Anda di halaman 1dari 1

Amirul Azman B Nazari

SK Tanah Abang
D/a PPd Mersing,
Km2 Jalan Jemaluang,
86800 Mersing ,
Johor Darul Takzim.
Rujukan Tuan: SPP/11/PJJ/JG2/770328065897(13)
Rujukan saya: JPNJ/95990/SktanahAbang
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
MALAYSIA
Aras 1- 4 Blok B3
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 W.P PUTRAJAYA
MALAYSIA
(u.p :YUSWAN BIN YUNUS)

RAYUAN PINDAAN TARIKH PERLANTIKAN PEGAWAI


PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS DG41)

Dengan segala hormatnya perkara diatas di rujuk.

2. Saya merupakan pegawai PPPLD yang telah berkhidmat selama 13 tahun dan menamatkan
pengajian PJJ pada tahun 2010. Saya konvokesyen pada 20 November 2010 , membuat permohonan
SPP 4 januari 2011 dan ditemuduga pada 15 oktober 2012. Saya merasakan tidak adil dibuat
sedemikian (mendapat lantikan 2 januari 2013) kerana senioriti 2 tahun lebih telah hilang serta
kedudukan saya telah sama dengan mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian pjj.

3. Merujuk surat Tuan SPP/11/PJJ/JG2/770328065897(13) bertarikh 1 April 2013 dilampirkan


tawaran lantikan DG41 ialah pada 2 Januari 2013. Saya dengan rendah diri mohon untuk membuat
rayuan pindaan tarikh lantikan kepada Januari 2011 kerana sebahagian rakan seperjuangan sekelas
sepengajian tamat 2010 mendapat lantikan oktober 2010.

4. Tambahan pula, saya terpaksa menunggu 5 tahun lagi untuk DG44 sedangkan rakan saya
yang beruntung (mendapat lantikan 2010) hanya menunggu tahun 2015 untuk merasainya . Ini
berasaskan lagi dengan pekeliling SPP Bil 1 Tahun 2010 yang melayakkan pegawai perkhidmatan
mendapat lantikan dengan tarikh permohonan.

5 Semoga permohonan dan rintihan ribuan rakan-rakan guru yang senasib dengan saya
mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya. Saya yakin dengan keprihatinan dan sikap
profesionalisme pihak tuan dapat membantu kami mendapatkan keadilan yang sangat-sangat
diharapkan demi masa depan kami dan dibidang pendidikan.

Sekian, terima kasih.

Yang Merayu Dan Mengharap

……………………………………..
AMIRUL AZMAN B NAZARI
(770328065897)
0127350255
s.k. Guru Besar Sk Tanah Abang.

Anda mungkin juga menyukai