Anda di halaman 1dari 2

Solan Esei

PANDUAN:
A – F (FAKTA)
B – H (HURAIAN)
C – C (CONTOH)

1.Senarai berikut berkaitan ciri – ciri Tamadun awal Dunia

 Pertanian dan Perdagangan


 Pembentukan Bandar

a) Terangkan kegiatan pertanian dan perdagangan yang dijalankan oleh


masyarakat tamadun awal dunia (6 markah)

Kegiatan Pertanian mendorong perkembangan kehidupan masyarakat semasa


tamadun awal dunia. Selain itu, Kegiatan pertanian berkembang kerana penciptaan
pelbagai peralatan, pembinaan saliran, pembinaan kincir angin, dan pembinaan
teres di tanah tinggi. Seterusnya perkembangan kegiatan pertanian membawa kepada
kewujudan kegiatan perdagangan.

Kegiatan perdagangan yang wujud termasuklah perdagangan tempatan dan


perdagangan jarak jauh. Perdagangan tempatan adalah masyarakat yang tinggal
di dalam kota mendapatkan bahan makanan dan barangan pertanian dengan
menukarkannya dengan bahan kraf tangan dan perkhidmatan termasuklah
kegiatan keagamaan. Selain itu, Perdangan Jarak jauh ialah masyarakat dari
sesuatu kawasan tamadun bertukar barangan dengan masyarakat Tamadun Lain
yang mempunyai bahan mentah seperti logam, emas dan besi.

b) Jelaskan ciri – ciri Bandar dalam tamadun awal (6 markah)

Antara ciri – ciri Bandar dalam tamadun awal adalah mempunyai


pelan susur atur bangunan dan petempatan yang sistematik. Selain itu.
Terdapat rumah kediaman mempunyai kemudahan seperti bilik air
tandas, dan perigi. Seterusnya terdapat juga prasarana seperti rumah
ibadat, pasar dan kawasan kediaman. Di samping itu, terdapat system
pembentungan dan perparitan. Akhir sekali, Bandar menjadi pusat
politik,ekonomi, dan kebudayaan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
perkembangan Bandar menjadi asas kepada kelahiran tamadun awal
dunia.

c) Apakah usaha – usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan sektor


pertanian di Negara kita ? Beri penjelasan anda KBAT (8 markah)

Antara usaha – usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan sektor


pertanian di Negara kita ialah kita perlulah menggunakan teknologi moden.
Hal ini dikatakan demikian kerana, teknologi dapat meningkatkan hasil
pertanian. Sebagai contoh, mesin dan jentera digunakan untuk
mempercepatkan kerja – kerja dalam sektor pertanian. Selain itu, usaha lain
yang boleh dilakukan ialah membuka kawasan pertanian yang baru. Hal ini
disebabkan oleh, untuk memastikan pertanian dapat ditanam secara besar –
besaran. Seterusnya, peranan agensi kerajaan. Hal ini kerana, agensi kerajaan
perlu memberi khidmat nasihat dalam memulakan pertanian hingga
memasarkan produk. Sebagai contoh, FAMA, FELDA, dan MARDI.

Anda mungkin juga menyukai