Anda di halaman 1dari 2

JUSTIFIKASI PEMBELIAN ALATAN MUZIK WIND ORCHESTRA ROYAL RHAPSODY

1.1

Memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan kualiti muzik wind orkestra. 1.1.1 Pembelian alatan muzik yang dipohon dapat memberikan pendedahan kepada situasi muzik orkestra yang sebenar kepada para pelajar. 1.1.2 Pendedahan sebenar kepada muzik orkestra kepada para pelajar dapat membentuk peribadi dan disiplin para pelajar untuk bekerja secara berkumpulan. 1.1.3 Pembelian alatan muzik yang lengkap dapat meningkatkan kualiti muzik yang dimainkan kepada para pelajar dan sekaligus dapat mendedahkan mereka kepada kepentingan kualiti di dalam satu-satu perkara.

1.2

Memberi peluang kepada pelajar mempelajari dan menggunakan aksesori muzik. 1.2.1 Aksesori muzik yang pelbagai akan membolehkan para pelajar untuk menggunakan, mempelajari dan menguasai pelbagai jenis alatan muzik 1.2.2 Alatan muzik di dalam sesebuah pasukan orkestra adalah bernilai tinggi dan tidak semua pelajar mampu untuk memlikinya secara individu. Justeru itu, bagi memberikan pendedahan secara hands-on kepada para pelajar, maka adalah menjadi suatu kemestian untuk pasukan wind orchestra untuk mendapatkan alatan muzik yang dipohon. 1.2.3 Memperkenalkan kepelbagaian peralatan yang boleh digunakan bagi menghasilkan kualiti bunyi yang baik kepada para pelajar. 1.2.4 Menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kecemerlangan yang mantap baik dari segi akademik dan sahsiah. 1.2.5 Pelajar akan dapat menghayati keindahan seni muzik orkestra dan merangsang daya Emotional Quotient (EQ) pelajar dan seterusnya membentuk pelajar yang serba boleh.

1.3

Memastikan pasukan Wind Orchestra Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlah Shah (Royal Rhapsody) setanding dengan Pasukan Wind Orchestra sekolah-sekolah premier. 1.3.1 Persaingan yang hebat dikalangan sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) pada masa kini memerlukan pasukan wind orksestra sekolah untuk memiliki peralatan muzik yang lebih lengkap dan terkini 1.3.2 Alatan muzik yang lengkap dan terkini dapat meningkatkan kemampuan pasukan wind orchestra sekolah untuk bersaing ke peringkat sehingga ke peringkat antarabangsa. 1.3.3 Pasukan wind orchestra akan dapat membantu dalam mengekalkan taraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) antarabangsa yang akan dijalankan. melalui kerjasama pada peringkat

1.4

Keperluan semasa di mana gubahan lagu orchestra pada masa kini memerlukan alatan muzik yang dipohon 1.4.1 Gred lagu orkestra dikelaskan dari Tahap 1 (paling rendah) kepada Tahap 8 (paling tinggi). 1.4.2 Semakin tinggi aras tahap penggubahan lagu, semakin sukar lagu tersebut untuk dimainkan. 1.4.3 Gubahan lagu yang sukar memerlukan kombinasi alatan muzik yang lengkap dan terkini. 1.4.4 Secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dan pengetahuan dan penguasaan pelajar 1.4.5 Melengkapkan pasukan wind orkestra dengan peralatan muzik yang berkualiti tinggi 1.4.6 Tahap kesukaran yang tinggi di dalam setiap gubahan lagu orkestra akan dapat memupuk dan membentuk disiplin dan pengetahuan pelajar dapat dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai