Anda di halaman 1dari 7

AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI INDUSTRI PENGINAPAN

Disediakan oleh :
Nor Mazlina Binti Mohamad Amin,
Pensyarah, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan.

PENDAHULUAN
Di serata dunia, amalan hijau atau green practices dalam industri perhotelan yang
menjadi tunjang kepada perkembangan sektor pelancongan global telah pun digunapakai
dan diamalkan secara meluas. Kini, terdapat begitu banyak permintaan daripada para
pelanggan yang semakin mementingkan soal penjagaan alam sekitar walaupun mereka
sedang bercuti dan berliburan di luar negara. Mereka ini digelar sebagai ‘green tourist’
atau ‘pelancong hijau’ dalam istilah pelancongan. Bukanlah bermaksud alien, toyol,
Hulk atau makhluk yang berwana hijau, tetapi istilah yang digunakan untuk
menggambarkan karakter pelancong yang mempunyai sifat dan sikap yang baik
terutamanya terhadap alam sekitar dan komuniti setempat. Mereka sentiasa
menghormati tempat-tempat yang dilawati dengan tidak membuat sebarang pencemaran
alam, membuang dan membakar sampah merata-rata, merosakkan atau
membuat keganasan alam sekitar sesuka hati, sentiasa menjaga perhubungan baik
dengan masyarakat atau komuniti setempat dengan tidak akan membuat sebarang
kekecohan dan

Industri perhotelan adalah antara bahagian utama dalam pembangunan pelancongan


yang menggunakan sumber tenaga yang banyak dan pelbagai di bumi ini. Pelbagai
alternatif diperkenalkan bagi memastikan penjimatan sumber tenaga dalam pengurusan
hotel. Kini, pengurusan teknologi hijau sangat berkaitan dengan pelaksanaan amalan
yang menjadi satu komponen penting dalam industri hospitaliti.

Pengamal industri perhotelan kini perlu lebih bertanggungjawab bagi memelihara dan
memulihara alam sekitar dengan cara menyimpan air, mengurangkan penggunaan
tenaga dan menggurangkan sisa pepejal untuk menjamin peningkatan kualiti hidup
generasi akan datang. Kewujudan hotel yang berkonsepkan teknologi hijau ini menjadi
satu contoh dan landasan kepada industri pelancongan yang lain bagi menyokong usaha-
usaha mewujudkan persekitaran dan kualiti hidup yang sihat. Justeru itu, hotel dan resort

1|Page
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI INDUSTRI PENGINAPAN

yang mengadaptasi ciri-ciri teknologi hijau ini mampu menarik perhatian pelancong dalam
negara mahupun luar negara bagi menikmati suasana persekitaran dalaman mahupun
luaran yang menjanjikan kepuasan dan kelainan.
Rentetan dari isu hijau, teknologi ini sebenarnya berpotensi besar dalam memacu
pembangunan negara terutamanya dalam bidang pelancongan. Contohnya, dengan
konsep hotel dan resort berteraskan teknologi hijau yang diperkenalkan tidak mustahil
ianya berjaya menarik perhatian negara luar dan menjadikan Malaysia sebagai salah
sebuah pusat pelancongan yang harus dikunjungi.

Encik Cheah Swee Hee selaku pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (2015) pernah
berkata “kami mensasarkan 100 hotel hijau untuk disahkan pada dua hingga tiga tahun
akan datang. Sepanjang dua tahun kami telah menyaksikan lebih banyak hotel yang
sedang bergerak ke arah itu dan sehingga November 2015, terdapat kira-kira 14 hotel
hijau yang telah disahkan”

AMALAN TEKNOLOGI HIJAU


1. Penggunaan produk hijau
Secara umumnya, produk hijau direka bentuk atau diperbuat dengan cara
meminimumkan kesan alam sekitar yang terlibat dengan pengeluaran,
pengedaran dan penggunaannya. Ini boleh melibatkan penggunaan bahan kitar
semula, unsur-unsur dan komponen biodegradable. Beberapa kriteria akan di
ambil kira sebelum sesuatu produk itu di anggap sebagai produk ‘hijau’. Kriteria
produk hijau ini adalah seperti mudah digunakan semula, dibuat menggunakan
sumber semulajadi dan boleh diperbaharui, mengandungi kandungan kitar
semula, kecekapan tenaga, biodegradable serta tahan lama dengan keperluan
penyelenggaraan yang rendah.

