Anda di halaman 1dari 23

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

TAHUN 2017

Oleh

YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN


KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

15 MAC 2018
27 JAMADILAKHIR 1439H

BILIK MESYUARAT UTAMA


ARAS 6, BLOK E8
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2017

15 MAC 2018

PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam

1Malaysia dan Salam Negaraku Malaysia. Alhamdulillah, saya memanjatkan

kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya

mengumumkan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) tahun 2017 pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Keputusan peperiksaan SPM tahun 2017 bagi calon sekolah boleh diperoleh

mulai jam 10.00 pagi hari ini di sekolah masing-masing. Waris calon

dibenarkan mengambil keputusan sekiranya calon tidak dapat mengambil

keputusan peperiksaan mereka sendiri.

1
Bagi calon persendirian pula, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui

pos oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Calon juga boleh

menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS) atau

melayari portal Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya

memperoleh sijil SPM. Saya mendoakan agar mereka dapat meneruskan

kejayaan dalam apa jua bidang yang akan diceburi agar dapat menyumbang

kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada

pembangunan negara.

Saya juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang telah memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang tidak

terhingga nilainya kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM

tahun 2017.

MAKLUMAT AM PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2017

Peperiksaan bertulis SPM tahun 2017 telah dijalankan dari 6 November

hingga 4 Disember 2017 di 3,363 pusat peperiksaan. Seramai 35,341 petugas

telah berkhidmat untuk memastikan pelaksanaan peperiksaan berjalan lancar.

Sejumlah 73 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan ini dan seramai

22,844 guru telah dilantik untuk memeriksa skrip jawapan peperiksaan.

2
Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun

2017 bertambah seramai 9,348 calon kepada 443,883 calon berbanding

434,535 calon pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 2.15%.

Perincian maklumat mengikut kategori calon pada tahun 2017 berbanding

tahun 2016 ditunjukkan dalam Jadual 1.

2017 2016 Beza


Kategori Calon
Bil. % Bil. % %
Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia 386,331 87.03 377,194 86.80 0.23
(KPM)
Sekolah Agensi Kerajaan
8,461 1.91 9,094 2.09 -0.18
Selain KPM
Sekolah Menengah
8,346 1.88 7,931 1.83 0.05
Agama Negeri

Sekolah Menengah
1,976 0.45 1,756 0.40 0.05
Agama Rakyat

Sekolah Swasta 14,883 3.35 12,847 2.96 0.39

Persendirian 23,886 5.38 25,713 5.92 -0.54

Jumlah Keseluruhan 443,883 100.0 434,535 100.0 -

Jadual 1: Perbandingan Pendaftaran Calon Peperiksaan SPM Tahun 2017

dan 2016

3
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Keputusan peperiksaan SPM dilaporkan berdasarkan pencapaian calon dan

prestasi mata pelajaran. Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana

calon menguasai pembelajaran dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.

Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh

negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Nilai GPN yang lebih kecil

menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Prestasi mata pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diukur dalam setiap mata pelajaran.

Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Nilai GPMP yang lebih kecil juga

menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Pencapaian Calon Peperiksaan

Sukacita saya memaklumkan bahawa pencapaian calon bagi tahun 2017

adalah lebih baik berbanding pada tahun 2016. GPN pada tahun 2017 ialah

4.90 berbanding 5.05 pada tahun 2016 dengan peningkatan sebanyak 0.15.

Trend GPN dari tahun 2013 hingga 2017 ditunjukkan dalam Jadual 2.

4
Tahun GPN

2017 4.90

2016 5.05

2015 5.08

2014 5.01

2013 4.86

Jadual 2: GPN Tahun 2013 – 2017

Pencapaian Calon Mengikut Lokasi

Pencapaian calon di bandar dan di luar bandar turut memberangsangkan.

Pencapaian calon di bandar meningkat sebanyak 0.14 iaitu 4.75 pada tahun

2017 berbanding 4.89 pada tahun 2016. Pencapaian calon di luar bandar juga

meningkat sebanyak 0.14 iaitu 5.22 pada tahun 2017 berbanding 5.36 pada

tahun 2016. Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar

bandar setara dengan peningkatan pencapaian calon di bandar.

Perbezaan pencapaian antara calon di bandar dan di luar bandar kekal 0.47

pada tahun 2017 sama seperti pada tahun 2016 dan ditunjukkan

dalam Jadual 3.

