daripada setiap ahli, ahli BKGS yang berkenaan juga akan
menerima RM40 untuk tahun pertama dan RM5 bagi setiap tahun perkhidmatan
(RM5 x jumlah tahun berkhidmat) di sekolah ini.

6.2. Perkahwinan
 BKGS akan menyumbang sebanyak RM5 seorang kepada ahli BKGS yang mendirikan
rumahtangga.

6.3. Kematian
 Kematian waris terdekat ( suami/ isteri/ ibubapa@mertua dan anak) maka ahli BKGS
akan menerima sumbangan sebanyak RM30 beserta derma kilat dan sumbangan
ikhlas.
 Ahli BKGS yang meninggal dunia juga menerima sumbangan sebanyak RM100 bagi
setiap kematian dan derma kilat serta sumbangan ikhlas.
6.4. Rawatan perubatan
 BKGS akan memberi sumbangan sebanyak RM30 atau barang senilai dengannya
kepada ahli yang sakit dan menerima rawatan di hospital ( hanya sekali dalam
setahun) kecuali bersalin.

6.5. Ahli BKGS bersara wajib


 BKGS akan menyumbangkan RM5 daripada setiap ahli. Ahli yang bersara juga akan
menerima RM40 untuk tahun pertama dan RM5 bagi setiap tahun berikutnya
perkhidmatan di sekolah ini.

6.6. Jamuan akhir tahun/ perpisahan


 Jamuan ini akan diadakan setiap akhir tahun di hotel atai mana-mana tempat yang
sesuai.
 Semua anggota BKGS diwajibkan hadir semasa jamuan ini.
 Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya peruntukan tidak mencukupi
 Bayaran subsidi tidak akan dipulangkan bagi anggota yang tidak hadir.
 Sekiranya ada ahli yang membawa pasangan atau keluarga, maka bayaran tambhan
akan dikenakan.

6.7. Menyambut cahaya mata pertama


 Ahli BKGS yang kali menyambut cahaya mata di sekolah ini akan diberikan
sumbangan sebanyak RM30 atau barangan senilai dengannya

6.8. Bantuan khas/ bencana alam


 Jika berlaku kemalangan semasa menjalankan aktiviti yang melibatkan urusan
sekolah di bawah arahan pentadbir, sumbangan maksimum akan diberikan sebanyak
RM50 dan juga derma kilat.

6.9. Pinjaman
 Anggota BKGS boleh memohon dan meminjam maksimum RM100 sahaja dan mesti
dijelaskan dalam tempoh 2 bulan.
7. ARTIKEL 7
7.1. Guru pelatih/ guru ganti adalah terkecuali daripada dikenakan bayaran yuran bulanan BKGS
ini. Namun digalakkan menyumbang untuk sebarang program bersama kelab ini.

Anda mungkin juga menyukai