Anda di halaman 1dari 7

KARANGAN : LANGKAHLANGKAH MEMUPUK NILAINILAI MURNI DALAM

KALANGAN MASYARAKAT
Mutakhir ini, nilai-nilai murni dalam kalangan
masyarakat semakin pudar. Hal ini terjadi
demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin
terhadap kepentingan nilai-nilai ini dalam diri
anak-anak mereka. Jika nilai-nilai murni ini tidak
dipupuk maka negara kita akan dahagakan
masyarakat yang saling bersatu padu. Oleh itu,
nilai-nilai murni ini haruslah dipupuk sejak
dibangku sekolah lagi kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Bagaimanakah cara-cara
untuk memupuk nilai-nilai murni ini daripada terus
hilang
ditelan
zaman?
Langkah perdana yang boleh diambil untuk
memupuk nilai murni adalah melalui bantuan pihak

kerajaan. Kerajaan perlu mengadakan kempenkempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di
desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang
mengalami proses pembangunan ekonomi. Kempen
ini haruslah dilakukan secara berterusan dan
janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam
kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara
kita sendiri. Jika inisiatif untuk memupuk nilainilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan
oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini
akan terus hanyut dalam dunia modenisasi ini.
Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengadakan
kempen ini secara berterusan supaya masyarakat
akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni yang
akan mengeratkan hubungan antara masyarakat di
negara
ini.
Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk
mengatasi keruntuhan nilai moral dalam kalangan
masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu bapa
tentang pentingnya memupuk nilai-nilai moral
dalam diri anak-anak semasa mereka masih tidak
mengenal apa itu erti kehidupan. Ibu bapa boleh

memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa


mengajar mereka tentang pentingnya semangat
kejiranan dan perpaduan. Oleh hal demikian,ibu
bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk
mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak
tertentu yang menjurus kepada usaha untuk
memupuk nilai-nilai murni. Jika ibu bapa hanya
mengambil ringan akan masalah yang sedang
melanda negara kita sekarang maka negara kita
akan mengalami satu masalah besar yang akan
menyerang negara pada masa akan datang bak
kata pepatah api kecil baik dipadam. Oleh itu,
peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini
amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu
bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar
dalam mendidik anak-anak kerana belakang parang
jika
diasah
tajam
juga.
Selain itu, peranan pihak sekolah dalam
membanteras masalah keruntuhan moral ini amat
dituntut kerana di sekolah merupakan tempat
pembelajaran kedua selepas di rumah. Dalam
mengatasi masalah ini, pihak sekolah boleh

mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah di


sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti
bergotong-royong untuk membersihkan sekolah
dan
mencantikkan
sekolah.
Aktiviti-aktiviti
seperti ini dapat memberi kesedaran kepada
pelajar tentang peri pentingnya semangat
bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan
masyarakat.
Kementerian
Pelajaran
boleh
mewujudkan mata pelajaran baru yang mengajar
pelajar tentang nilai-nilai moral. Jika pihak
sekolah tidak memainkan peranan dalam mengatasi
masalah ini maka negara kita semakin kepupusan
pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan
menjadi tunggak negara pada masa akan
datang.Tegasnya, pihak sekolah juga memainkan
peranan utama dalam mengatasi keruntuhan nilainilai
moral
dalam
kalangan
masyarakat.
Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk
membanteras masalah ini ialah melalui media
massa. Pada zaman yang menuju puncak ini, semua
informasi-informasi yang berlaku di dunia ini
mudah didapati kerana kemudahan seperti

internet, televisyen dan banyak lagi memberi kita


peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada
masa sekarang. Oleh hal demikian, sudah tentulah
usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh
dilakukan
melalui
media
massa.
Untuk
merealisasikan impian ini, pihak media massa
haruslah bekerjasama dalam menjayakan program
ini dan sentiasa berjuang untuk kadaulatan negara.
Seperti yang sedia kita maklum, televisyen
menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Oleh itu, pihak
syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan
nilai-nilai murni dan kepentingan nilai-nilai murni
melalui iklan-iklan di televisyen. Jika pihak media
massa tidak bekerjasama dalam mengatasi
masalah ini maka amat sukar untuk mewarawarakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada
masyarakat di luar sana. Oleh itu, pihak media
massa menjadi tempat untuk mendapatkan
pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini bak
kata pepatah yang berpayung yang ditembak
Ahli Jawatankuasa kampung juga harus memainkan

peranan
dalam
mengadakan
program
kemasyarakatan
di
kampung
masing-masing
seperti gotong-royong membersihkan kampung,
menolong keluarga miskin dan sebagainya. Program
seperti ini dapat mengajar penduduk kampung
tentang kepentingan semangat bekerjasama atau
nilai moral yang terpuji bagi mewujudkan sebuah
masyarakat kampung yang harmonis. Program
seperti ini juga memberi peluang kepada penduduk
untuk
meluangkan
masa
bersama
kerana
masyarakat pada zaman ini yang hanya mengejar
kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti
katak dibawah tempurung yang tidak bergaul
dengan orang lain. Oleh itu, program seperti ini
banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan
seharusnya dilakukan di setiap kampung di negara
ini.
Kesimpulannya, kita haruslah bersatu padu dalam
memerangi masalah keruntuhan moral dalam
kalangan masyarakat di negara ini dan semua pihak
mestilah memainkan peranan yang penting dalam
memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan

masyarakat, bak kata pepatah Bersatu kita teguh,


bercerai kita roboh. Kita haruslah memupuk nilainilai murni ini di dalam diri kita kerana tidak rugi
seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni
kerana hancur badan dikandung tanah, budi baik
dikenang juga.

Anda mungkin juga menyukai