Anda di halaman 1dari 2

Tindak Balas Logam Dengan Oksigen

Tujuan: Mengkaji tindak balas logam dengan oksigen


Pemboleh ubah manipulasi: Jenis logam
Pemboleh ubah bergerak balas: Tindak balas nyalaan
Pembolah ubah dimalarkan: Jisim logam
Bahan: Hablur kalium maganat(VII), serbuk magnesium, serbuk aluminium, serbuk zink, serbuk
ferum dan serbuk plumbum
Radas: Tabung didih, penunu Bunsen, kaki retort, kertas asbestos, spatula dan wul kaca
Prosedur:

1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.


2. Panaskan serbuk magnesium dengan kuat.
3. Kemudian, panaskan dengan kuat hablur kalium maganat(VII).
4. Perhatikan sebarang perubahan yang berlaku kepada serbuk magnesium dengan teliti dan
rekodkan di dalam jadual.
5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan serbuk magnesium dengan serbuk
aluminium, serbuk zink, dan serbuk plumbum.
Pemerhatian:

Jenis logam Pemerhatian Warna hasil


Membakar dengan sangat cergas dengan api putih berkilau
Magnesium yang terang Putih
Membakar dengan nyalaan terang yang merebak dengan
Aluminium cepat Kelabu

Membakar dengan nyalaan terang yang merebak dengan Kuning apabila


Zink perlahan. panas,
Putih apabila sejuk

Ferum Membara perlahan dengan nyalaan kuning yang kecil Hitam

Plumbum Logam membara dengan malap Kelabu

Perbincangan: 1. Apakah funsi wul kaca?


Menghalang hablur kalium maganat(VII) daripada bercampur dengan serbuk logam
2. Apakah fungsi hablur kalium maganat(VII)?
Membekalkan oksigen apabila dipanaskan
3. Apakah bahan yang terhasil dalam aktiviti ini?Lengkapkan persamaan perkataan di
bawah?
Logam + Oksigen Logam oksida
4. Lengkapkan persamaan perkataan bagi tindak balas antara logam-logam dengan
oksigen?

(a) Magnesium + Oksigen Magnesium oksida

(b) Aluminium + Oksigen Aluminium oksida

(c) Zink + Oksigen Zink oksida

(d) Ferum + Oksigen Ferum oksida

(e) Plumbum + Oksigen Plumbum oksida


5. Susunkan kereaktifan logam-logam yang digunakan dalam aktiviti ini mengikut
tertib menaik.
(a) Plumbum (b) Ferum (c) Zink (d) Aluminium (c) Magnesium

Kereaktifan bertambah
Kesimpulan: Logam bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk logam oksida. Logam yang
berlainan mempunyai kadar tindak balas yang berlainan.

Anda mungkin juga menyukai