5
GPN
Tahun
Bandar Luar Bandar Beza

2017 4.75 5.22 0.47


2016 4.89 5.36 0.47

Beza 0.14 0.14 0.00

Jadual 3: Pencapaian Calon Mengikut Lokasi pada


Tahun 2017 Berbanding Tahun 2016

Prestasi Mata Pelajaran

Keputusan peperiksaan SPM pada tahun 2017 menunjukkan sebanyak

48 daripada 73 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi,

23 mata pelajaran mencatatkan penurunan manakala prestasi dua

mata pelajaran tidak berubah.

Lima mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan

Islam, Sejarah dan Mathematics menunjukkan peningkatan prestasi.

Mata pelajaran teras yang lain seperti Pendidikan Moral dan Science

mencatatkan penurunan. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu

menunjukkan peningkatan yang tertinggi sebanyak 0.46 manakala

mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan penurunan tertinggi

sebanyak 0.11.

6
Sebanyak 43 daripada 66 mata pelajaran elektif menunjukkan peningkatan

prestasi. Dalam bidang elektif sains dan matematik, tiga mata pelajaran

menunjukkan peningkatan iaitu Physics, Chemistry dan Additional Science.

Mata pelajaran Additional Science menunjukkan peningkatan prestasi yang

tertinggi iaitu sebanyak 0.36 manakala mata pelajaran Biology menunjukkan

penurunan yang tertinggi iaitu sebanyak 0.12.

Kesemua mata pelajaran elektif agama menunjukkan peningkatan prestasi

dalam SPM tahun 2017 berbanding tahun 2016. Mata pelajaran

Tasawwur Islam mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.43.

Dalam bidang elektif teknikal pula, mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga

menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.34 manakala mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam menunjukkan penurunan tertinggi

iaitu sebanyak 0.29.

Analisis prestasi mata pelajaran dan GPMP setiap mata pelajaran pada tahun

2017 berbanding tahun 2016 ditunjukkan dalam Lampiran A.

7
PELAPORAN KUALITI JAWAPAN SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR

ARAS TINGGI (KBAT)

Pada tahun 2014, soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah mula

diperkenalkan dalam kertas peperiksaan SPM mengikut definisi operasi yang

diguna pakai oleh KPM dan perkara ini termaktub dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Soalan KBAT dalam konteks pendidikan

di Malaysia ialah soalan yang memerlukan calon untuk mengaplikasi

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi

bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan mencipta.

Pada tahun ini, KPM melaporkan keupayaan calon menjawab soalan KBAT

dalam peperiksaan berdasarkan kemahiran berfikir yang diperlukan untuk

menjawab soalan. Dapatan kajian ini diperoleh berdasarkan sampel yang

sesuai untuk tujuan laporan ini.

Secara keseluruhannya, 66% calon SPM 2017 telah menguasai KBAT

dengan baik. Berdasarkan kualiti jawapan calon, 27% calon menguasai KBAT

pada tahap tinggi, 39% pada tahap sederhana dan 34% pada tahap rendah.

Calon menguasai kemahiran mengaplikasi pada tahap yang tinggi, namun

kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta masih pada tahap sederhana.

8
Kemahiran Mengaplikasi

Secara umumnya, bagi soalan mengaplikasi, sebanyak 41% calon

memberikan jawapan yang berkualiti tinggi. Calon dapat mengaplikasi

pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan fakta, teori, konsep, prinsip dan

peraturan dengan betul, tepat, terperinci serta mendalam dalam semua

konteks. 20% calon memberikan jawapan pada kualiti yang sederhana. Calon

dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dengan betul dalam

sebahagian tugasan dan terhad kepada konteks tertentu sahaja. 39% calon

pula memberikan jawapan yang rendah kualitinya dengan hanya mengaplikasi

pengetahuan, kemahiran dan nilai dengan betul dan terhad kepada

sebahagian tugasan dalam konteks yang mudah.

Kemahiran Menganalisis

Bagi soalan menganalisis, 27% calon memberikan jawapan yang berkualiti

tinggi. Calon dapat menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang

diperoleh dengan betul serta memberi penerangan yang terperinci dan jelas

berserta bukti yang tepat. Manakala 40% calon memberikan jawapan yang

sederhana kualitinya. Calon boleh menganalisis dan menginterpretasi

maklumat yang diperoleh namun penerangan yang dikemukakan hanya

memenuhi sebahagian tugasan dan terhad kepada konteks tertentu sahaja.

9
Sejumlah 33% calon memberikan jawapan dengan kualiti yang rendah. Calon

dapat menganalisis dan menginterpretasi maklumat secara terhad kepada

sebahagian tugasan dalam konteks yang mudah.

