Anda di halaman 1dari 8

KANDUNGAN

muka surat
1 Analisis Pencapaian SPM (2014 – 2017) 2
2
Perbandingan GPMP SPM (2014 – 2017) 3

3 Perbandingan Peratus lulus SPM (2014 – 2017) 3

4 Analisis Keputusan Matematik SPM 2017 Mengikut Kelas 4

5 Post Mortem Pencapaian SPM 2017 5-6


a GPM
P

b Peratus Lulus

c Peratus Mendapat A

d Peningkatan dalam GPMP / Peratus dan Peratus A

e Isu kekurangan / kelemahan yang dikenalpasti murid yang gagal


mata pelajaran ini

f Pelan intervensi / Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan oleh Sekolah / PPD
/ JPN

6 Analisis Persekitaran (SWOT / SWOC) 7-8

7 Keutamaan Keperluan 8

8 Kesimpulan 8

LAMPIRAN 8

1| PANITIA MATEMATIK SMKPJ


SMK PAUH JAYA, 13700 PERAI, 13700 PERAI, PULAU PINANG
POST MORTEM SPM 2017 DAN INTERVENSI

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MATEMATIK

1. ANALISIS PENCAPAIAN SPM (2014 – 2017)

Cemerlang Kepujian Lulus Gagal GPMP %


Jumlah
Tahun
Calon A+ A A- B+ B C+ C D E G

2014 163 2 9 3 11 4 4 11 22 38 59 6.99 63.80 AR

2015 153 1 11 5 7 5 8 11 11 25 66 6.93 56 AR

2016 129 0 5 4 8 9 10 14 23 34 48 7.30 62.79 AR

2017 152 2 9 7 9 9 21 14 29 28 24 6.04 84.21 AR

Analisis keseluruhan keputusan Matematik SPM 2017

Graf Analisis Pencapaian SPM (2014 – 2017)

70

60

50

40
2014
2015
2016
30
2017

20

10

0
A+ A A- B+ B C+ C D E G

2| PANITIA MATEMATIK SMKPJ


2. PERBANDINGAN GPMP SPM 2014 - 2017

Tahun 2014 2015 2016 2017


GPMP 6.99 6.93 7.30 6.04

Semakin mengecil GPMP bermakna pencapaian murid adalah baik. SPM 2017 menunjukkan
pengecutan GPMP sebanyak 1.26 dan merupakan pencapaian terbaik berbanding 3 tahun sebelumnya.
Bilangan murid yang mendapat keputusan A+ (SPM 2017) adalah seramai 2 orang berbanding SPM
2016 yang tiada pencapaian A+.

3. PERBANDINGAN PERATUS LULUS SPM 2014 - 2017

Tahun 2014 2015 2016 2017


Peratus 63.8 56.0 62.79 84.21

Peratus lulus matematik SPM 2017 meningkat sebanyak 21.42% kepada 84.21% berbanding tahun
2016 (62.79%) dengan bilangan calon yang gagal seramai 24 orang (2017) berbanding 48 orang (2016)
dan merupaka pencapaian terbaik dalam tempoh 4 tahun ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
guru-guru yang bertungkus lumus untuk memastikan peningkatan dalam keputusan SPM 2017.

3| PANITIA MATEMATIK SMKPJ


Jumlah Cemerlang Kepujian Lulus Gagal GP %
Kelas
Calon A+ A A- B+ B C+ C D E G KELAS LULUS
SAINS 19 2 7 2 2 2 3 1 2.53 100
P/AKAUN 35 2 5 5 3 8 6 5 1 4.51 100
E/ASAS 37 4 9 5 8 8 3 6.43 91.9
PDG 37 2 1 3 13 14 4 7.24 89.2
SK 24 3 4 17 8.58 29.2
JUMLAH 2 9 7 9 9 21 14 29 28 24
4. ANALISIS KEPUTUSAN MATEMATIK SPM 2017 MENGIKUT KELAS

Graf menunjukkan gred cemerlang dan kepujian dapat diperolehi oleh murid 5 Sains, 5 Prinsip Akaun
dan 5 Ekonomi. Berbanding tahun 2016, pencapaian murid kelas Ekonomi semakin meningkat.

Kelas 5 Sains dan 5 Prinsip Akaun memperolehi kelulusan 100% dengan seramai 18 orang mencapai
gred A.

