Anda di halaman 1dari 4

[KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KERTAS A4] 2020

KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN PEMBELIAN KERTAS A4 UNTUK KEPERLUAN


MURID SK ULU KENAS SESI 2020

1.0 PENDAHULUAN

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah
amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran
yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh murid dengan lebih baik. Guru
yang cekap menguruskan aktiviti PdP dalam bilik darjah akan melahirkan murid yang berketrampilan,
berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan setiap perlakuan guru menjadi kesan kepada
pencapaian pelajar. Salah satu daripada bahan PdP tersebut adalah lembaran kerja bertujuan
memberi latihan kepada murid sebagai bahan untuk menilai sejauh mana kefahaman murid terhadap
ilmu yang telah disampaikan oleh guru.

2.0 LATAR BELAKANG

Lembaran kerja kepada murid adalah salah satu aset penting di mana salah satu fungsinya
adalah untuk mengukur keupayaan murid menguasai dan memahami kemahiran satu-satu mata
pelajaran yang diajar. Murid memerlukan lembaran kerja sebagai pandu arah mereka selain dapat
mengukuhkan pemahaman mereka terhadap tajuk yang diajar oleh guru mereka pada hari berkenaan.
Lembaran kerja yang diperlukan tentu berkaitan dengan keperluan Kertas bersaiz A4 dengan kuantiti
yang agak banyak. Kertas A4 yang menjadi bahan fotostat amat diperlukan sebagai lembaran kerja
yang menjadi salah satu alat bahan bantu mengajar kepada seseorang guru.

3.0 RASIONAL

Kos perbelanjaan untuk membeli Kertas A4 memerlukan peruntukan jumlah yang amat besar
sepanjang tahun persekolahan untuk semua murid. Peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan
amat tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan tersebut.

4.0 MATLAMAT

Memberi peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas untuk memperoleh
bahan pengajaran dan pembelajaran terutamanya lembaran kerja tanpa batasan dan dapat
meningkatkan lagi kefahaman murid memahami kemahiran yang telah dipelajari.

1
[KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KERTAS A4] 2020

5.0 OBJEKTIF

 Dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk pembelian Kertas A4 yang ditanggung oleh pihak
sekolah.
 Peruntukan sedia ada untuk pembelian Kertas A4 dapat disalurkan kepada perbelanjaan yang
lebih penting untuk keselesaan murid di SK Ulu Kenas.
 Untuk melancarkan perjalanan setiap program yang dirancang.
 Sebagai alat bantuan kepada murid-murid yang lemah bagi meningkatkan pencapaian murid-
murid dalam bidang akademik.
 Murid memperoleh lembaran kerja yang mencukupi tanpa halangan kekurangan bahan atau
kertas.

6.0 SASARAN

36 orang murid Tahap 1

40 orang murid Tahap 2

Jumlah murid: 76 orang

7.0 PERANCANGAN

 Lembaran Kerja atau tugasan untuk 9 mata pelajaran.


 Bahan untuk Kelas Tambahan secara berkala dan berfokus bagi murid Tahun 6 dan Tahun 5
 Sebagai Eviden Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk Tahap 1 kerana Peperiksaan untuk
Tahap 1 telah dimansuhkan.
 Kertas Soalan Ujian Bulanan dan Peperiksaan bagi murid Tahap 2 sebagai pengukuhan.
 Menjalankan program kecemerlangan yang berkesan untuk meningkatkan kecerdasan murid-
murid dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
 Program Peningkatan UPSR latih tubi soalan-soalan tahun lepas dan soalan percubaan negeri-
negeri lain.

8.0 JAWATANKUASA PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBELIAN KERTAS A4

PENGERUSI : Pn Salina Binti Ahmad Ahilaldin (Guru Besar SK Ulu Kenas)

TIMBALAN PENGERUSI : Pn Zamzanariah Binti Mohamed Ali (PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 1 : Pn Noor Rashidah Binti Sulaiman Najib (PK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI 2 : En Abdul Rahman Bin Jamali (PK Kokurikulum)

SETIAUSAHA : Pn Maslina Binti Misiran

BENDAHARI : Pn Norsilawati Binti Pilus


2
[KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KERTAS A4] 2020

AHLI JAWATANKUASA : Pn Surana Binti Abu Zarin

En Rohiszad Bin Ishak

Pn Chin Nyet Kee

En Azizul Rahman Bin Ismail

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI ALATAN KUANTITI JUMLAH


L

1 1 RIM Kertas A4 untuk seorang murid. 76 murid x 1 Rim =76 Rim RM12.90 X 76 murid
Semester 1
(Jan – Jun) Jum: RM 980.40

2 1 RIM Kertas A4 untuk seorang murid. 76 murid x 1 Rim =76 Rim RM12.90 x 76 murid
Semester 2
(Julai – Oktober) Jum: RM 980.40

Jumlah Keseluruhan RM 1960.80

10.0 PENUTUP

Diharap permohonan peruntukan perbelanjaan untuk Kertas A4 ini diambil maklum dan diluluskan
demi kecemerlangan anak-anak didik di Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas.

Disediakan oleh:

.......................................................

( MASLINA BINTI MISIRAN)


Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SK Ulu Kenas

Disahkan oleh:

..........................................................
(SALINA BINTI AHMAD AHILALDIN)
Guru Besar,
SK Ulu Kenas.
3
[KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KERTAS A4] 2020

Anda mungkin juga menyukai