Anda di halaman 1dari 4

WATAK DAN PERWATAKAN : PROSA

TRADISIONAL ASAL PADI


WATAK UTAMA
SI BONGSU
1) Seorang yang berani
Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di
dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.
2) Seorang yang bijak mencari akal
Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea
menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di
tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya
padi.
3) Seorang yang gigih
Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan
peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun dia masih kecil.
SI SULUNG
1) Seorang yang setia.
 Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan
adiknya yang kini berada di kayangan.

2) Seorang anak yang cacat.


 Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh
melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua
tumitnya berlubang.

3) Seorang yang gigih.


 Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan
peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun dia masih kecil.
SI EMPUNYA PADI
1) Seorang yang sangat berhati-hati
 Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke
bumi, dia akan memeriksa seluruh badan Si
Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa
padi pulang ke bumi.

2) Seorang yang bertimbang rasa.


 Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si
Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam
mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

3) Seorang yang baik hati


 Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu
makan padi yang ditanamnya.
SI BURUNG PIPIT
1) Seekor burung yang tidak jujur
 Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya
dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada
padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi
sehingga kenyang.

2) Seekor burung yang licik


 Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku
kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya
meminta empunya padi menyuruh burung tekuri
untuk turun ke bumi bagi menunjukkan
kebenarannya.

Anda mungkin juga menyukai