Kelas 5 Ekonomi dan 5 Perdagangan turut memberi pencapaian yang baik dan meningkat dengan
hanya 3 daripada 37 orang murid yang gagal (5Ek) dan 4 daripada 37 orang murid yang gagal (5Pd).

Murid harapan lulus bagi kelas 5 SK adalah seramai 7 daripada 24 orang dan ini adalah pencapaian
yang baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.

4| PANITIA MATEMATIK SMKPJ


5. POST MORTEM PENCAPAIAN SPM TAHUN 2017

BI
PERKARA ULASAN / MAKLUM BALAS
L
a GPMP Meningkat (mengecut) 6.04 (terbaik)

b Peratus Lulus Meningkat


2014 – 63.8% ; 59 orang gagal
2015 – 56.0% ; 66 orang gagal
2016 – 62.79% ; 48 orang gagal
2017 – 84.2% ; 24 orang gagal

c Peratus Mendapat A Menurun


2014 – 14 orang, 0.09%, A+ (2), A(9), A- (3)
2015 – 17 orang, 11%, A+ (1), A(11), A - (5)
2016 – 9 orang, 0.07%, A+ (0), A(5), A - (4)
2017 – 18 orang, 11.8% A+ (2), A(9), A - (7)

d Peningkatan dalam 1. Tiga Modul latihan mengikut tahap dan aras yang dibeli oleh panitia untuk
GPMP / Peratus dan kegunaan murid sebelum Peperiksaan Percubaan SPM.
Peratus A
2. Latih tubi berterusan selepas Peperiksaan Percubaan SPM dengan
menambahkan lagi empat Modul Latihan yang baru.

3. Murid dibahagi kepada empat kumpulan iaitu Cemerlang, Sederhana,


Sederhana Lemah dan Lemah berdasarkan keputusan Peperiksaan
Percubaan SPM dan headcount.

4. Pendekatan latih tubi ‘Minimum Adequate Syllabus’ untuk murid sederhana


lemah dan lemah agar dapat menanamkan minat untuk menjawab soalan-
soalan yang mudah untuk mendapat markah dalam peperiksaan.

5. Kerjasama guru tingkatan lima yang gigih dan tidak mengenal putus asa
dalam mendidik dan memastikan semua murid mendapat manafaat dengan
Modul Latihan yang dibekalkan.

6. Kerjasama dari PIBG dengan menyediakan peruntukan khas untuk


pembelian Modul-modul latihan SPM membantu melancarkan latih tubi
menjelang SPM.

e Isu kekurangan / 1. Tiada sasaran khusus untuk matematik. Belajar kerana terpaksa belajar
kelemahan yang untuk duduki peperiksaan SPM.
dikenalpasti murid yang
gagal mata pelajaran ini 2. Komitmen di dalam kelas yang kurang baik di mana ada dalam
kalangan murid yang hanya menanti jawapan guru/rakan untuk disalin
tanpa mahu usaha sendiri atau membuat rujukan susulan selepas sesi
tamat.

3. Penguasaan asas matematik yang lemah termasuk tiada kelengkapan


asas terutama kalkulator. Hanya mengharap rakan dan pinjaman dari
guru.
4. Suka ponteng sekolah dengan pelbagai alasan yang tidak sesuai
termasuk menjaga nenek yang sakit, sakit belakang, lewat bangun dan
lain-lain.

5. Tidak buat latihan yang diberi secara bersungguh-sungguh. Tiru


jawapan rakan atau buat setakat buat.

6. Tidak akur kepada saranan guru tentang teknik untuk mencari markah
yang setakat boleh lulus bagi yang lemah dan markah kredit bagi yang

5| PANITIA MATEMATIK SMKPJ


berkemampuan lulus dengan baik di dalam peperiksaan sebenar.

7. Tidak ada membuat latihan yang berterusan secara bersendiri dan tidak
berjumpa guru atau bertanya jika kurang faham.

f Pelan intervensi / 1. Menghabiskan silibus Tingkatan 5 seawal Ogos 2018 bagi memberi
Program yang peluang untuk latih tubi berfokus sebelum Peperiksaan Percubaan
dicadangkan untuk SPM.
dilaksanakan oleh
Sekolah / PPD / JPN 2. Kelas tambahan sekolah dan PDCA dilaksana mulai bulan Februari
2018.

3. Latih tubi soalan-soalan topikal dan soalan SPM lepas khususnya


soalan Kertas 2

4. Ceramah teknik menjawab akan diadakan dengan menjemput Guru


Pemeriksa Kertas SPM.

5. Penerangan dan perkongsian ilmu mengenai strategi menjawab


dengan jalan kerja minima untuk markah maksima bagi topik-topik
tertentu dengan bantuan kalkulator dan lain-lain yang mudah
disediakan.

6. Perlaksanaan pembelajaran berpusat murid di mana pelajar sasaran A


akan menguasai topik-topik khusus dan mereka akan mengajar rakan
lain dengan seliaan guru.

7. Pembentukan suasana pembelajaran secara berkumpulan (gabungan


sasaran A, kredit dan lulus) di mana markah akan dikumpulkan bagi
tujuan ganjaran/hukuman setiap bulan mulai April 2018.

8. Mewujudkan Klinik Matematik di mana murid boleh berjumpa


dengan guru selepas waktu persekolahan untuk mendapatkan
bimbingan.

9. Program 14 hari sebelum Trial dan 49 hari sebelum SPM akan


dilaksana dengan strategi pelajar sasaran A dan sasaran lulus (D/E)
akan diberikan latih tubi berkala dan mereka perlu menjawab dan
mencapai markah yang ditetapkan. Pelajar lain akan turut diberikan
latihan tetapi tiada program khusus kepada mereka.

10. Mewar-warkan calon Sasaran A bagi tujuan motivasi kepada mereka


dan cabaran bagi yang lain untuk membuat kejutan. Pemantauan
berterusan dilakukan.

11. Penggunaan Modul Intevensi sebelum Peperiksaan Percubaan SPM.

6. ANALISIS PERSEKITARAN (SWOT/SWOC)

(S) KEKUATAN: (W) KELEMAHAN:


Dalaman S1- Majoriti guru yang mengajar W1- Murid kurang mahir dalam asas
Matematik dan semua guru yang pengiraan Matematik walaupun
mengajar Matematik tingkatan lima guru telah mengulangnya berkali-
adalah guru berpengkhususan kali.
Matematik. W2- Murid kurang mahir menggunakan
6| PANITIA MATEMATIK SMKPJ
S2- Semua guru diberi pendedahan kalkulator, tidak membawa atau
memeriksa kertas 2 Matematik SPM di tidak mempunyai kalkulator
dalam satu bengkel khas. walaupun guru telah menerang
S3- Kelas Tambahan mendapat sokongan cara penggunaan kalkulator dan
daripada PIBG. mengingatkan berkali-kali supaya
S4- Panitia mempunyai beberapa set mereka membawa dan
modul latihan ulangkaji dan penjana mempunyai kalkulator.
soalan. W3- Kedatangan murid ke sekolah
S5- Menggunakan kemudahan internet selepas peperiksaan percubaan
untuk mencari soalan-soalan merosot teruk walaupun pihak
percubaan sekolah-sekolah ternama. pentadbir telah menghubungi ibu-
Soalan-soalan itu digunakan sebagai bapa mereka, menyatakan
soalan gerak-gempur dan latih tubi. ulangkaji sedang giat dijalankan.
S6- Ada ceramah teknik menjawab soalan W4- Murid tidak dapat memberi
mengikut kumpulan tumpuan dalam kelas atau tidak
cemerlang,sederhana dan lulus. membuat latihan yang diberikan
S7- Semua guru amat komited dengan kerana bekerja untuk bergaya,
menyara keluarga, mudah
Luaran tugas sebagai pengajar, pembimbing,
terpengaruh dengan rakan lain
penasihat dan pemudahcara.
yang berhenti sekolah dan bekerja
S8 - Ada latihan dalaman untuk
atau mempunyai masalah
memantapkan pengetahuan dan
keluarga. Guru telah memberi
kemahiran guru selari dengan
nasihat dan nasihat guru tidak
transformasi pendidikan.
dipedulikan.
S9 - Bimbingan dan tunjuk ajar dari
W5- Murid enggan membuat
Pegawai SISC+ iaitu Pn Asmah Binti
pembetulan walaupun guru telah
Omar kepada semua guru matematik
menegur dan memberi jawapan
terutamanya guru yang mengajar kelas
lengkap.
peperiksaan.
W6 - Murid masih melakukan kesilapan
yang sama walaupun guru telah
membetulkannya berkali-kali bagi
soalan yang mudah.
W7 - Murid enggan belajar selepas
peperiksaan akhir tahun walaupun
guru telah menyedarkan mereka
tentang kepentingan pelajaran
Matematik
(O) PELUANG: (T) ANCAMAN: (C) CABARAN:
O1-Ibu bapa mementingkan T1- Pelajar lebih terdedah kepada budaya C1- Ekspektasi ibu bapa terhadap
pelajaran anak-anak mereka suka melepak dan berpeleseran sekolah sangat tinggi
O2- Sokongan kewangan daripada memandangkan terdapat rakan sebaya C2- Masih ada ibu bapa menyerahkan
PIBG yang tidak bersekolah atau berhenti anak mereka 100% ke sekolah
O3- Hubungan baik antara PIBG dan sekolah. C3- Soalan berbentuk Kbat memberi
pihak sekolah. T2- Peluang pekerjaan sambilan menarik impak kepada murid-murid lemah
04- Hubungan baik antara guru-guru minat pelajar mendapat sumber dan memberi cabaran kepada
matematik dalam negeri dan kewangan. murid-murid untuk mendapat gred
Jabatan Pendidikan Negeri. T3- Tidak mendapat kerjasama daripada yang baik.
ibu-bapa. Mereka tidak membantah
murid tidak datang ke sekolah.

