Anda di halaman 1dari 9

ANALISIS CERPEN OREN

Cerpen Oren

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah
yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing
telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga
mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu
bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor
kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah
menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan
seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang
berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga.
Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi
Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah
pokok tua yang tumbang.

TEMA

Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama
Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing
untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan
diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.

PERSOALAN

i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan


Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat
menyayangi kedua-dua kucing tersebut

ii. Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren
akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-
sisa makanan Kelabu.

iii. Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

PLOT
i. Permulaan/Eksposisi
Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri.
Kehilangan Oren telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga

ii. Perkembangan
Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari
rumah. Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura
memberitahu kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu
dengan Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku.
iii. Klimaks
Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan
Oren menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah
semakin berganda apabila cuaca pada hujung pertengahan Disember yang
selalu menurunkan hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren.

iv. Peleraian
Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman
permainan hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar
kejadian tersebut

TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah
dan ibu Oren.

ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

iii. Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren
menghilangkan diri selama empat hari.

iv. Monolog Dalaman


Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang
mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang
dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

v. Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang
Kelabu ke rumah mereka.

vi. Imbas Muka


Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di
taman permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah
pokok tua yang sudah tumbang.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Ayah
i. Seorang ayah yang penyayang
ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di
badan Oren
v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi. Menangisi kematian Oren

Watak Sampingan
1. Oren
i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan
selepas Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-
lebihkan Kelabu

2. Kelabu
i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan
keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

LATAR
Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu

Latar Tempat/ Ruang


i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di
kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke
ruang tamu untuk bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan
keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing
peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu

GAYA BAHASA
i. Simile – seperti ada yang membersihkannya
ii. Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
iii. Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv. Sinkof – tika (ketika)

NILAI
i. Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan
mereka
ii. Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas
kematian ibunya
iii. Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing
peliharaannya

PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada
makhluk selain manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan
tidak menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua
orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.
ANALISIS PROSA TRADISIONAL
ASAL PADI

ASAL PADI
SINOPSIS

Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah
ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta
peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan
dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun cacat, kakinya
kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.

Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang
mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu
ke kayangan. Apabila sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan
Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau seperti emas. Namun setelah
diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya padi. Si Bongsu ingin meminta
sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga dusun itu, tetapi hanya dibenarkan
merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan tersebut, Si Bongsu
telah memasukkan padi di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap
oleh penjaga dusun sehingga tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi
kerana kakinya sakit dan meminta bekerja dengan penjaga dusun itu.

Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil
padi, lalu diambil segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka
pada tumitnya. Dia kemudian meminta izin untuk pulang ke bumi. Dia juga
mengatakan telah bertaubat dan tidak mahu mengambil apa-apa lagi. Penjaga padi
percaya akan kata-kata Si Bongsu lalu membenarkannya pulang ke bumi. Sampai di
bumi, Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah menghasilkan padi yang baik.
Namun , sebaik sahaja padi di bumi membuahkan hasil, padi di kayangan pula tidak
menjadi, menyebabkan budaya hidup padi di kayangan telah hilang.
Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di
bumi. Apabila burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah
lebat. Burung pipit mengambil kesempatan memakan padi tersebut dan apabila pulang
ke kayangan dia melaporkan tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak
percaya dengan kata-kata burung pipit lalu menghantar pula Si Tekuri. Si Tekuri akan
membunuh pipit jika di bumi ada padi. Apabila sampai di bumi Si Tekuri mendapati
burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Dalam
pertarungan itu pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya
telah beralih ke arah tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok burung pipit berada di
tengkuknya.

TEMA
· Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.
Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi
dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.
PERSOALAN
·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan
melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

·Kebijaksanaan mencari akal.


o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi
itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh
suami isteri itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
·Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak
dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Si Bongsu
Seorang lelaki.
Seorang anak yatim piatu.
Anak bongsu daripada dua beradik.
Seorang yang berani.
· Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di
bawa pulang ke bumi.
Seorang yang bijak mencari akal.
· Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi
di dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.
Seorang yang gigih
· Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya
sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.
Seorang yang rajin.
· Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi
jemuran padi di kayangan.
Seorang yang berpandangan jauh.
· Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat
di bumi dapat menikmati kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan
Si Sulung
Abang kepada Si Bongsu
Anak yatim piatu.
Seorang yang setia.
o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di
kayangan.
Anak yang cacat.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti
kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.
· Seorang yang gigih.
o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya
sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )


Seorang yang sangat berhati-hati
o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa
seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang bertimbangrasa.


o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan
padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

Seorang yang baik hati


o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.

· Seorang yang cerdik


o Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit apabila melihat
paruh pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah
makan padi.

Burung Pipit
· Seekor burung yang tidak jujur
o Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi
tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.
· Seekor burung yang licik
o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya
padi sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi
bagi menunjukkan kebenarannya.

LATAR
Latar Masa
Waktu siang.
o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja
selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat
Di kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan
kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.

Di Kayangan
o Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di
o kayangan.

Di kolam
o Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan
kolam ikan peninggalan orang tua mereka.

Masyarakat kayangan.
o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

Masyarakat yang patuh kepada arahan.


o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk
turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA
Peribahasa
o Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

Kata ganda
o Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

sinkope
o Contoh: tak, ku

imej alam
o Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

Hiperbola.
o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

· Simile.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti
kaki itik.

NILAI
Nilai keberanian.
o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk
di bawa turun ke bumi.

Nilai kesetiaan
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Nilai kepatuhan.
o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi
bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

Nilai kebijaksanaan.
o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan
tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang
empunya padi.
PENGAJARAN

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.


o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat kewujudan padi di bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.


o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa
butir padi di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.


o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

o Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.

o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu
dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Anda mungkin juga menyukai