Anda di halaman 1dari 4

BAB Sel sebagai Unit Asas Hidupan

2 Cell as a Basic Unit of Life

1 Bahagian sel hidup yang manakah digelar ‘otak’ sel. Terangkan mengapa.
Which part of the living cell is called the ‘brain’ of the cell? Explain why. K3  Mengaplikasi
Nukleus. Nukleus sel mengawal semua aktiviti sel.
The nucleus. The nucleus of the cell controls all the cell activities.

2 Apakah kepentingan sel kepada hidupan?


What is the importance of cells to living things?
Sel adalah unit asas bagi semua hidupan yang menjalankan semua fungsi dalam hidupan.
Cells are the basic units of all living things which carry out all functions in living things.

Soalan 3 dan 4 berdasarkan rajah di bawah.


Questions 3 and 4 are based on the diagram below.

Rajah di bawah menunjukkan mitokondria dalam sel hidupan.


The diagram below shows the mitochondria in a living cell.

mitokondria
mitochondrion

3 Mengapakah mitokondria merupakan ‘rumah kuasa’ bagi sel?


Why are mitochondria known as the ‘power house’ of a cell? K3  Mengaplikasi
Respirasi sel berlaku di sini. Tenaga yang dihasilkan oleh proses ini akan digunakan untuk melakukan aktiviti-
aktiviti sel yang lain.
Cellular respiration takes place here. The energy produced by this process is used to carry out other cell activities.

7
4 Mitokondria banyak ditemui dalam sel-sel otot. Terangkan mengapa.
A lot of mitochondria are found in muscle cells. Explain why.
Sel otot memerlukan banyak tenaga untuk pergerakan.
Muscle cells need a lot of energy for movement.

5 Pembakaran hutan yang dijalankan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan penanaman telah
mengganggu keseimbangan kitar karbon-oksigen, seperti yang ditunjukkan dalam foto di bawah.
The burning of forests for planting by certain irresponsible parties for planting crops has disturbed the balance of the carbon-
oxygen cycle, as shown in the diagram below. K5  Menilai

Apakah kesan aktiviti manusia ini terhadap kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam udara?
What are the effects of this human activity on the oxygen and carbon dioxide content of the air?
Kandungan oksigen berkurang manakala kandungan karbon dioksida bertambah. Pertambahan kandungan
karbon dioksida dalam udara boleh menyebabkan kesan rumah hijau yang akan mengakibatkan pemanasan
global.
The oxygen content decreases while the carbon dioxide content increases. The increase in the carbon dioxide content of the
air can lead to greenhouse effect that will cause global warming.

8
6 Foto di bawah menunjukkan satu aktiviti manusia yang sedang berlaku secara berleluasa.
The photo below shows a human activity that occurs on a large scale today.

Apakah yang akan berlaku kepada alam semula jadi jika aktiviti manusia ini diteruskan tanpa kawalan?
Bagaimanakah masalah ini dapat diatasi?  K6 Menjana idea
What will happen to the environment if this human activity continues without control? How can this problem be overcome?
Aktiviti manusia ini meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam udara yang menyebabkan kesan rumah
hijau dan mengakibatkan pemanasan global. Kandungan oksigen dalam udara akan menurun. Aktiviti manusia
ini memusnahkan habitat hidupan yang menyebabkan kepupusan spesies dan menyebabkan banjir kilat serta
hakisan tanah. Masalah aktiviti manusia ini boleh diatasi dengan mengadakan penghutanan semula selepas
pembalakan, mewujudkan hutan simpan dan menguatkuasakan undang-undang untuk menghalang pembalakan
haram.
This human activity increases the carbon dioxide content of the air which causes greenhouse effect, leading to global
warming. The oxygen content of the air decreases. This human activity destroys the habitats of living things causing
extinction of species, flash floods and soil erosion. This problem can be overcome by replanting after logging, establishing
forest reserves and implementing laws to prevent illegal logging.

7 Foto di bawah menunjukkan Rafflesia, yis dan mukor.


The photos below show Rafflesia, yeast and mucor.

Yis/Yeast

Rafflesia/Rafflesia Mukor/Mucor

Apakah pendapat anda tentang cara pemakanan Rafflesia, yis dan mukor? Berikan penjelasan.
What is your opinion on the method of feeding of Rafflesia, yeast and mucor? Give an explanation. K4 Menganalisis
Mukor, yis dan Rafflesia tidak mempunyai klorofil. Tumbuhan tersebut tidak dapat menjalankan fotosintesis
dan memperoleh makanan dengan menyerap nutrien daripada bahan hidup yang reput.
The mucor, yeast and Rafflesia do not have chlorophyll. These plants cannot carry out photosynthesis and they obtain food
by absorbing nutrients from other living things.

9
8 Dengan menggunakan kreativiti anda, reka cipta suatu bekas yang boleh digunakan untuk tujuan penanaman
tumbuhan hijau seperti pokok bunga dan sayur-sayuran dalam keluasan kawasan yang terhad. Lukiskan reka cipta
kamu itu. Gunakan bahan-bahan yang disenaraikan di bawah. K6 Mereka cipta
By using your creativity, design a container that can be used for growing green plants such as flowering plants and vegetables
in an area with limited space. Sketch your design. Use the materials listed below.

Gunting/Scissors
Dawai/Wire
Tali kapas/Cotton string
Air/Water
Tanah/Soil
Botol kosong terpakai/Recycled plastic bottle

dawai
wire

botol kosong terpakai


tanah recycled plastic bottle
soil

penutup botol berlubang


bottle cap with a hole
air
water
tali kapas
cotton string

10

Anda mungkin juga menyukai