Anda di halaman 1dari 2

Refleksi (bengkel) Melalui program bengkel ini, saya mendapati banyak pengetahuan yang sangat berguna telah saya

perolehi. Hal ini kerana pelajar didedahkan dengan toppik-topik seperti guru dan perundangan, mandate, Akta Pendidikan (1996), Surat pekeliling ikhtisas, Pekeliling perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri dan sector-sektor serta fungsi dan peranan pegawai Pendidikan Daerah (PPD)/Zon/Bahagian dan PKG. Ceramah ini telah memberi pelbagai input dan mesej yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guru pelatih setelah menjadi guru nanti. Namun begitu, sepanjang mengikuti bengkel ini, saya boleh melihat bahawa terdapat beberapa kelemahan dan kekuatannya. Antara kekuatan yang diperoleh ialah sepanjang mengikuti program bengkel ini, saya memperolehi pengetahuan yang sangat berguna mengenai undang-undang dalam menjadi seorang guru. Perkara ini sangatlah penting kepada semua guru kerana mematuhi undang-undang sangat penting bagi mengelakkan kesan-kesan negatif daripada berlaku. Saya mula menyedari tugas guru merupakan tugas yang memerlukan disiplin diri yang sangat tinggi. Di samping itu, menjadi seorang guru juga memerlukan kesabaran yang sangat tinggi di mana emosi dan mental perlu dijaga daripada melakukan sesuatu yang dilarang dalam perundangan yang ditetapkan. Antara yang saya mula pelajari ialah seorang guru tidak boleh mempunyai body contact dengan muridnya di mana guru tidak boleh menyentuh muridnya walaupun hanya mencubit murid. Di sini dapat saya pelajari bahawa memukul murid merupakan satu kesalahan dan guru boleh didakwa sekiranya berbuat sedemikian. Selain itu, melalui ceramah ini saya dan rakan-rakan juga dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri di mana kami saling bekerjasama untuk menjayakan program ini. Cadangan yang pelbagai memerlukan kami semua saling bersepakat untuk mencapai kata putus bagi membuat sesuatu keputusan. Justeru itu, kami juga tolong menolong tanpa mengira tugas AJK yang diberikan. Dengan adanya kerjasama, kerja menjadi lebih mudah dan dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Melalui bengkel ini juga, sikap positif pelajar dapat dibentuk. Penglibatan pelajar sangat memuaskan. Saya sendiri berasa sangat teruja untuk mengikuti bengkel ini.

Melalui bengkel ini, para pelajar dapat meningkatkan sikap profesionalisme sebagai seorang guru di mana semua pelajar mematuhi peraturan berpakaian secara formal dengan kemas dan menghadiri bengkel tepat pada masa yang ditentukan. Dalam aktiviti ini juga kami dapat menerapkan nilai-nilai murni seperi bertanggungjawab dan jujur dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada kami. Perkara sedemikian dapat dilihat melalui sikap semua peserta yang mengikut peraturan dan tugas yang telah ditetapkan dengan akur dan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Nilai-nilai bertanggungjawab dan jujur ini sangatlah penting dalam diri seorang pendidik yang akan mendidik anak-anak bangsa kelak. Setiap individu yang menyertai program ini termasuklah saya bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing walaupun setiap individu merasakan kepenatan bekerja. Namun pengalaman yang ditmba sangat berguna sebagai bekalan untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan. Secara keseluruhannya dapat saya simpulkan di sini bahawa program BIG ini banyak membina jati diri ke arah melahirkan insan guru yang berkualiti dan positif. Pengalaman yang diperolehi sepanjang BIG berlangsung sememangnya membantu untuk meningkatkan keyakinan diri serta pengetahuan kepada pelajar. Program Bina Insan Guru merupakan program yang berfaedah serta membantu dalam melahirkan insan guru yang bersedia dalam segala aspek. Menjelang dunia globalisasi kini, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Dengan adanya program BIG ini, nilai-nilai positif ke arah membentuk guru berkualiti dapat diterapkan di kalangan peserta. Program BIG merupakan satu landasan awal kepada golongan bakal pendidik untuk menyediakan diri mereka dengan tugas yang perlu dipikul semasa berkhidmat nanti. Komponen bengkel atau ceramah juga tidak kurang pentingnya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar. Justeru itu, program ini juga boleh membuat penambahbaikan untuk memastikan program BIG yang perlu disertai oleh semua guru pelatih ini mencapai objektifnya. Dalam melahirkan insan guru yang mampu melalui apa jua cabaran, program BIG merupakan program yang paling sesuai.

Anda mungkin juga menyukai