Anda di halaman 1dari 11

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber

pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di


negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan
telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan
berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun,
masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk
memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini.
Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik
untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan


produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung
mancanegara (negara-negara asing). Banyak produk pelancongan yang wajar
diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan
masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak.
Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan,
dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan
pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan
sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik
hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancong luar mahu
melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil
peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan
budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong
wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan
mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh


pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk
memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini,
banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat -tempat
menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan
masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej -
pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival
seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan
pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai
contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana
datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata
pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival
pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk
mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara


antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi
agar diadakan di negara ini. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan
antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan
badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat
perhatian peminat antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi
tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik
Dunia yang diadakan di Sarawak pada setiap tahun. Ke mampuan negara untuk
menganjurkan acara antarabangsa memang terbukti kejayaannya, bak kata
pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara -negara lain di
dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan
dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan
mengunjungi negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara -acara
yang dianjurkan, malahan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di negara
kita, bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Jadi , jelaslah penganjuran
acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor


pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat
Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan.
Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang
ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan
sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik mina t
pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan
pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai
pihak digalakkan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini lagi.
Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif, bak
kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel -hotel, syarikat
penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan dir i untuk
menjayakan kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan


dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kit a. Semua
pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu
kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat,
bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat
sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di
negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh
pelancong tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua
pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destin asi
pelancongan yang terkenal di dunia
Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara
yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal dengan
destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia Barat,
Timur Tengah dan Asia Tenggara. Keindahan panorama dengan pasir yang memutih dan
laut yang membiru sering menggamit pelancong datang ke negara ini. Buktinya, industri
pelancongan Malaysia merekodkan purata kemasukan pelancong asing sebanyak dua
juta setahun. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk
meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia.


Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita
sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat
diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang
pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga
wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat
antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan
hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika.
Sebagai contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di
sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata
pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival
pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan
negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Uslub yang seterusnya yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan
produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara.
Produk pelancongan negara perlu diperbanyak supaya para pengunjung dapat
menikmati sesuatu yang baharu dan unik di negara kita. Banyak produk pelancongan
yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan
masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu
konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan
seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan
pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan
sebagainya. Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati
pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu
yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk
memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan
kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal
bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Dengan ini,
para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu dan mereka tidak akan
pulang dengan tangan yang kosong tanpa ilmu di dada. Benarlah kata orang tua-
tua, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan


negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih
berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah
kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar
bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara
untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara
kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan
pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini
lagi. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif, bak kata
pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan,
dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen
ini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan
di negara kita.

Uslub dan minhaj yang lain ialah menghapuskan atau mengurangkan cukai belian
barangan di negara ini. Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC),
pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam
semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah. Mereka ingin menjadikan
percutian di Malaysia sebagai serampang dua mata. Oleh itu, pihak berkuasa perlu
menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Namun begitu,
kualiti barangan yang dijual haruslah terpelihara supaya para pelancong berasa puas
hati ketika membeli-belah di negara kita dan janganlah indah khabar dari rupa. Selain
itu, peraturan-peraturan imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat
melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu
ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat
pelancongan dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini,
para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Izharlah bahawa
penghapusan dan pengurangan cukai belian barangan dapat merancakkan industri
pelancongan negara .

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan


untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil
dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak
dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan
kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat
diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan mancanegara. Kerjasama
dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai
sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan
negara yang penting. "Pendapatan indsutri pelancongan mencatatkan peningkatan 7.2
peratus dengan nilai RM103.3 bilion pada tahun 2013 dalam menjana ekonomi Malaysia,”
kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hal ini menunjukkan peningkatan
ekonomi yang memberangsangkan yang dibawa masuk melalui industri pelancongan.
Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan
berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang pantas. Namun begitu,
insiden yang menimpa negara baru-baru ini dengan kejadian misteri iaitu kehilangan
pesawat Malaysian Airlines Systems (MAS) MH371 dari China dan MH17 yang ditembak lalu
terhempas di Ukraine sedikit sebanyak boleh menjejaskan industri pelancongan negara.
Kebanyakan pelancong berasa terancam untuk datang ke Malaysia apatah lagi tahun
2014 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, semua pihak haruslah
megatur langkah yang lebih proaktif dan pragmatik untuk memastikan industri
pelancongan negara kita terus rancak dengan kunjungan para pelancong sama ada dari
dalam negara atau dari luar negara untuk memastikan semua pihak mendapat faedah
daripada perkembangan sektor ini. Persoalan yang bermain-main di gawang minda kita
ialah apakah langkah-langkah yang pragmatik yang dapat dipraktikkan untuk
memajukan sektor pelancongan di negara kita?

