Anda di halaman 1dari 1

Kesan-Kesan Pencemaran Sungai

1. Menambahkan bebanan kerajaan


- kos pembersihan meningkat
- umpamanya, dalam RMK-8, sebanyak RM250 juta telah diperuntukan bagi pembersihan dan
pengindahan sungai
- kempen ‘Cintai Sungai Kita’ perlu diperkasakan lagi
- membazir kerana lebih perlu disalurkan untuk pembangunan negara

2. Kepupusan hidupan akuatik


- menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan rantaian
makanan
- membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau
- burung pula jika terkena minyak akan menyebabkan sukar terbang seterusnya mati
- spesis terancam semakin pupus, contohnya penyu
- sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu masa dahulu
menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makanan

3. Menjejaskan sumber pendapatan nelayan


- menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih selamat
- tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak
- meningkatkan kos pemulihan
- misalnya, tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ
memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai nelayan

4. Menjejaskan kesihatan
- sumber air bersih berkurangan
- laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari
penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian
mereka
- penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan
- penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan meningkat
- Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang
tidak bersih

5. Menjejaskan industri pelancongan


- tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa
- kawasan terumbu karang boleh terjejas teruk apabila berlaku pencemaran air
- pulau dan pantai akan kurang dikunjungi seandaianya tarikan alam marin ini terjejas dan
musnah

6. Aktiviti rekreasi tidak lagi sesuai


- sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti berenang, berkayak dan
memancing hilang fungsinya
- persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat menenangkan fikiran dan
diri

Anda mungkin juga menyukai