Kemahiran Menilai

Sejumlah 29% calon memberikan jawapan berkualiti tinggi bagi soalan yang

menguji kemahiran menilai. Calon mampu membuat pertimbangan

menggunakan maklumat yang diberikan untuk menyelesaikan masalah dan

menilai maklumat serta membuat kesimpulan yang bernas. 40% calon

memberikan kualiti jawapan pada tahap yang sederhana. Calon membuat

pertimbangan menggunakan maklumat secara terbatas untuk menyelesaikan

masalah dan membuat kesimpulan. Manakala 31% calon pula memberikan

jawapan yang rendah kualitinya. Calon membuat pertimbangan menggunakan

maklumat secara terhad.

Kemahiran Mencipta

Bagi soalan yang menguji kemahiran mencipta, sejumlah 10% calon

memberikan jawapan yang berkualiti tinggi. Calon dapat menghasilkan

sesuatu yang baharu dengan perancangan yang sistematik dan berupaya

mengemukakan evidens yang lengkap dan mempamerkan kematangan

berfikir secara rasional dalam membuat pertimbangan. 55% calon pula

memberikan jawapan pada kualiti sederhana.

10
Calon boleh menghasilkan sesuatu yang baharu dengan perancangan yang

kurang sistematik. Manakala 35% calon memberikan jawapan pada kualiti

rendah dengan mengemukakan idea yang terbatas dan memberikan

cadangan yang tidak jelas.

PENSIJILAN SPM

Mulai tahun 2013, semua calon diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa

Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2017, seramai 415,008 calon menduduki sekurang-kurangnya

enam mata pelajaran teras untuk pertama kali. Daripada jumlah tersebut,

85.2% calon layak dianugerahkan sijil iaitu 90.2% calon sekolah KPM

manakala selebihnya 9.8% ialah calon selain sekolah KPM. Analisis pensijilan

SPM tahun 2017 berbanding tahun 2016 ditunjukkan dalam Jadual 4.

2017 2016
Jenis Calon
% %
Calon Sekolah KPM 90.2 91.2
Calon Selain Sekolah KPM 9.8 8.8
Jumlah 100.0 100.0

Jadual 4: Analisis Pensijilan SPM Tahun 2017 Berbanding Tahun 2016

11
Pensijilan Calon Berkeperluan Khas

Seramai 994 Calon Berkeperluan Khas (CBK) telah menduduki peperiksaan

SPM pada tahun 2017. Daripada jumlah tersebut, 62.5% calon layak

dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia. Kejayaan mereka menunjukkan

bahawa semua calon berpeluang untuk menduduki peperiksaan SPM dan

memperoleh kejayaan. Pencapaian CBK mengikut kategori ditunjukkan

dalam Jadual 5.

Bilangan
Kategori Jumlah % Layak
Layak
Calon Berkeperluan Khas menduduki sijil
sijil
Masalah pembelajaran 250 115 46.0

Kurang upaya penglihatan (Buta) 34 32 94.1

Kurang upaya pelbagai 280 173 61.8

Kurang upaya pertuturan 7 6 85.7

Kurang upaya fizikal 151 111 73.5

Kurang upaya pendengaran 124 65 52.4

Kurang upaya penglihatan (Rabun) 148 119 80.4

Jumlah 994 621 62.5

Jadual 5: Pensijilan Calon Berkeperluan Khas

12
PENGIKTIRAFAN SPM DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Bagi tujuan penandaarasan dan penjaminan kualiti di peringkat antarabangsa,

sukacita saya memaklumkan bahawa pakar pentaksiran dari luar negara

terlibat dalam peperiksaan SPM bermula daripada penghasilan instrumen

sehingga pengeluaran keputusan. Pada tahun 2017, pakar pentaksiran yang

terlibat ialah dari Cambridge Assessment International Education (CAIE),

United Kingdom; Cito, the Netherlands dan Pearson, United Kingdom.

Pakar pentaksiran tersebut berpuas hati dengan proses pembinaan

instrumen, pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan dan Mesyuarat

Penentuan Standard yang telah dilaksanakan dengan penuh profesionalisme

dan kredibiliti yang tinggi. Mereka juga berpendapat bahawa kesemua proses

tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan dan telah diurus

secara sistematik bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan

keputusan peperiksaan yang tinggi.

Kerjasama antara Lembaga Peperiksaan dengan CAIE, United Kingdom telah

memberi peluang kepada calon berkelayakan SPM melanjutkan pelajaran ke

institusi pengajian tinggi di luar negara. Calon yang berjaya dalam

mata pelajaran Bahasa Inggeris turut mendapat sijil GCE O-Level bagi

mata pelajaran berkenaan. Sijil tersebut telah dijajarkan dengan

Common European Framework of Reference (CEFR) for Languages.

