Anda di halaman 1dari 3

Punca berlaku bencana alam dan cara meengatasi

Dewasa ini, manusia dilihat kurang peka dengan masalah alam


hingga mengakibatkan bencana alam. Kebanyakkan bencana
alam yang berlaku berpunca daripada sikap manusia itu sendiri .
Antara bencana alam yang mampu memberi impak yang besar
ialah seperti ribut taufan, tsunami, tanah runtuh, jerebu dan
sebagainya lagi. Oleh itu, semua pihak tidak seharusnya
memandang remeh tentang masalah bencana alam ini.
Persoalannya, apakah punca-punca dan langkah-langkah yang
wajar?

Antara punca yang menyebabkan kejadian bencana alam ialah


kegagalan manusia untuk membuat perancangan. Hal ini demikian
kerana kegiatan manusia seperti penyelenggaraan sungai dan
pembalakan yang tidak praktikal ini memberi impak yang besar
kepada alam sekitar kita. Selain itu, kegagalan manusia untuk
merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa
kita memandang rendah akan keupayaan bencana alam ini atau
menganggap nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan
sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja. Di samping itu,
kelambatan manusia untuk memberi pengumuman kepada
masyarakt mengenai bencana alam turut memberi kesan yang
besar kepada alam sekitar kerana manusia tidak perasan dengan
perubahan terhadap alam sekitar dan terus menjalankan aktiviti
yang merbahaya kepada alam sekitar kita.
Punca seterusnya adalah ketamakan manusia. Dengan
kata lain, sifat manusia yang terlampau materialistik untuk
membawa pembangunan baru dan mengabaikan alam sekitar.
Sebagai contoh, tingkah laku manusia yang tidak bermoral juga
turut menyumbang ke arah kemusnahan alam berlaku.
Kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya semakin
berleluasa lebih-lebih lagi pada era moden dewasa ini kerana
manusia ingin mencari rezeki melalui pembangunan syarikat atau
pasaraya baru. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan
mendorong untuk berlakunya musibah yang tertentu kerana bumi
tetap memerlukan masa untuk mengimbangi perubahan yang
drastik walaupun mempunyai keluasan yang besar. Oleh itu,
bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam
yang begitu pantas sehinggakan dunia itu sendiri tidak mampu
mengawalnya.

Dalam pada itu, langkah yang drastik dan pragmatik perlulah


diambil untuk mengurangkan risiko kejadian bencana alam.
Rentetan itu, pihak kerajaan perlulah menubuhkan sistem amaran
awal yang berkesan dan berteknologi tinggi supaya mereka dapat
meramalkan jenis bencana alam, kawasan-kawasan yang berisiko
tinggi untuk ditimpa bencana alam serta waktu bencana alam untuk
berlaku. Dengan ini, pihak kerajaan dapat membuat persiapan
awal dalam menghadapi bencana alam seperti menyediakan
tempat tinggal sementara bagi rakyat, bak kata pepatah, “sediakan
payung sebelum hujan”. Di samping itu, pihak kerajaan hendaklah
menghebah-hebahkan maklumat mengenai bencana alam yang
akan ditimpa kepada masyarakat melalui media massa sama ada
elektronik atau bercetak. Misalnya, media massa yang popular
dalam kalangan rakyat seperti televisyen dan radio dapat
menyampaikan mesej dengan segera tentang bencana alam yang
akan melanda negara kita dalam sekelip mata. Hal ini demikian
kerana, masyarakat akan lebih berwaspada dan bersedia untuk
menghadapi bencana alam serta-merta.

Selain itu, masyarakat harus dilatih dengan pelbagai latihan


kecemasan supaya bersedia menghadapi bencana alam.
Golongan muda harus didedahkan dengan teknik menyelamatkan
diri apabila berlaku kejadian banjir dan angin taufan supaya
mereka tahu tindakan yang betul untuk dilaksanakan itu.
Sebenarnya, kefahaman tentang kaedah menyelamatkan diri
boleh membantu mengurangkan kadar kematian apabila bencana
alam berlaku.

Akhirnya, Pertubuhan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)


juga harus menjalankan peranan bagi mengatasi masalah
bencana alam ini. NGO boleh berkerjasama dengan pihak
kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran kepada
masyarakat kampung agar sedar dengan keadaan alam sekitar
kita yang mungkin akan mengalami bencana. Selain itu, kempen
ini turut boleh melatih masyarakat untuk menghadapi bencana
alam. Sebagai contoh, sekiranya banjir berlaku, apakah langkah-
langkah yang harus dilakukan oleh masyarakat bagi menjamin
keselamatan diri.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat


peribahasa melayu bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat untuk bersama-sama mengatasi masalah
bencana alam demi kebaikan bersama.

Anda mungkin juga menyukai