Anda di halaman 1dari 3

Pidato : Bumi Kita Warisan Kita

Bumi Kita Warisan Kita.

Bumi yang tiada rimba


Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara


Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan


Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Yang dihormati

Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan
keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya, seterusnya
rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian. Assalamualaikum dan
salam pertemuan.

Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula membuat
tarian salsa ataupun tarian poco-poco, akan tetapi menyampaikan pidato saya iaitu,

Bumi Kita Warisan Kita.

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat tajuk pidato ini,
ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi
jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara
yang perlu diambil kira adalah pada perkataan Bumi Kita Warisan Kita.
Sidang pendengar yang penuh santun,
Bumi Malaysia, diketahui sebagai gedung khazanah alam yang unik dan bernilai. 
Namun, akibat sikap tamak manusia yang menjalankan aktiviti penebangan hutan yang
tidak terkawal dilihat sebagai satu perbuatan yang mencemari keadaan dan kebersihan
semulajadi kawasan tersebut. Golongan ini tidak pernah memikirkan nilai-nilai yang
tersimpan bersama alam ini, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit segala khazanah alam
ini hilang akibat industri yang dijalankan atas nama pembangunan. Sebagai contoh,
Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum antara menjadi sasaran untuk pembinaan
kuari batu kapur. Sedangkan, ia antara warisan negara yang memiliki pelbagai
kehidupan flora dan fauna yang menyimpan artifak-artifak arkeologi . Bahkan jua,
aktiviti kuari batu kapur ini mengakibatkan pencemaran kepada kebersihan udara di
Negara kita yang akan menjejaskan kesihatan masyarakat dan mengganggu keadaan
iklim serta cuaca di Malaysia.

Sidang pendengar yang dihormati,

Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan, bagaikan isi dengan kuku,
bagai irama dengan lagu. Oleh itu, hutan ditebang, hutan dimusnahkan, hutan diterokai
akan mencemari kebersihan habitat hidupan, lantas pastilah haiwan-haiwan akan
terjejas dan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika satu hari, monyet-monyet,
harimau-harimau mahupun gajah-gajah ingin berumah bersama kita. Bahkan jangan
terkejut sekiranya cucu cicit kita mengatakan beruang panda itu, pokok yang tumbuh
melilit di tepi pagar.

Sidang pendengar yang setia,

Terdapat pula, segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab dengan melakukan


perbuatan pencemaran seperti membuang sampah dan sisa toksik secara terbuka dan
tidak terkawal. Tindakan buruk ini adalah cara mudah bagi mereka melepas tangan
tentang tanggungjawab semata-mata bagi mengaut keuntungan dan memudahkan
kerja. Tidak pula difikirkan soal keburukan dan kerugian kepada masyarakat dan
sumber alam itu sendiri.Contoh yang berlaku di Pasir Gudang,Johor yang
mengakibatkan 46 lokasi sungai tercemar baru-baru ini. Kesannya, tercemarlah,
kotorlah, hilanglah identiti keunikan sungai-sungai seperti Sungai Kim Kim di Pasir
Gudang tersebut.. Maka hilang lagi warisan negara yang sepatutnya menjadi tatapan di
mata dunia dan generasi yang akan datang.
Sidang hadirin sekalian,
Banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia akibat
masalah kebersihan alam sekitar. Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-
sama kita memulakan anjakan paradigma dan menanam sikap mencintai alam sekitar
untuk warisan sepanjang zaman. Ingat, alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Jadi,
anda bayangkan andainya alam boleh berkata-kata mungkin inilah luahan rasa
sebatang pokok meranti ataupun rintihan seekor semut api merah. Kesimpulannya,
manusia yang mengancam manusia sendirilah turut terancam. Tepuk dada tanyalah
minda, tepuk dahi fikirlah sendiri. Bumi Kita adalah Warisan Kita untuk generasi akan
datang. Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh.

Anda mungkin juga menyukai