Anda di halaman 1dari 10

CERPEN

OREN
ISTILAH
Tema ialah Persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama
 
ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).

Persoalan Bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil


yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
 
Watak Pelakon dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan
cara berinteraksi sesama watak dan alam.

Latar tempat Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang


. berkaitan dengan lokasi geografi
 
Latar waktu atau masa Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era,
. sejarahnya, atau musimnya
 
Latar masyarakat atau citra masyarakat Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita
  merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial,
ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
 
TEMA
 Kasih sayang kepada haiwan peliharaan.
Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor
kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli
keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk
memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga
dengan baik dan diberikan kasih sayang yang
sepenuhnya.
PERSOALAN
 i.      Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor
kucing dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut

ii.    Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu
mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan
Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan
sisa-sisa makanan Kelabu.

iii.   Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing
dengan ahli keluarganya.
WATAK UTAMA

 Ayah
i.      Seorang ayah yang penyayang
ii.    Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii.   Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan
Oren
iv.   Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan
membelai-belai bulu di badan Oren
v.    Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi.   Menangisi kematian Oren
WATAK SAMPINGAN
 1.    Oren
i.      Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii.    Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii.   Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa
makanan selepas Kelabu makan
iv.   Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang
melebih-lebihkan Kelabu

2.    Kelabu
i.      Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii.    Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii.   Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada
ayah dan keluarganya
iv.   Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v.    Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah
NILAI

 Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi


kucing peliharaan mereka
ii.    Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab
memelihara Oren selepas kematian ibunya
iii.   Baik hati – ayah memberikan makanan yang
berkhasiat kepada kucing peliharaannya
LATAR
 Latar Masa
i.      Kehilangan Oren selama empat hari
ii.    Sudah seminggu hujan turun
iii.   Setiap malam
iv.   Hujung pertengahan Disember
v.    Makan malam
vi.   Dua hari yang lalu
LATAR TEMPAT/ RUANG

i.      Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii.    Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari
sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah
iii.   Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui
oleh Anis
iv.   Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den
menghidangkan susu
v.    Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja,
Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja
dengan ayah
vi.   Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya
LATAR MASYARAKAT

 i.      Masyarakat yang menyayangi binatang belaan


seperti kucing – ayah dan keluarganya sangat
menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor
kucing
ii.    Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang
melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan
membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii.   Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya
menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi
makanan yang berkhasiat seperti susu

Anda mungkin juga menyukai