Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN

Esembel Ukulele S.K Bukit Mahkota, Kota Tinggi atau lebih dikenali sebagai BMUG (Bukit Mahkota
Ukulele Group), Johor ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2017. Pada masa itu kumpulan ini lebih
merupakan sebuah kelab muzik biasa di mana alat-alat muziknya terdiri daripada alat ukulele sahaja.
Dari masa ke masa, peralatan ditambah namun dalam keadaan yang sederhana. Selama beberapa
bulan dilatih kumpulan ini telah menunjukkan peningkatan dan telah berjaya membuat
persembahan di majlis-majlis keraian dan sebagainya.

2.0 OBJEKTIF
Tujuan utama sumbangan ialah ianya akan digunakan untuk memantapkan lagi esembel ukulele SK
Bukit Mahkota. Ini kerana dengan peralatan yang sedia ada kami belum mampu untuk menjadikan
esembel ini lebih mantap. Dengan sumbangan ini juga, alat-alat yang lebih baik akan dibeli dan
ditambah dengan alat muzik yang bersesuaian supaya Esembel Ukulele Bukit Mahkota lebih lengkap
dan menarik.

2.1 Dapat mewujudkan sebuah esembel ukulele yang mantap


2.2 Pelajar-pelajar dapat mempelajari pendidikan muzik di sekolah dengan lebih menyeluruh.
2.3 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain alat muzik dengan lebih sistematik
melalui alat yang mencukupi.
2.4 Dapat mewujudkan ‘sekolah berwatak’ melalui pasukan esembel ukulele dan dapat
menyumbang kepada daerah Kota Tinggi dan juga negeri Johor.

3.0 RASIONAL

3.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar yang meminati bidang muzik
3.2 Melalui aktiviti pasukan esembel ukulele ini pastinya dapat mendisplinkan pelajar disamping
memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.
3.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat
persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan menyertai pertandingan yang dianjurkan.

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI

4.1 menjalankan program pembangunan muzik seawal darjah 3 dengan pendedahan kepada alat
muzik dan cara alat dimainkan

4.2 menggunakan alat muzik dengan optimum untuk kegunaan persembahan disemua peringkat
dalam mahupun luar sekolah

4.3

5.0 PERANCANGAN
5.1 Mewujudkan sebuah pasukan esembel ukulele yang mempunyai ahli
sekurang-kurangnya 10 orang ahli pada setiap tahun dalam tahap dua.
5.2 Mewujudkan ‘Sekolah Berwatak’ melalui “esembel ukulele “
5.3 Menghasilkan sebuah pasukan esembel ukulele yang mantap dan membuat persembahan
dalam majlis-majlis dalam daerah Kota Tinggi, Negeri Johor dan mungkin di peringkat kebangsaan.

5.4 Dalam jangka masa panjang BMUG menyasarkan untuk menyertai festival muzik di Turki
sekaligus mewakili Malaysia.

6.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN

NAMA ALAT BILANGAN ANGGARAN KOS JUMLAH

1 BASS GUITAR 1 Unit RM 1200 Rm1200


(YAMAHA,FENDER,CORT)

2 UKULELE CONCERT SIZE, 3 Unit Rm170 Rm510


TENOR SIZE

3 PA SYSTEM (MIXER 8 1 Mixer rm1000 Rm2200 Rm2200


channel DAN SPEAKER
1 SET Speaker rm1200
Behringer Eurolive)

JUMLAH Rm3910

6.0 PENUTUP

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.


Sesungguhnya bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan membantu pasukan esembel ukulele
sekolah memberi satu hasil yang diharapkan disamping memberi peluang khasnya kepada pelajar
sekolah ini untuk menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga, dengan adanya bantuan ini, pasukan esembel
ukulele SK Bukit Mahkota akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke tertinggi.

Ingatan
1. Sediakan lampiran tentang gambar alat
2. Sediakan sebut harga alat-alat muzik tersebut
3. Sediakan la kertas kerja ini dengan kemas dan tertib.

Anda mungkin juga menyukai