2. Pengurusan sisa buangan melalui 3R (recycle, reuse, reduce)


Industri penginapan adalah pengguna utama sumber dan ianya menyumbang
kepada penjanaan sisa buangan. Kini, era teknologi hijau serta ekonomi hijau ini,
kitar semula bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar, malah kepada

2|Page
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI INDUSTRI PENGINAPAN

industri penginapan. Industri penginapan (hotel) perlu mempunyai sistem


pengurusan sisa buangan yang efektif bagi memberi tumpuan kepada
pengurangan sisa serta menggunakan bahan yang boleh di kitar semula.
Oleh yang demikian, program kitar semula ditetapkan untuk bahan-bahan seperti
bateri, tiub lampu florescent, mentol dan lain-lain. Kerjasama dengan pihak luar
yang menyediakan perkhidmatan cucian eco-friendly laundry dengan
menggunakan 100% produk mencuci yang mudah didegradasi dan tidak
mencemarkan alam sekitar juga dapat membantu. Hotel hijau juga boleh mendidik
pelanggan melalui peringatan berupa panduan yang diberikan kepada setiap
pelanggan semasa daftar masuk ke hotel. Pihak pengurusan haruslah memberi
latihan kepada kakitangan untuk mematuhi polisi hijau yang telah ditetapkan
supaya boleh menjadi satu budaya kerja yang bertanggungjawab.

Amalan teknologi hijau dalam teknik pengurangan bahan buangan boleh dilakukan
seperti program pengasingan bahan buangan. Contohnya bahan buangan sisa
makanan di masukkan ke dalam tong berwarna putih. Selain itu pengasingan
bahan buangan kepada plastic, kaca, kertas serta bahan buangan organik. Bahan
buangan pepejal boleh di jual kepada syarikat kitar semula. Melalui kaedah ini,
pengendali hotel secara tidak langsung memperoleh pendapatan hasil bahan
buangan hotel mereka.

Selain itu, bahan buangan organik boleh dikomposkan dan digunakan sebagai
baja untuk taman herba. Pengendali hotel boleh mewujudkan taman herba di roof
top hotel. Melalui kaedah mewujudkan taman herba, pengendali hotel
memperoleh manfaat dari segi penggunaan pokok-pokok herba yang di tanam
serta dalam masa yang sama mewujudkan landskap yang indah di persekitaran
hotel.

3|Page
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI INDUSTRI PENGINAPAN

3. Penjimatan tenaga
Pengurusan tenaga di industri penginapan seringkali menjadi halangan kepada
pengamal industri untuk mewujudkan hotel hijau. Hal ini kerana, bagi memulakan
proses penjimatan ini, ianya mengambil masa yang panjang dan memerlukan kos
pelaburan yang tinggi. Panduan amalan hijau di peringkat antarabangsa seperti
Durban Green Guidelines (2010) menyediakan beberapa inisiatif dalam
pengurusan tenaga. Antara inisiatif yang dapat di adaptasikan dalam konteks
negara Malaysia ialah sistem pencahayaan yang berkesan terutamanya di bilik
seminar dan penggunaan sensor yang berupaya mengawal penggunaan lampu.
Contohnya, lampu dan penghawa dingin akan terpadam apabila kad pintar di bilik
seminar di alih, menandakan bahawa bilik tersebut tiada penghuni.

Selain daripada inisiatif tersebut, hotel boleh menggunakan sumber tenaga dan
lampu yang cekap dan jimat tenaga, menggunakan bumbung lut cahaya yang
boleh menerangi koridor bilik, kaki lima dan kawasan awam seterusnya dapat
menjimatkan bil elektrik dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida. Bagi
menggalakkan penggunaan kenderaan hybrid, pihak hotel perlu menyediakan
stesen dan ruang untuk mengecas kereta elektrik di pintu masuk utama. Selain
itu, lobi hotel boleh dihiasi dengan bahan-bahan dekorasi yang diperbuat daripada
fabrik dan seramik yang mesra alam. Perkhidmatan sewaan basikal di sekitar hotel
juga boleh diperkenalkan bagi mengurangkan penggunaan kenderaan dan dapat
mengurangkan pengeluaran karbon dioksida.

4. Pengurusan sumber air


Hotel adalah pengguna utama air kerana tetamu hotel lebih cenderung
menggunakan lebih banyak air ketika mereka tinggal di hotel berbanding tinggal
di rumah. Kajian Cole (2012) mengenai Bali yang menghubungkan peningkatan
jumlah hotel yang mengalami masalah alam sekitar di pulau tersebut termasuklah
permintaan air. Pendekatan ekologi politik penulis terhadap masalah air
menimbulkan beberapa faktor persekitaran dan politik yang berkaitan termasuklah

4|Page
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI INDUSTRI PENGINAPAN

konflik penggunaan tanah, isu kesedaran, kuasa sosial dan isu kebudayaan, politik
dan pengawalseliaan serta keadaan bekalan air tempatan itu sendiri.