13
Pada tahun 2017, seramai 54.9% calon berjaya memperoleh sijil

GCE O-Level bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Calon yang menduduki mata pelajaran Prinsip Perakaunan juga berpeluang

memperoleh sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account melalui kerjasama

Lembaga Peperiksaan dengan Pearson, United Kingdom. Seramai 56.2%

calon daripada sejumlah 75,467 calon yang menduduki mata pelajaran

Prinsip Perakaunan layak menerima sijil tersebut.

PENUTUP

Sebagai kesimpulan, keputusan SPM 2017 menunjukkan peningkatan

pencapaian keseluruhan calon. Analisis ini juga menunjukkan bahawa KPM

sentiasa memastikan kesamarataan peluang dan akses kepada pendidikan

berkualiti kepada semua calon di seluruh negara.

Diharapkan maklumat yang terdapat dalam analisis keputusan ini boleh

digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk menambah baik kualiti

pendidikan negara agar matlamat KPM untuk melahirkan modal insan yang

seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

tercapai.

14
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan

penghargaan kepada ibu bapa, guru, pentadbir sekolah dan masyarakat

yang menunjukkan minat dan keprihatinan secara berterusan terhadap

pendidikan negara.

Saya juga menghargai dan berharap agar pihak media terus memberi

kerjasama dan berperanan dalam usaha meningkatkan pencapaian murid

dalam pendidikan demi kepentingan negara. Sesungguhnya, sumbangan

pihak media terhadap perkembangan pendidikan tidak dapat dinafikan

dan amat diperlukan untuk negara mengorak langkah menuju kejayaan

yang diharapkan.

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak

terhingga kepada warga Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pengurusan

Maklumat, Jabatan Pendidikan Negeri dan semua petugas peperiksaan yang

terlibat dalam mengurus dan mengendalikan peperiksaan SPM tahun 2017

dengan penuh dedikasi, komitmen dan integriti yang tinggi. Semoga

permuafakatan ini akan berterusan.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
15 Mac 2018
15
LAMPIRAN AAAA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2016 DAN 2017


ANALISIS MATA PELAJARAN DAN GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP)
(Calon Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia)

Peratusan Calon
Bil.
Kod Mata Pelajaran Tahun Cemerlang Kepujian Lulus Gagal GPMP
A+→E Duduki
A+, A, A- B+, B, C+, C DE G
1103 Bahasa Melayu 2017 32.0 44.7 16.7 93.4 6.6 373,690 4.14
2016 24.3 47.9 19.7 91.9 8.1 369,455 4.60
Beza 7.7 -3.2 -3.0 1.5 -1.5 4,235 -0.46
1119 Bahasa Inggeris 2017 15.1 29.5 34.5 79.1 20.9 372,866 5.96
2016 14.5 29.8 35.1 79.4 20.6 368,801 5.99
Beza 0.6 -0.3 -0.6 -0.3 0.3 4,065 -0.03
1223 Pendidikan Islam 2017 28.2 52.5 7.5 88.2 11.8 224,888 4.26
2016 25.7 53.8 8.5 88.0 12.0 227,908 4.40
Beza 2.5 -1.3 -1.0 0.2 -0.2 -3,020 -0.14
1225 Pendidikan Moral 2017 27.4 43.8 10.4 81.6 18.4 123,043 4.69
2016 29.4 42.6 10.2 82.2 17.8 116,202 4.58
Beza -2.0 1.2 0.2 -0.6 0.6 6,841 0.11
1249 Sejarah 2017 18.7 41.8 25.3 85.8 14.2 373,166 5.30
2016 18.7 41.3 25.8 85.8 14.2 368,816 5.34
Beza 0.0 0.5 -0.5 0.0 0.0 4,350 -0.04
1449 Mathematics 2017 30.0 25.6 26.5 82.1 17.9 371,419 5.04
2016 26.4 23.0 27.2 76.6 23.4 367,317 5.46
Beza 3.6 2.6 -0.7 5.5 -5.5 4,102 -0.42
1511 Science 2017 20.7 44.0 27.4 92.1 7.9 273,603 5.06
2016 19.3 46.0 27.0 92.3 7.7 267,121 5.04
Beza 1.4 -2.0 0.4 -0.2 0.2 6,482 0.02
2205 Literature in 2017 50.8 41.0 6.1 97.9 2.1 476 2.91
English
2016 47.0 37.8 11.6 96.4 3.6 421 3.41
Beza 3.8 3.2 -5.5 1.5 -1.5 55 -0.50
2215 Kesusasteraan 2017 16.7 51.9 21.3 89.9 10.1 17,386 5.06
Melayu
2016 15.1 49.5 24.3 88.9 11.1 18,478 5.28
Beza 1.6 2.4 -3.0 1.0 -1.0 -1,092 -0.22
2280 Geografi 2017 16.7 51.8 23.0 91.5 8.5 36,896 5.05
2016 18.8 50.7 22.1 91.6 8.4 36,851 4.95
Beza -2.1 1.1 0.9 -0.1 0.1 45 0.10
2361 Bahasa Arab 2017 27.2 53.5 15.8 96.5 3.5 23,101 4.12
2016 22.2 56.5 17.5 96.2 3.8 22,937 4.40
Beza 5.0 -3.0 -1.7 0.3 -0.3 164 -0.28
LAMPIRAN AAAA

Peratusan Calon
Bil.
Kod Mata Pelajaran Tahun Cemerlang Kepujian Lulus Gagal GPMP
A+→E Duduki
A+, A, A- B+, B, C+, C DE G
1103
2611 Bahasa Melayu
Pendidikan Seni 2017 13.8 76.0 9.4 99.2 0.8 133,612 4.32
Visual
2016 11.1 76.3 11.5 98.9 1.1 131,184 4.53
Beza 2.7 -0.3 -2.1 0.3 -0.3 2,428 -0.21
2612 Komunikasi Visual 2017 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 15 0.07
2016 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 7 0.43
Beza 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 8 -0.36
2613 Seni Halus 2017 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 14 0.00
2016 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 12 0.08
Beza 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 2 -0.08
2614 Reka Bentuk 2017 63.6 36.4 0.0 100.0 0.0 11 1.18
2016 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 5 0.00
Beza -36.4 36.4 0.0 0.0 0.0 6 1.18
2621 Pendidikan Muzik 2017 31.6 39.8 23.0 94.4 5.6 244 4.29
2016 26.8 40.0 22.8 89.6 10.4 250 4.76
Beza 4.8 -0.2 0.2 4.8 -4.8 -6 -0.47
2622 Muzik 2017 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 29 0.10
2016 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 30 0.07
Beza 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 -1 0.03
2631 Tari 2017 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 29 0.62
2016 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 30 0.00
Beza 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 -1 0.62
2641 Teater 2017 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 22 0.32
2016 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 21 0.00
Beza 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 1 0.32
3472 Additional 2017 17.6 32.7 25.4 75.7 24.3 125,636 5.81
Mathematics
2016 18.6 33.2 25.5 77.3 22.7 129,881 5.69
Beza -1.0 -0.5 -0.1 -1.6 1.6 -4,245 0.12
3528 Sains Pertanian 2017 14.1 53.1 17.4 84.6 15.4 8,577 5.29
2016 12.3 52.7 19.0 84.0 16.0 8,613 5.43
Beza 1.8 0.4 -1.6 0.6 -0.6 -36 -0.14
3754 Pengajian 2017 23.6 68.8 7.3 99.7 0.3 381 3.86
Keusahawanan
2016 24.6 71.1 4.1 99.8 0.2 395 3.62
Beza -1.0 -2.3 3.2 -0.1 0.1 -14 0.24
3755 Perdagangan 2017 6.9 26.0 47.8 80.7 19.3 101,910 6.66
2016 7.9 26.8 45.7 80.4 19.6 103,304 6.55
Beza -1.0 -0.8 2.1 0.3 -0.3 -1,394 0.11
3756 Prinsip 2017 34.3 35.7 23.9 93.9 6.1 66,770 4.29
Perakaunan
2016 30.7 38.4 24.0 93.1 6.9 66,129 4.52
Beza 3.6 -2.7 -0.1 0.8 -0.8 641 -0.23
LAMPIRAN AAAA

