Anda di halaman 1dari 4

CERPEN OREN

OLEH : SAIFULLIZAN YAHYA


SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama_______.
Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara
kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli
keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah
memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama
kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya
telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah
dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang
berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga.
Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi
Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah
pokok tua yang tumbang.

PLOT
Binaan Plot

(a) Permulaan – Ayah “aku” bertanya tentang Oren, iaitu kucing


peliharaannya yang tidak pulang ke rumah. Kegelisahan ayah “aku” tentang
kehilangan Oren turut mendapat perhatian anggota keluarganya.

(b) Perkembangan – Ayah “aku” telah melanggar ibu Oren sehingga


menyebabkan ibu Oren mati. Ayah “aku” telah membawa Oren pulang ke
rumahnya. Ibu “aku” mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah
mendengar alasan ayah “aku. Kemudian, ayah “aku” membawa Kelabu
pulang ke
rumahnya, iaitu seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta.
Kelabu lebih manja dan pandai menarik perhatian anggota keluarga ayah
“aku”. Oren pula bersikap pasif dan suka menyendiri.

(c) Klimaks – Lebih seminggu Oren masih tidak pulang ke rumah. Ayah
“aku” berasa bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren
telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah “aku”.

(d) Peleraian – Ayah “aku” menceritakan mimpinya kepada anggota


keluarga di meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan membawa
bangkai Oren. Oren telah mati dan ditemukan di celah-celah pokok tua yang
tumbang semalam. Semua anggota keluarga tertumpu kepada ayah “aku”
dan matanya mulai berkaca.

TEMA
Kasih sayang kepada binatang.
CERPEN OREN
OLEH : SAIFULLIZAN YAHYA
Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi
nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat
masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga
dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.

PERSOALAN
i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat
menyayangi kedua-dua kucing tersebut

ii. Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan
Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia
mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.

iii. Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan
ayah dan ibu Oren.

ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan
Oren.

iii. Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren
menghilangkan diri selama empat hari.

iv. Monolog Dalaman


Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren
datang mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa
kucing yang dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

v. Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang
Kelabu ke rumah mereka.

vi. Imbas Muka


Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di
taman permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di
CERPEN OREN
OLEH : SAIFULLIZAN YAHYA
bawah pokok tua yang sudah tumbang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama

Ayah
i. Seorang ayah yang penyayang
ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu
di badan Oren
v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi. Menangisi kematian Oren

Watak Sampingan
1. Oren
i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa
makanan selepas Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang
melebih-lebihkan Kelabu

2. Kelabu
i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah
dan keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

LATAR
Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu

Latar Tempat/ Ruang


i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum
CERPEN OREN
OLEH : SAIFULLIZAN YAHYA
kehilangannya di kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke
ruang tamu untuk bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah
dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua
ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren
telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk
dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing
peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu

GAYA BAHASA
i. Simile – seperti ada yang membersihkannya
ii. Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
iii. Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv. Sinkope – tika (ketika)

NILAI
i. Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan
mereka
ii. Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas
kematian ibunya
iii. Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing
peliharaannya

PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada
makhluk selain manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan
dan tidak menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua
orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai