Anda di halaman 1dari 3

Lencana Kemajuan Keris Perak 2016

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran :

1. Kebersihan fizikal
 Kebersihan kawasan rumah, sekolah dan tempat perkhemahan.
(pastikan tiada air takungan yang boleh menyebabkan demam
denggi).

2. Kebersihan mental
 Sentiasa berfikiran baik dan positif (dalam apa jua keadaan dan
situasi).
 sentiasa tenang dan berfikiran waras dalam menangani masalah.

3. Kebersihan diri
 Menjaga kebersihan anggota badan (rambut sehingga kaki)
 Mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari (elak bau badan)
 Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari (elak nafas bau)
 Menukar baju yang sudah berpeluh dan hapak (elak penyakit kulit)
 Pastikan mencuci tangan selepas menggunakan tandas.
 Pastikan mencuci tangan sebelum dan selepas makan.

4. Cara membuang kekotoran (diri,fizikal,mental)


 Membuang air kecil/besar di tandas.
 Membuang sampah ke dalam tong sampah dan pastikan tong
ditutup.
 Tanam sampah jika berbau busuk (perkhemahan )
 Tidak meludah dan membuang hingus di merata tempat.

5. Sebab-sebab kulit melecur


 Terdedah kepada sinaran matahari dalam satu tempoh yang lama.
 Terkena minyak atau benda panas.

6. Faedah senaman
 Meningkatkan kekuatan dan daya tahan.
 Mencapai berat badan unggul.
 Meningkatkan kecergasan fizikal.
Lencana Kemajuan Keris Perak 2016

 Mengurangkan paras tekanan (stress)

7. Cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.


 Bawa pesakit ke tempat yang lebih sejuk.
 Sumbat hidung dengan kapas/tisu.
 Donggakkan sedikit kepala (bernafas melalui mulut).
 Tuam hidung dengan kain lembab.

8. Cara mengubat penyakit kulit.


 Bersihkan kulit dengan air dan sabun.
 Sapukan ubat pada tempat yang sakit.
 Rebus pakaian dalam air mendidih bagi penyakit kulit yang
berjangkit seperti kurap, kudis, panau dan kudis buta.

9. Cara merawat luka.


 Hentikan darah.
 Biarkan darah kering di tempat luka.
 Cuci luka dengan air yang dicampur sedikit detol (hilangkan
kuman).
 Sapukan ubat kuning /iodine.
 Balut luka dengan kain bersih atau plaster.

10. Bahaya alatan elektrik dan cara menggunakannya.


 Jangan baiki sendiri alatan elektrik yang rosak sekiranya tidak
mahir.
 Berhati-hati ketika memasukkan plug di suis.
 Jangan menyentuh suis/plug semasa tangan basah.

11. Bahaya ubat-ubatan dan cara menggunakannya.


 Jangan mengambil ubat sesuka hati.
 Ikut nasihat dan preskripsi doktor.
 Makan ubat mengikut dos yang telah ditetapkan elakkan makan
berlebihan.

12. Kandungan Alatan Peti Pertolongan Cemas.


 Kain pembalut kasa – membalut luka @ anggota yang terseliuh.
Lencana Kemajuan Keris Perak 2016

 Kain anduh - mengampu lengan yg patah @ terseliuh.


 Gunting – memotong.
 Ubat kuning/iodine – merawat luka
 Pin – digunakan untuk pembalut kain kasa
 Minyak angin
 Antiseptik – merawat luka
 Kapas – mencuci luka atau menyapu ubat pada luka
 Plaster - membalut luka kecil

Anda mungkin juga menyukai