Peratusan Calon
Bil.
Kod Mata Pelajaran Tahun Cemerlang Kepujian Lulus Gagal GPMP
A+→E Duduki
A+, A, A- B+, B, C+, C DE G
1103
3757 Bahasa Melayu
Ekonomi Asas 2017 9.1 30.8 43.9 83.8 16.2 61,321 6.29
2016 9.9 28.8 41.5 80.2 19.8 63,624 6.39
Beza -0.8 2.0 2.4 3.6 -3.6 -2,303 -0.10
3758 Ekonomi Rumah 2017 15.1 47.2 32.7 95.0 5.0 13,689 5.22
Tangga
2016 14.4 39.0 39.3 92.7 7.3 13,715 5.56
Beza 0.7 8.2 -6.6 2.3 -2.3 -26 -0.34
3759 Lukisan 2017 26.9 55.6 12.5 95.0 5.0 8,775 4.18
Kejuruteraan
2016 22.8 58.7 12.9 94.4 5.6 9,345 4.32
Beza 4.1 -3.1 -0.4 0.6 -0.6 -570 -0.14
3760 Pengajian 2017 21.4 51.9 24.0 97.3 2.7 617 4.56
Kejuruteraan
Mekanikal 2016 24.7 48.1 26.3 99.1 0.9 590 4.43
Beza -3.3 3.8 -2.3 -1.8 1.8 27 0.13
3761 Pengajian 2017 18.6 62.3 16.7 97.6 2.4 681 4.41
Kejuruteraan
Awam 2016 21.0 65.2 13.0 99.2 0.8 725 4.12
Beza -2.4 -2.9 3.7 -1.6 1.6 -44 0.29
3762 Pengajian 2017 26.7 56.2 16.1 99.0 1.0 566 4.01
Kejuruteraan
Elektrik & 2016 28.4 55.1 14.5 98.0 2.0 543 4.01
Elektronik Beza -1.7 1.1 1.6 1.0 -1.0 23 0.00
3763 Reka Cipta 2017 43.4 53.0 3.3 99.7 0.3 6,427 2.96
2016 40.0 55.2 4.2 99.4 0.6 5,917 3.15
Beza 3.4 -2.2 -0.9 0.3 -0.3 510 -0.19
3764 Teknologi 2017 10.2 52.9 27.3 90.4 9.6 1,415 5.49
Kejuruteraan
2016 8.4 51.1 27.8 87.3 12.7 1,932 5.73
Beza 1.8 1.8 -0.5 3.1 -3.1 -517 -0.24
3765 Information And 2017 14.1 73.3 11.6 99.0 1.0 16,708 4.54
Communication
Technology 2016 15.7 72.1 10.9 98.7 1.3 16,131 4.32
Beza -1.6 1.2 0.7 0.3 -0.3 577 0.22
4531 Physics 2017 23.3 59.2 16.9 99.4 0.6 95,342 4.19
2016 22.0 56.8 20.3 99.1 0.9 97,141 4.39
Beza 1.3 2.4 -3.4 0.3 -0.3 -1,799 -0.20
4541 Chemistry 2017 18.8 44.9 32.4 96.1 3.9 97,095 5.01
2016 20.4 38.3 37.5 96.2 3.8 99,225 5.10
Beza -1.6 6.6 -5.1 -0.1 0.1 -2,130 -0.09
4551 Biology 2017 21.4 58.9 18.8 99.1 0.9 76,484 4.42
2016 22.8 58.4 17.8 99.0 1.0 78,540 4.30
Beza -1.4 0.5 1.0 0.1 -0.1 -2,056 0.12
4561 Additional Science 2017 9.0 55.2 33.4 97.6 2.4 1,459 5.39
2016 6.2 52.2 37.4 95.8 4.2 1,667 5.75
Beza 2.8 3.0 -4.0 1.8 -1.8 -208 -0.36
LAMPIRAN AAAA

Peratusan Calon
Bil.
Kod Mata Pelajaran Tahun Cemerlang Kepujian Lulus Gagal GPMP
A+→E Duduki
A+, A, A- B+, B, C+, C DE G
1103
4571 Bahasa Melayu
Pengetahuan 2017 8.7 52.3 31.0 92.0 8.0 9,709 5.58
Sains Sukan
2016 7.6 51.7 31.7 91.0 9.0 9,399 5.74
Beza 1.1 0.6 -0.7 1.0 -1.0 310 -0.16
5226 Tasawwur Islam 2017 21.9 56.9 9.9 88.7 11.3 38,925 4.57
2016 16.7 57.3 11.3 85.3 14.7 40,847 5.00
Beza 5.2 -0.4 -1.4 3.4 -3.4 -1,922 -0.43
5227 Pendidikan Al- 2017 53.6 41.7 3.4 98.7 1.3 23,001 2.57
Quran & Al-
Sunnah 2016 48.3 44.3 5.4 98.0 2.0 22,837 2.94
Beza 5.3 -2.6 -2.0 0.7 -0.7 164 -0.37
5228 Pendidikan 2017 29.2 61.8 6.1 97.1 2.9 22,992 3.74
Syari'ah Islamiah
2016 27.8 61.5 7.2 96.5 3.5 22,834 3.91
Beza 1.4 0.3 -1.1 0.6 -0.6 158 -0.17
6351 Bahasa Cina 2017 17.6 66.9 10.1 94.6 5.4 49,767 4.41
2016 17.3 66.4 10.8 94.5 5.5 44,208 4.42
Beza 0.3 0.5 -0.7 0.1 -0.1 5,559 -0.01
6354 Bahasa Tamil 2017 32.3 56.0 8.1 96.4 3.6 9,422 3.67
2016 32.4 56.3 8.1 96.8 3.2 9,142 3.67
Beza -0.1 -0.3 0.0 -0.4 0.4 280 0.00
6355 English For 2017 39.1 53.4 7.0 99.5 0.5 470 3.28
Science and
Technology 2016 35.0 60.0 5.0 100.0 0.0 640 3.42
Beza 4.1 -6.6 2.0 -0.5 0.5 -170 -0.14
6356 Bahasa Iban 2017 19.9 26.0 45.1 91.0 9.0 1,420 5.53
2016 18.0 24.3 44.6 86.9 13.1 1,304 5.78
Beza 1.9 1.7 0.5 4.1 -4.1 116 -0.25
6357 Bahasa 2017 39.2 37.0 22.6 98.8 1.2 332 3.63
Kadazandusun
2016 28.9 42.4 27.3 98.6 1.4 377 4.24
Beza 10.3 -5.4 -4.7 0.2 -0.2 -45 -0.61
7101 Pembinaan 2017 31.4 67.1 1.5 100.0 0.0 465 3.27
Domestik
2016 30.6 65.9 3.5 100.0 0.0 431 3.41
Beza 0.8 1.2 -2.0 0.0 0.0 34 -0.14
7102 Membuat Perabot 2017 29.6 68.1 2.2 99.9 0.1 270 3.49
2016 36.9 61.9 1.2 100.0 0.0 412 3.14
Beza -7.3 6.2 1.0 -0.1 0.1 -142 0.35
7103 Kerja Paip 2017 50.4 49.1 0.4 99.9 0.1 224 2.66
Domestik
2016 46.2 53.4 0.4 100.0 0.0 236 3.03
Beza 4.2 -4.3 0.0 -0.1 0.1 -12 -0.37
7104 Pendawaian 2017 37.4 60.6 2.0 100.0 0.0 99 3.28
Domestik
2016 36.1 62.6 1.3 100.0 0.0 524 3.19
Beza 1.3 -2.0 0.7 0.0 0.0 -425 0.09
LAMPIRAN AAAA

Peratusan Calon
Bil.
Kod Mata Pelajaran Tahun Cemerlang Kepujian Lulus Gagal GPMP
A+→E Duduki
A+, A, A- B+, B, C+, C DE G
1103
7105 Bahasa Melayu
Kimpalan Arka 2017 41.8 50.0 8.2 100.0 0.0 354 3.14
dan Gas
2016 39.5 52.5 7.9 99.9 0.1 354 3.12
Beza 2.3 -2.5 0.3 0.1 -0.1 0 0.02
7106 Menservis 2017 33.7 66.3 0.0 100.0 0.0 175 3.09
Automobil
2016 29.2 70.6 0.2 100.0 0.0 473 3.26
Beza 4.5 -4.3 -0.2 0.0 0.0 -298 -0.17
7107 Menservis 2017 31.1 65.5 3.4 100.0 0.0 235 3.43
Motosikal
2016 22.5 75.4 2.1 100.0 0.0 623 3.61
Beza 8.6 -9.9 1.3 0.0 0.0 -388 -0.18
7108 Menservis 2017 30.1 69.4 0.5 100.0 0.0 193 3.25
Peralatan
Penyejukan & 2016 28.1 71.7 0.2 100.0 0.0 441 3.37
Penyamanan
Beza 2.0 -2.3 0.3 0.0 0.0 -248 -0.12
Udara
7109 Menservis 2017 26.4 72.0 1.5 99.9 0.1 787 3.41
Peralatan Elektrik
Domestik 2016 19.4 76.6 4.0 100.0 0.0 815 3.83
Beza 7.0 -4.6 -2.5 -0.1 0.1 -28 -0.42
7201 Rekaan dan 2017 22.8 75.5 1.7 100.0 0.0 404 3.51
Jahitan Pakaian
2016 29.4 66.3 4.3 100.0 0.0 1,033 3.43
Beza -6.6 9.2 -2.6 0.0 0.0 -629 0.08
7202 Katering dan 2017 38.5 59.1 2.4 100.0 0.0 670 3.12
Penyajian
2016 41.9 56.4 1.6 99.9 0.1 2,094 2.94
Beza -3.4 2.7 0.8 0.1 -0.1 -1,424 0.18
7203 Pemprosesan 2017 43.1 56.1 0.7 99.9 0.1 985 2.85
Makanan
2016 43.3 54.4 2.3 100.0 0.0 1,083 2.95
Beza -0.2 1.7 -1.6 -0.1 0.1 -98 -0.10
7204 Penjagaan Muka 2017 35.3 61.3 3.4 100.0 0.0 119 3.15
dan Dandanan
Rambut 2016 30.6 66.0 3.5 100.1 -0.1 576 3.36
Beza 4.7 -4.7 -0.1 -0.1 0.1 -457 -0.21
7205 Asuhan dan 2017 20.8 77.6 1.6 100.0 0.0 183 3.53
Pendidikan Awal
Kanak-kanak 2016 8.6 89.2 2.2 100.0 0.0 185 4.02
Beza 12.2 -11.6 -0.6 0.0 0.0 -2 -0.49
7206 Gerontologi Asas 2017 80.2 19.8 0.0 100.0 0.0 116 1.73
dan Perkhidmatan
Geriatrik 2016 76.0 24.0 0.0 100.0 0.0 100 1.92
Beza 4.2 -4.2 0.0 0.0 0.0 16 -0.19
7301 Landskap dan 2017 26.8 70.2 3.0 100.0 0.0 1,864 3.50
Nurseri
2016 27.5 69.2 3.2 99.9 0.1 1,821 3.57
Beza -0.7 1.0 -0.2 0.1 -0.1 43 -0.07
7302 Akuakultur dan 2017 49.4 50.6 0.0 100.0 0.0 85 2.55
Haiwan Rekreasi
2016 55.3 44.7 0.0 100.0 0.0 300 2.57
Beza -5.9 5.9 0.0 0.0 0.0 -215 -0.02
LAMPIRAN AAAA

