Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN HUTAN

Negara kita, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hutan semula jadi.
Malangnya, akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan oleh aktiviti penerokaan hutan secara berleluasa di
dada-dada akhbar tempatan. Sebenarnya, negara kita memiliki beberapa jenis hutan semula jadi,
iaitu hutan hujan tropika, hutan pantai, hutan paya dan hutan gunung. Perbuatan segelintir manusia
pada zaman ini yang giat melakukan aktiviti pembalakan haram telah menyebabkan kepupusan
hutan di negara kita. Persoalannya, tahukah anda akan kepentingan-kepentingan hutan kepada
kehidupan manusia?
Hutan merupakan kawasan tadahan hujan dan diibaratkan span yang menyerap air ke
bawah tanah. Hutan juga dapat mengelakkan tragedi bah dan tanah runtuh yang meragut nyawa
manusia. Hal ini disebabkan pokok-pokok di hutan berfungsi untuk mencengkam tanah-tanih dan
memperlahan larian air permukaan yang akan menyebabkan tanah runtuh. Jikalau tiada akar yang
mencengkam tanah-tanih, maka tanah-tanih tersebut akan mengalir ke dalam sungai semasa hujan
dan dimendapkan di dasar sungai. Natijahnya, dasar sungai akan menjadi cetek dan lambat-laun
akan berlakulah banjir jika hujan turun dengan lebatnya.
Seterusnya,hutan juga merupakan habitat bgi flora dan fauna yang juga merupakan sumber
makanan kita.Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi flora dan fauna.Sekiranya hutan pupus di
manakanh binatang-binatang liar tersebut dapat tinggal selain hutan?Di samping itu,hutan
merupakan sumber makanan bagi binatang liar tersebut yang tergolong daripada kategori
'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan kita juga akan kehilangan sumber
makanan kerana sumber protein kita ialah daging binatang-binatang yang terdapat di dalam hutan.
Di samping itu, hutan amat berpotensi menjadi kawasan eko-pelancongan dan juga rekreasi.
Dalam hutan, lazimnya terdapat air sungai yang mengalir jernih dan air terjun yang menderu.
Keindahan ini menjadi daya tarikan yang mampu memancing hati pengunjung untuk bertandang ke
sini. Misalnya, Taman Negara Pahang amat sesuai bagi pelancong asing mahupun domestik untuk
melapangkan fikiran dan menjelajah setiap ceruk hutannya. Kata orang, jauh perjalanan, luas
pemandangan.
Sebagai pengitlakkannya, menjamin semua pihak hendaklah menggembleng tenaga dalam
memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.Hargailah hutan kerana hutan merupakn
khazanah yang amat bernilai. Marilah kita bersama-sama memelihara dan memulihara hutan di
negara ini sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi.

Anda mungkin juga menyukai