Uslub yang perdana yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan
produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara.
Produk pelancongan negara perlu diperbanyak supaya para pengunjung dapat
menikmati sesuatu yang baharu dan unik di negara kita. Banyak produk pelancongan
yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan
masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu
konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan
seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan
pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan
sebagainya. Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati
pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu
yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk
memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan
kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal
bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Dengan ini,
para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu dan mereka tidak akan
pulang dengan tangan yang kosong tanpa ilmu di dada. Benarlah kata orang tua-
tua, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu, pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh


pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan
negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang
dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan
yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini
juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat
antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan
hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika.
Sebagai contoh, karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana
datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita bak kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta. Secara implisitnya, bilangan pelancong ke negara kita akan semakin
meningkat. Tegasnya, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan
langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi
pelancongan yang menarik.

Meninjau skop yang lebih luas lagi, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan
pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar
dilobi agar diadakan di negara ini untuk menjadi tarikan kepada para pengunjung.
Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup,
perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, pameran Maritim dan Udara Langkawi
(LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi
dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat
antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada
beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di
Sarawak setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa
seperti ini memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri
sama tinggidengan negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah
diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Kejohanan-kejohanan dan
pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan
promosi yang lengkap dan meluas. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga
akan meningkat. Mereka bukan sahaja datang untuk melibatkan diri dalam acara-acara
yang dianjurkan, malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita
berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat
mengekalkan pulangan yang diperoleh danpada kedatangan pelancong ke negara kita.
Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi
pelancongan di negara kita.

Seperkara lagi, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor


pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Malaysia Malaysia
dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat
Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan
lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan
pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai
acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan
pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia
ini. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetetif, bak kata
pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia
oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita Hotel-hotel,
syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk
menjayakan kempen ini. Hal ini sekali gus akan mendorong para pelancong untuk
melancong dan berehat di sini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita..

Uslub dan minhaj yang lain ialah menghapuskan atau mengurangkan cukai belian
barangan di negara ini. Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC),
pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam
semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah. Mereka ingin menjadikan
percutian di Malaysia sebagai serampang dua mata. Oleh itu, pihak berkuasa perlu
menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Namun begitu,
kualiti barangan yang dijual haruslah terpelihara supaya para pelancong berasa puas hati
ketika membeli-belah di negara kita dan janganlah indah khabar dari rupa. Selain itu,
peraturan-peraturan imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat
melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu
ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan
dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong
akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Izharlah bahawa penghapusan dan
pengurangan cukai belian barangan dapat merancakkan industri pelancongan negara .

Jika ditinjau dari sudut yang lain, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil
bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita.
Faktor kawalan keselamatan yang terjamin di sesuatu destinasi pelancongan sering
menjadi kayu pengukur untuk mereka datang ke destinasi pelancongan yang menjadi
pilihan di hati mereka. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat
yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan
Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas
pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut,
rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong
asing terus berkunjung ke negara ini. Bilangan keanggotaan pasukan keselamatan perlu
ditambah supaya rondaan dapat dilakukan dengan lebih kerap di kawasan tumpuan
pelancong. Sehubungan dengan itu, pelancong dapat melancong di negara kita dengan
lebih selesa dan sekali gus imej negara terpelihara di mata dunia. Pendek kata, kawalan
keselamatan yang baik mampu meningkatkan industri pelancongan negara.

Akhir kalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat
pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor
pelancongan di negara kita. Memang diakui pelancongan merupakan suatu industri yang
cukup berpotensi dan begitu menguntungkan. Oleh itu, usaha memajukan industri
pelancongan bukanlah terletak atas pundak pihak berkuasa semata-mata kerana
bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Semua pihak hendaklah tampil dan
menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan
ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan
budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk
dinikmati oleh pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan
kesungguhan daripada semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai
sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais
Yatim, Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di
dalam negara boleh berkembang setanding dengan destinasi pelancongan di luar
negara seperti Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan
Malaysia dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata.Biarlah pepohon terus
bergoyang, biarlah mentari terus bersinar dan biarlah industri pelancongan negara kita
terus meniti dari bibir ke bibir umat manusia di seantero dunia demi menjana pendapatan
yang lebih lumayan untuk kemaslahatan bersama.

Anda mungkin juga menyukai