Anda di halaman 1dari 3

GEJALA VANDALISME

Gejala vandalisme telah lama menular di Malaysia namun gejala ini masih belum ada penyelesaiannya.Jelaskan faktor-faktor dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Perkataan vandalisme adalah berasal daripada nama sebuah puak di Eropah iaitu, vandal yang telah membinasakan kota Rom pada tahun 445M.Vandalisme menurut Kamus Dewan adalah satu bentuk jenayah yang biasanya merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti papan tanda,telefon awam,kerusi,dinding dan lain-lain.Gejala vandalisme ini sering dikaitkan dengan golongan remaja.Hal ini kerana,golongan remaja mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat terutamanya gejala vandalisme.Gejala ini menyebabkan kerajaan telah mengalami kerugian jutaan ringgit untuk membaiki harta benda awam yang rosak.Pelbagai cara telah dilakukan namun masalah ini belum ada penyelesaian. Faktor utama yang meyebabkan berlakunya gejala vandalisme adalah punca daripada pengaruh rakan sebaya.Hal ini demikian kerana rakan sebaya merupakan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakan tingkah laku,nilai dan sikap remaja yang memilih rakan sebaya yang sefahaman tanpa memikirkan keburukan.Kebiasaannya,mereka yang melakukan vandalisme ini secara berkumpulan dan mempunyai tabiat suka melepak serta membuang masa tanpa tujuan.Mereka telah menghasilkan pelbagai idea kreatif yang tidak sesuai dengan tempatnya.Maka jelaslah bahawa pengaruh rakan sebaya telah memberi impak negatif dan merupakan punca kepada berlakunya gejala vandalisme. Ibu bapa juga pendorong kepada gejala vandalisme di kalangan remaja.Segala tindak-tanduk ibu bapa akan diperhatikan oleh anak-anak kerana anak-anak diibaratkan seperti kain putih,ibu bapalah yang menjadi role model untuk mencorakan kehidupan anak-anak.Contohnya,ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buahbuahan seperti kulit limau dan rambutan ke luar tingkap kereta.Selain itu, sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme ini berasal daripada keluarga yang bermasalah atau mengamalkan budaya hidup negatif.Hal ini dapat kita sedari bahawa gejala vandalisme adalah dorongan daripada ibu bapa dan keluarga. Media massa mempunyai pengaruh yang amat kuat juga menyebabkan gejala ini boleh berlaku.Hal ini disebabkan kerana media massa memaparkan paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme.Media massa ini merupakan racun kepada pemikiran golongan remaja yang mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekelilingnya apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

Langkah-langkah untuk mengatasinya iaitu pihak berkuasa perlulah menjalankan penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang.Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991,sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2 000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalahpesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan. Ibu bapa perlulah memain peranan penting untuk menerapkan ilmu agama yang sempurna dalam jiwa anak-anak agar mereka menghargai harta benda awam seperti harta sendiri. Selain itu, ibu bapa perlulah memberi kasih sayang dan meluangkan masa bersama anak-anak agar mereka tidak kesunyian serta bersedia untuk mendengar luahan dari hati mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua, Sayangkan anak, tangan-tangankan. Media massa juga mempunyai tanggungjawab sosial dan pengaruh yang kuat kepada masyarakat untuk memberi kesedaran dalam memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam pelbagai bentuk rancangan yang tersiar. Media massa juga berperanan dalam membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama memeranginya gejala vandalisme ini.Gejala vandalisme ini jangan dipandang enteng kerana gejala ini akan menjejaskan imej negara kita di arena antarabangsa.

BIBLIOGRAFI
http://wwwbmpengurusan.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai