Anda di halaman 1dari 7

RESPIRASI

PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM


BADAN MANUSIA
A) RESAPAN OKSIGEN DARI ALVEOLUS KE DALAM
KAPILARI DARAH

 Alveolus mempunyai permukaan yang lembap,


dinding yang nipis dan dikelilingi oleh banyak
kapilari darah.
 Oksigen di dalam udara sedutan akan melarut di
permukaan alveolus yang lembap.
 Kemudian, oksigen meresap dari alveolus ke
dalam kapilari darah secara resapan.
 Resapan oksigen berlaku dari kawasan yang
berkepekatan gas tinggi ke kawasan yang
berkepekatan gas rendah.
A) RESAPAN OKSIGEN DARI ALVEOLUS KE DALAM
KAPILARI DARAH

 Dinding alveolus yang nipis menambahkan


kecekapan resapan gas. Jadi, oksigen dapat
meresap ke dalam kapilari darah dengan
lebih mudah.
 Resapan oksigen berlaku secara berterusan
sehingga oksigen meresap melalui dinding
kapilari darah dan akhirnya ke dalam aliran
darah.
B) PENGANGKUTAN OKSIGEN OLEH DARAH

 Darah ialah sejenis bendalir tisu yang


mengalir di dalam kapilari darah.
 Darah bertindak sebagai medium
pengangkutan oksigen dengan bantuan
hemoglobin.
 Hemoglobin ialah pigmen merah yang
ditemui di dalam sel darah merah.
 Hemoglobin lebih mudah berpadu dengan
oksigen berbanding dengan komponen darah
yang lain.
B) PENGANGKUTAN OKSIGEN OLEH DARAH

 Hemoglobin berpadu dengan oksigen untuk


membentuk oksihemoglobin. Secara ringkas,

 Oksihemoglobin akan diangkut dari peparu


ke jantung.
C) RESAPAN OKSIGEN DARI KAPILARI DARAH KE
SEL-SEL BADAN

 Jantung mengepam darah beroksigen ke


semua bahagian badan.
 Apabila darah sampai ke sel-sel badan,
oksihemoglobin terurai kepada oksigen dan
hemoglobin. Secara ringkas,

 Oksigen akan diserap oleh sel-sel badan,


manakala hemoglobin akan kembali ke
peparu untuk berpadu dengan oksigen.
C) RESAPAN OKSIGEN DARI KAPILARI DARAH KE
SEL-SEL BADAN

 Pada masa yang sama, karbon dioksida dari


sel-sel meresap ke dalam kapilari darah untuk
diangkut balik oleh hemoglobin ke alveolus.
 Karbon dioksida akan disingkirkan dari
peparu semasa penghembusan nafas.

Anda mungkin juga menyukai