Anda di halaman 1dari 1

EKSPERIMEN : KESAN SUHU TERHADAP PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA

Tujuan : Mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria.

Hipotesis : Bakteriatumbuh dan membiak dengan pesat pada suhu bilik tetapi tidak pada suhu yang
sangat rendah atau sangat tinggi.
Pembolehubah :
a) Dimalarkan : Jumlah agar-agar nutrient/Jenis bakteria
b) Dimanipulasikan : Suhu
c) Bergerak balas : Bilangan koloni bakteria
Bahan/Radas : Agar-agar nutrient steril, kultur bakteria Bacillus subtilis, piring petri steril dengan
penutup, silinder penyukat, rod kaca dan pita selofan.
Langkah/ Prosedur :
Piring petri Agar-agar nutrient lembap Agar-agar nutrient lembap
Piring petri Piring petri
A B C D

60 C 30 C 37 C 5C
Rajah

1. Empat piring petri steril yang mengandungi agar-agar nutrient steril dilabelkan sebagai A,B,C
dan D.
2. Sedikit kultur bakteria dimasukkan ke atas permukaan agar-agar di dalam setiap piring petri.
3. Piring petri kemudian ditutup dengan penutup dan dilekatkan dengan pita selofan.
4. Piring petri kemudian diletakkan ditempat yang berbeza iaitu pada suhu 60 c, 30 c, 37 c, dan
5 c.
5. Selepas beberapa hari pemerhatian direkodkan.

Pemerhatian :

Piring petri Suhu Bilangan koloni bakteria


A 60 C Tiada
B 30 C Banyak
C 37 C Sangat banyak
D 5C Tiada

Kesimpulan : Bakteria tumbuh dan membiak dengan pesat pada suhu bilik tetapi menjadi tidak aktif
pada suhu yang sangat rendah dan mati pada suhu yang sangat tinggi.

Anda mungkin juga menyukai