Anda di halaman 1dari 30

BaB 5

Inggeris Mencabar Lagi


Ahli – Ahli Kumpulan :
Yong Yung Fook
Ngg Chen Hung
Wong Kah Choon
Sinopsis :
 Samad tertanya-tanya akan kedatangan Syres ke
Lubuk Terua. Samad berpendapat bahawa terdapat
dalam kalangan orang Semantan yang menjadi hantu
Inggeris dengan melaporkan kegiatan anak muda –
muda di situ kepada Inggeris. Lajis datang ke kubu
Zahid untuk mengucapkan terima kasih kepada Zahid
dan rakan – rakannya yang telah menyelamatkan
isterinya. Lajis memberitahu Zahid dan rakan –
rakannya bahawa peristiwa tempoh hari telah
menyedarkan dia untuk bangkit menentang Inggeris.
 Lajis telah bermuafakat dengan Pak Uda Ismail untuk
mendirikan bengkel untuk membuat kedil.
 Menurut Lajis, Datuk Bahaman juga memberikan
jaminan bahawa beliau telah berjumpa dengan
seorang saudagar Melayu yang sanggup membekalkan
besi untuk dibuat laras bedil. Datuk Bahaman telah
menyuruh ayah Samad, iaitu Pak Long Abas mencari
rotan yang akan dijual dan hasil jualannya akan
diberikan kepada saudagar Melayu itu. Lajis
memberitahu Zahid dan rakan – rakannya bahawa
Datuk Bahaman meminta dia menjadi pengintip di
Kuala Semantan. Dia dan Rahmad akan menjadi
pekerja kopi di pekan itu. Segala gerakan pihak
Inggeris akan dimaklumkan kepada Datuk Bahaman.
 Sebelum pulang, Lajis memberitahu Zahid dan rakan
– rakannya bahawa Datuk Bahaman mahu semua
orang berkumpul di masjid pada malam itu untuk
bacaan surah Yasin .
Tema :
 Tema novel Darah Titik di Semantan ialah semangat
perjuangan rakyat tempatan menentang penjajahan
Inggeris dalam mempertahankan tanah air. Zahid,
Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama –
sama Datuk Bahaman, Mat Lela, dan rakyat tempatan
yang lain menentang penjajah Inggeris yang bukan
sahaja mencabuli perjanjian yang telah dibuat tetapi
menghina anak negeri dengan sikap tamak and
angkuh mereka.
Persoalan :
• Semangat kerjasama dalam menghadapi musuh.
Zahid bekerjasama dengan rakan – rakannya umtuk
menentang penjajah Inggeris.
• Keberanian rakyat tempatan menentang
penjajah Inggeris.
Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan
menentang penjajah Inggeris.
Teknik Plot :
 Teknik pemerian
Pengarang menggambarkan gerak laku Datuk
Bahaman sebaik sahaja dia selesai sembahyang dan
doa.
 Teknik dialog
Dialog antara Mat Kilau dengan Datuk Bahaman.
 Teknik imbas kembali
Semasa berjalan ke masjid Lubuk Terua bersama
dengan Samad, Rahmad Awang Muhammad, Zahid
terkenang akan Datuk Bahaman yang telah berubah
sikap.
 Teknik imbas muka
Awang Muhammad memikirkan gerakan yang akan
dilakukannya dengan Zahid dan Samad semasa
ketiadaan Rahman .
 Teknik monolog dalaman
Zahid memikirkan kata – kata Pak Long Abas yang
menyatakan bahawa dia ternampak akan empat buah
perahu Inggeris yang membawa mata – mata Inggeris
dan sarat dengan papan dan atap nipah.
 Teknik kejutan
Teknik kejutan ini digambarkan melalui watak Imam
Perang Weh yang melompat keluar dari kubu dan
menuju ke pasukan musuh.
 Teknik saspens
Pembaca tertanya – tanya akan peristiwa yang berlaku
apabila Zahid dan rakan – rakannya terdengar suara
perempuan meminta tolong dari rumah Lajis.
Watak dan perwatakan
 Watak utama di novel ini ialah Zahid.
 Watak sampingan dalam novel ini terdiri daripada
Datuk Bahaman, Samad, Awang Muhammad,
Rahman, Mat Lela, Imam Perang Weh, Datuk
Panglima Raja, Lajis, Rahmad, Pak Long Abas, Tuk
Muda Bidin, Pak Uda Ismail, Mat Kilau, Che Bah, dan
lain – lain.
(Watak)Zahid :
 Zahid ialah watak utama dalam novel ini.
 Emak dan ayahnya bekerja sebagai pesawah.
 Zahid digambarkan seorang yang pandai menentang
musuh apabila dia berjaya membaling bambu runcing
yang betul – betul mengenai belakang seorang mata –
mata Inggeris.
 Zahid seorang yang berpegang kepada ajaran agama.
 Zahid mempunyai semangat berjuang yang tinggi.
 Zahid seorang yang berani apabila berlawan dengan
dua orang pemuda yang mencuba untuk menggangu
Kak Minah.
 Zahid seorang yang bertanggungjawab kerana sering
menasihati Rahmad dan kawan – kawannya agar
menjalani latihan bermain senjata demi
mempertahankan diri ketika peperangan.
 Zahid seorang yang penyayang.
 Zahid seorang yang mementingkan semangat setia
kawan.
 Zahid mempunyai sikap belas kasihan.
(Watak)Datuk Bahaman :
 Orang Kaya Semantan.
 Anak bongsunya Awang Muhammad dan anak
sulungnya Mat Lela.
 Bersikap sabar.
 Sebagai pembesar negeri, Datuk Bahaman sentiasa
bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa
Melayu.
 Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.
 Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan
gelaran.
 Seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.
 Seorang yang berpegang pada janji.
 Datuk Bahaman seorang yang baik hati.
 Seorang yang berani.
(Watak)Samad :
 Rakan Zahid, Rahman, dan Awang Muhammad.
 Samad pernah ditangkap oleh Inggeris ketika
membawa rotak ke Batu Hampar.
 Seorang yang berani kerana tidak takut untuk
berjuang.
 Samad seorang yang pandai menyimpan rahsia apabila
dia berpura – pura macam budak bodoh ketika
Inggeris menyuruhnya menceritakan perkara yang
sebenar.
 Mempunyai semangat bekerjasama.
 Seorang yang bertanggungjawab.
 Samad menunjukkan sikap yang bijaksana apabila
menyuruh rakan – rakannya tidak merosakkan pokok
– pokok di tebing supaya mereka dapat mengintip
musuh.
(Watak)Mat Lela :
 Umurnya baru hendak meningkat ke-30 tahun.
 Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad.
 Terkena tembakan di paha akibat diserang oleh askar
sultan tetapi berjaya diselamatkan.
 Mat Lela sangat benci akan Inggeris.
 Seorang yang berfikirkan terbuka apabila bersetuju
dengan cadangan Datuk Bahaman supaya berjuang
menggunakan akal fikiran.
 Mat Lela seorang yang suka berterus terang.
(Watak)Lajis :
 Mengajar silat kepada Rahmad dan rakan – rakannya.
 Baru mendirikan rumah tangga dengan Kak Minah.
 Menjadi pengintip di Kuala Semantan untuk
mengetahui rahsia tentang gerakan Inggeris di situ.
 Lajis bersumpah bahawa dia akan menentang
Inggeris.
 Lajis seorang yang mudah bekerjasama apabila dia
bermuakafat dengan Pak Uda Ismail untuk
mendirikan bengkel membuat senjata.
 Seorang yang taat akan perintah.
Latar Masa :
 Hari Jumaat
Samad mengajak kawan – kawannya memulakan kerja
– kerja menggali kubu pada hari Jummat.
 Pada waktu pagi
Zahid memikirkan bahawa dia dan kawan – kawannya
akan mendalamkan kubu pada pagi itu lagi.
 Pada waktu tengah hari
Zahid, Samad, dan Awang Muhammad makan nasi
dengan lauk ikan kelah yang dibakar.
 Selepas waktu maghrib
Zahid dan kawan – kawannya membaca surah Yasin
dan memohon doa restu daripada Tuhan selepas
selesai sembahyang maghrib.
 Musim ikan tembelian bertelur
Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di
Sungai Semantan kerana waktu itu merupakan musim
ikan tembelian bertelur.
 Zaman pemerintahan Inggeris
Rahman menerangkan bahawa dua tahun dulu, negeri
mereka telah diambil oleh Inggeris.
Latar Tempat :
 Lubuk Terua
Zahid dan kawan – kawannya berjalan ke masjid yang
terletak di Lubuk Terua.
 Lubuk Sengarat
(a) Zahid dan kawan – kawannya akan menggali kubu di
Lubuk Sengarat.
(b) Samad terus berlari ke rumah Lajis setelah
mendengar ada orang meminta tolong.
 Di Johor
Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan
orang – orang besar Pahang menghadap Sultan Johor.
 Masyarakat yang mementingkan soal agama.
Penduduk Lubuk Terua mementingkan soal
keagamaan.
Gaya Bahasa :
 Diksi
-Sebab itu baginda berangkat ke Pulau Tawar dan
bersemayam di sana.
-Datuk Bahaman berhenti kira-kira lima puluh hasta
dari pintu
 Simile
-”Aku bangga kerana kalian berempat ini mula berfikir
macam orang dewasa”.
-Bahagian tengah batang pisang itu hancur seperti kena
tikam.
 Peribahasa
-”Kalau tinggal di dalam kubu, kita sama – sama tinggal.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”
 Sinkope
-“Kemudian, kita tinggalkan rumah pasung ini. Tak guna
kita tunggu disini.”
 Metafora
-Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah.
 Inversi
-Selepas sembahyang subuh dan sarapan. Aku bersalin
pakaian.
Nilai :
 Nilai Kerajinan
Pada setiap pagi, Rahmad berlatih membaling bambu
runcing di sebuah padang di Mempatih
 Nilai Kerjasama
Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk
mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda
Ismail.
 Nilai Kasih Sayang
Ibu Zahid menangis ketika hendak melepaskannya
untuk pergi berperang menentang Inggeris.
 Nilai hormat – menghormati
Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh sentiasa
menghormati Datuk Bahaman sebagai ketua mereka.
 Nilai keberanian
Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar
musuh – musuhnya.
 Nilai semangat cinta akan negara
Datuk Bahaman menyeru rakyatnya supaya
mempertahankan tanah air mereka
Pengajaran :
 Sebagai seorang ketua, kita perlulah
bertanggungjawab terhadap semua perkara.
 Kita haruslah bersatu ketika melakukan sesuatu
pekerjaan.
 Kita perlulah sentias menjaga dan menghargai pokok
– pokok di sekeliling kita.
 Kita mestilah menggunakan akal fikiran ketika
berjuang supaya beroleh kejayaan.
 Kita perlulah sentiasa mengikut arahan ketua dan
tidak bertindak bersendirian
 Kita hendaklah sentiasa patuh akan suruhan agama.

Anda mungkin juga menyukai