Anda di halaman 1dari 4

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMKAA 2018

17 OGOS 2018

ACARA CATATAN

Yang dihormati
Tuan Sheikh Hamadi bin Sheik Abdul Hamid
Yang Dipertua PIBG SMK Alor Akar

Yang berusaha
Puan Hajah Mariah binti Haji Mohd Nasir
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Shireen binti Abdul Latiff


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tuan Haji Hashim bin Abu Bakar


Penolong Kanan Ko Kurikulum

Puan Nor Azmira binti Zahari


Penolong Kanan Tingkatan 6

Encik Ahmad Yusdi bin Mohd Yusuf


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru-guru dan pelajar warga SMK Alor Akar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan.

Alhamdulillah hari ini tanggal 17 Ogos 2018, bertempat di Dewan


Jubli Emas SMK Alor Akar, kita dapat berkumpul bersama-sama
dalam sebuah majlis penuh bermakna , Perlancaran Bulan
Kemerdekaan 2018. Tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini
lah Sayangi Malaysiaku. SMKA Alor Akar merasa amat bertuah
dengan kehadiran Yang dihormati
Tuan Sheikh Hamadi bin Sheik Abdul Hamid
Yang Dipertua PIBG SMK Alor Akar ke sekolah tercinta ini. Terima
kasih atas kesudian melapangkan masa untuk menjayakan majlis
yang penuh bermakna ini.

Terima kasih segunung harapan, budi tuan jadi sanjungan.

Hadirin

Ogos pastilah merupakan bulan keramat yang akan sentiasa


diingati. Apabila tiba sahaja bulan Ogos setiap tahun akan
berlakulah sebuah fenomena merdeka yang di zahirkan melalui
pelbagai program melibatkan semua peringkat umur.
Bersesuaian dengan tema sayangi Malaysiaku, setiap aktiviti
diinspirasikan bagi memperkukuhkan lagi rasa sayang dan cinta
kepada Negara Malaysia melalui pelbagai cara dan pendekatan.

Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Alor Akar tahun ini adalah


koloborasi Panitia Sejaran Dan Pendidkan Sivik dan
Kewarganegaraan dengan kerjasama semua guru bergabung
tenaga untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan
mengadakan pelbagai aktiviti menarik.

Usaha murni ini diharapkan dapat menerapkan nilai menjiwai


kemerdekaan dengan penuh rasa bangga dan menyemai semangat
patriotism merentasi latar bangsa, bahasa dan keturunan.

Jauh belayar kapal diraja


Mencapai Negara destinasi pilihan
Dari sabar akhirnya merdeka
Cemerlang Negara dirahmati Tuhan

2 Semoga usaha murni dalam membawa anak-anak SMK ALOR Akar doa
menjiwai semangat kemerdekaan dengan hati yang ikhlas dan
penuh rasa bangga akan mencapai matlamatnya.

Marilah sama-sama kita menadah tangan dan mengaminkan doa agar


majlis yang penuh makna ini akan dirahmati dan diberkati Ilahi.

Majlis mempersilakan yang dihormati Tuan Haji Sazimi bin Nawi untuk
memimpin bacaan doa.

3 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang dihormati Tuan


Haji Sazimi bin Nawi atas pimpinan doa sebentar tadi.

4 Hadirin ucapan PK
Pentadbiran
Adat bahasa menyampaikan pesan
Adat upacara menyampaikan ucapan

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah


Mariah bin Haji Mohd Nasir, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

5 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan


Hajah Mariah bin Haji Mohd Nasir, Penolong Kanan Pentadbiran atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

6 Sudilah tuan jalan berlapan, Ucapan YDP


Jalan berlapan di malam kelam; PIBG
Sudilah tuan menyampaikan ucapan,
Juga menyempurnakan gimik perasmian (VIP)

Majlis mempersilakan Yang dihormati


Tuan Sheikh Hamadi bin Sheik Abdul Hamid
Yang Dipertua PIBG SMK Alor Akar untuk menyampaikan ucapan
seterusnya menyempurnakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan SMK Alor
Akar bagi tahun 2018. Mjlis mempersilakan.

7 Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada Tuan Sheikh Hamadi bin


Sheik Abdul Hamid
Yang Dipertua PIBG SMK Alor Akar atas kesudian menyempurnakan gimik
perlancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Alor Akar bagi tahun
2018.

8 Hadirin,

Siapalah kita tanpa mereka yang telah berjuang memerdekakan bangsa


dan tanah air dari belenggu penjajahan. Kita anak merdeka, berbekalkan
jati diri yang yang padu, kita berdiri gagah menjaga bumi tercinta agar
tidak pula dijajah mindanya, tidak pula tergadai adatnya, tidak pula
terpadam budayanya. Kita rakyat Malaysia yang merdeka… teguh
terpatri di hati, semangat juang terpahat dalam diri, walau dimanapun
kaki melangkah. Malaysia nama mu kujulang megah.

Menghayati kemerdekaan dengan cara tersendiri, terima

____________________________________________________ dengan

persembahan sajak yang berjudul _______________________________

9 Demikianlah persembahan istimewa dari _________________________


yang telah mendeklamasikan sebuah sajak hasil tulisan
____________________________ yang berjudul

Tahniah atas bakat besar yang anda miliki. Bukan mudah untuk mencari
bakat dalam kalangan generasi Y yang banyaknya tenggelam dengan
modennya pembangunan.

Hadirin sebuah lagi persembahan istimewa bakal kita saksikan sebentar


lagi. Dengan dendangan lagu-lagu patriotic yang sentiasa menjadi siulan
dalam menyemarakkan semangat.
Mereka terdiri dari pasukan koir SMK Alor Akar yang kecil saiznya tetapi
besar semangat dan penghayatannya.

Terimalah pasukan koir dengan lagu-lagu

___________________________________________
10 Terimakasih diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 yang sungguh
berbakat dengan sebuah persembahan yang sungguh menghiburkan.
Persembahan koir sebentar tadi dipimpin oleh Puan Anamili Mohd Fathi.
dari Kelab Koir dan Kebudayaan SMK Alor Akar.

11. Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka majlis kita kini
berada di kemuncaknya. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
kesudian Yang Dihormati Tuan Sheikh Hamadi bin Sheikh Abd Hamid,
Ynag dipertua PIBG SMK Alor Akar atas kesudiaan bersama-sama
memeriahkan majlis hingga ke akhir acara.

Sebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan


Hajah Mariah binti Haji Mohd Nasir , Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaian cenderamata dari pihak sekolah kepada Tuan Sheikh
Hamadi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

12. Hadirin

Sebagai penutup majlis yang penuh meriah ini, bersamalah kita


menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dengan menyanyikan
lagu-lagu berikut, Warisan, Tanggal 31 Ogos dan Sayangi Malaysiaku.
Sekian sahaja tugas saya,
hingga bertemu di lain kesempatan sekian
Wabilah hitawfik walhidayah, Assalamualaikum….

Anda mungkin juga menyukai