Terdapat beberapa cabaran yang harus dilalui dalam menangani isu pengurusan
air di hotel. Pertama, kurangnya kesedaran di kalangan hotel mengenai saiz dan
keperluan air di peringkat tempatan dan global. Tarif air yang rendah di
sesetengah tempat memungkinkan sikap tidak peduli dan meneruskan perniagaan
seperti biasa. Oleh yang demikian, agensi kerajaan dan persatuan hotel perlu
memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu air ini.

Cabaran lain ialah mengubah persepsi orang ramai. Pengguna biasanya


mengamalkan perilaku senang dalam menggunakan air di hotel. Oleh itu, cara
yang boleh digunakan bagi menginovasikan penggunaan air dalam amalan
teknologi hijau adalah melalui cara menggunakan semula air bagi tujuan landskap
serta tandas. Hal ini mungkin kelihatan tidak beretika pada pandangan tetamu di
hotel, jadi pihak hotel disarankan untuk lebih kreatif dalam penggunaan air ini.
Contohnya, menggunakan sistem air bawah tanah bagi pengaliran air di kawasan
landskap supaya ianya tidak kelihatan kotor pada pandangan tetamu hotel.

Selain daripada itu, Amalan hotel hijau yang boleh diaplikasikan di hotel adalah
dengan menggalakkan tetamu hotel menggunakan semula tuala dan linen.
Pengendali hotel boleh menggunakan sistem kad hijau di bilik tetamu. Tetamu
hotel yang ingin mendapatkan tuala yang baru boleh meletakkan kad hijau di
dalam tandas. Selain itu, Pengendali hotel juga boleh menggunakan tandas dan
pancuran mandian rendah.

5. Pengurusan Kualiti Udara


Kualiti udara dalaman menerangkan bagaimana udara dalaman boleh
memberikan kesan kepada kesihatan, keselesaan di sesuatu ruang bangunan.
Antara aspek yang mempengaruhi kualiti udara dalaman adalah suhu,

5|Page
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI INDUSTRI PENGINAPAN

kelembapan relative, kulat, bakteria, pengudaraan yang tidak baik, dan juga
pendedahan kepada bahan kimia.

Amalan hijau yang dipraktikkan di hotel adalah dengan tidak membenarkan tetamu
hotel merokok di dalam bilik hotel. Dengan cara ini, tetamu hotel yang lain yang
mendaftar masuk ke bilik tersebut akan dilindungi dari udara yang tidak baik.

KESIMPULAN
Alam sekitar dan pelancongan adalah aset negara. Pembangunan industri pelancongan
berasaskan semulajadi banyak risikonya, dan dengan pembangunan yang mapan yang
menjadi agenda utama hari ini perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. Dalam
usaha mewujudkan hotel hijau serta amalan hijau, pasti ianya membimbangkan pihak
pengendali hotel dari segi kos yang terlibat. Pihak pengendali penginapan ini boleh
memulakan amalan ini sedikit demi sedikit. Pembangunan pelancongan yang seimbang
ialah apabila pemain industri dapat melaksanakan pembangunan tetapi dalam masa
yang sama masih mensejahterakan alam sekitar. Alam sekitar yang selamat menjamin
pembangunan pelancongan yang berterusan. Semoga amalan teknologi hijau di industri
penginapan ini menjadi amalan yang berterusan di kalangan pemain industri.

6|Page
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI INDUSTRI PENGINAPAN

RUJUKAN

Aman Deep Ad (2017). Green Hotels and Sustainable Hotel operations in India.
International Journal of Management and Social Sciences Research (IJM SSR).
ISSN:2319-4421, Vol 6, No.2, February 2017.
Asmahany Ramely (2016). Mudahnya Amalan Hijau.Research Gate Publication.
Azilah kasim (2014). Importance of water management in hotels: A framework for
sustainability through innovation. Journal of Sustainable Tourism, Vol 22, 2014,
issue 7.
Erich Lawson (2018). Effective ways of waste management in the Hotel Industry and its
Importance.
Haliza Abdul Rahman (2018). Green Consumerism. Asian Journal of Environment,
History and Heritage, December 2018, Vol.2, Issue.2, p.43-54, ISSN 2590-4213
E-ISSN 2590-4310.
Nur syahidah Binti Said (2016). Toward green Consumerism practices in Malaysia Hotel
Industries. Universiti Tun Huessein Onn Malaysia.
The ASEAN Secreteriat Jakarta (2016). ASEAN Green Hotel Standard. Association of
Southeast Asian Nations (ASEAN) 2016. ISBN 978-602-0980-73-7.

7|Page

Anda mungkin juga menyukai