Peratusan Calon
Bil.
Kod Mata Pelajaran Tahun Cemerlang Kepujian Lulus Gagal GPMP
A+→E Duduki
A+, A, A- B+, B, C+, C DE G
1103
7303 Bahasa Melayu
Tanaman 2017 53.5 45.6 0.9 100.0 0.0 226 2.61
Makanan
2016 53.1 46.4 0.5 100.0 0.0 644 2.63
Beza 0.4 -0.8 0.4 0.0 0.0 -418 -0.02
7401 Seni Reka Tanda 2017 19.8 78.4 1.8 100.0 0.0 1,689 3.49
2016 24.5 74.5 1.1 100.1 -0.1 1,742 3.35
Beza -4.7 3.9 0.7 -0.1 0.1 -53 0.14
7402 Hiasan Dalaman 2017 25.3 73.6 1.0 99.9 0.1 292 3.37
Asas
2016 21.4 73.3 5.3 100.0 0.0 486 3.77
Beza 3.9 0.3 -4.3 -0.1 0.1 -194 -0.40
7403 Produksi 2017 21.8 76.3 1.9 100.0 0.0 839 3.58
Multimedia
2016 17.4 81.0 1.6 100.0 0.0 914 3.70
Beza 4.4 -4.7 0.3 0.0 0.0 -75 -0.12
7404 Grafik 2017 30.6 68.2 1.3 100.1 -0.1 1,178 3.31
Berkomputer
2016 31.9 65.7 2.4 100.0 0.0 1,180 3.36
Beza -1.3 2.5 -1.1 0.1 -0.1 -2 -0.05
9216 Kesusasteraan 2017 27.0 37.9 18.2 83.1 16.9 925 4.87
Cina
2016 28.1 38.6 16.8 83.5 16.5 754 4.76
Beza -1.1 -0.7 1.4 -0.4 0.4 171 0.11
9217 Kesusasteraan 2017 45.5 39.0 9.5 94.0 6.0 3,015 3.42
Tamil
2016 43.2 38.5 10.4 92.1 7.9 2,967 3.62
Beza 2.3 0.5 -0.9 1.9 -1.9 48 -0.20
9221 Bible Knowledge 2017 31.7 35.3 13.7 80.7 19.3 278 4.55
2016 28.4 30.7 16.7 75.8 24.2 257 5.07
Beza 3.3 4.6 -3.0 4.9 -4.9 21 -0.52
9303 Bahasa Perancis 2017 16.7 66.7 16.7 100.1 -0.1 6 3.83
2016 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 1 1.00
Beza -83.3 66.7 16.7 0.1 -0.1 5 2.83
9378 Bahasa Punjabi 2017 76.3 10.5 10.5 97.3 2.7 38 2.24
2016 82.5 15.0 2.5 100.0 0.0 40 1.68
Beza -6.2 -4.5 8.0 -2.7 2.7 -2 0.56

Anda mungkin juga menyukai