Strategi SC Strategi WC

Memastikan P&P dijalankan dengan berkesan Janakan strategi yang sesuai jika ada
melalui perkongsian kemahiran dan pengalaman
dalam kalangan guru
Strategi SO Strategi WO

7| PANITIA MATEMATIK SMKPJ


1. Meningkatkan pencapaian akademik dengan 1. Meningkatkan pencapaian 5A/7A melalui
kerjasama antara guru dan ibu bapa. pengiktirafan dan insentif oleh PIBG.
2. Meningkatkan penggunaan ICT semasa P&P 2. Meningkatkan pencapaian pelajar sekurang-
dengan sokongan PIBG. kurangnya 88% lulus dan GPMP sebanyak 5.80 bagi
3. Meningkatkan murid mendapat Band 4 hingga 6 SPM 2018.
dalam PBS 3. Meningkatkan jati diri pelajar.

7. KEUTAMAAN KEPERLUAN

Pelajar Guru
~ Mengadakan kelas tambahan semasa aktiviti ~ Mengenalpasti soalan-soalan yang boleh dijawab
kokurikulum seawal bulan Jun 2018. oleh semua murid lemah dan membuat latih-tubi
~ Mengadakan klinik Matematik sepanjang masa. soalan-soalan tersebut untuk meningkatkan peratus
~ Latihan pengayaan dan pemulihan kepada pelajar kelulusan.
yang lemah. ~ Menghabiskan sukatan awal supaya dapat memberi
~ Menggunakan modul yang mengandungi pelbagai laluan segera kepada ulangkaji
aras untuk memberi kefahaman kepada pelajar. terancang.
~ Latih tubi mengikut topik dan soalan-soalan SPM ~ Menghabiskan sukatan pelajaran tingkatan empat
tahun-tahun lepas. tahun lepas dengan segera.
~ Menekankan topik-topik penting kepada pelajar.
Sekolah Pihak Luar
Program ke arah meningkatkan jati diri pelajar. Memohon bantuan teknikal, kewangan dan ilmu dari
agensi berkaitan.

8. KESIMPULAN

Keputusan SPM 2017 yang amat memberangsangkan ini akan memberi pemangkin dan semangat untuk
melonjakkan lagi keputusan Matematik SPM 2018. Pelbagai program intervensi telah disusun bagi
memantapkan lagi pencapaian setiap murid mengikut tahap. Diharap perancangan 2018 akan dapat
meningkatkan PERATUS LULUS, PENINGKATAN GRED A dan PENGECUTAN GPMP MATEMATIK SPM 2018 agar
bertambah baik dan memperolehi keputusan yang membanggakan.

Disediakan oleh,

……………………………………………………………….
(NORZATUL SHIMA BINTI ABDUL MALIK)
Ketua Panitia Matematik
SMKPJ

8| PANITIA MATEMATIK SMKPJ

Anda mungkin juga menyukai