Anda di halaman 1dari 1

Rabu Unit 9 : Hargai Alam Warisan Kita 10/6/20

A.) Peranan Masyarakat Dalam Melindungi Alam Sekitar


1. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kita.
2. Sebagai manusia, kita diberi amanah untuk menggunakan serta menjaga alam sekitar dengan
sebaik mungkin.
3. Aktiviti-aktiviti manusia yang menjejaskkan alam sekitar seperti pembalakan haram, penerokaan
tanah secara tidak terkawal, pembakaran secara terbuka, pembuangan sisa toksik ke dalam sumber
air dan pelepasan gas-gas beracun ke udara perlu dibendung.
4. Kita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat perlu berganding bahu dengan badan
kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi alam sekitar.

B.) Langkah Badan Kerajaan Melindungi Alam Sekitar


1. Membendung aktiviti pemburuan secara haram.
2. Mengawal dan mencegah pencemaran alam.
3. Mewujudkan taman negara dan hutan simpanan.
4. Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar.
5. Mengawal aktiviti pembalakan haram.

C.) Kepentingan Melindungi Alam Sekitar


1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan nyaman.
2. Mengelakkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.
3. Melindungi habitat tumbuhan dan hidupan liar.
4. Keseimbangan ekosistem alam terjamin.

Anda mungkin juga menyukai