Anda di halaman 1dari 3

Cerpen: Oren

Karya: Saifullizan Yahaya

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor __________________(1) yang diberi nama Oren.
Ayah yang pada mulanya __________________(2) membenarkan anak-anaknya memelihara
kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah
_________________(3) ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga
telah dibawa pulang, iaitu _______________(4) yang akhirnya telah menimbulkan konflik
kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan
kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa __________________(5) dengan Kelabu yang
berjaya ____________________(6) mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat
berasa kehilangannya sehingga _________________(7) Oren pulang ke rumah tetapi realitinya
Oren telah ditemui _________________(8) oleh ______________(9) di celah pokok tua yang
___________________(10).

TEMA
Kasih sayang kepada ________________(11).

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara ______________(12) ekor kucing yang diberi
nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk
memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang
yang sepenuhnya.

PERSOALAN
i.      Hubungan baik antara ________________(13) dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-
dua kucing tersebut

ii.    _________________(14) antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak _________________(15) dan selalu mendiamkan diri. Malahan
Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia menghabiskan
_____________________(16) makanan Kelabu.

iii.   Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Ayah
i.      Seorang ayah yang penyayang
ii.    Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii.   Hilang _______________________(17) setelah menyedari kehilangan Oren
iv.   Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan ___________________(18) bulu di
badan Oren
v.    Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren dan Menangisi kematian Oren

Watak Sampingan
1.    Oren
i.      Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii.    Dibela sejak kecil selepas kematian ________________(19)
iii.   Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu
makan
iv.   Menghilangkan diri dari rumah kerana __________________ (20) dengan ayah yang
melebih-lebihkan Kelabu
2.    Kelabu
i.      Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii.    Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii.   Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut __________________(21) daripada ayah
dan keluarganya
iv.   Digambarkan sebagai kucing yang membuang ___________________(22) di merata-rata
tempat
v.    Pandai bermanja dan ______________________(23) badannya ke kaki ayah

LATAR
Latar Masa
i.      Kehilangan Oren selama ___________(24) hari
ii.    Sudah seminggu hujan turun
iii.   Setiap malam
iv.   Hujung pertengahan Disember
v.    Makan malam
vi.   Dua hari yang lalu

Latar Tempat/ Ruang


i.      Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii.    Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan
halaman rumah
iii.   Taman permainan – tempat _____________________(25) Oren ditemui oleh Anis
iv.   Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan __________________(26)
v.    Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari __________________(27), Kelabu akan datang
ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah
vi.   Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakat
i.      Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya
sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
ii.    Masyarakat yang ____________________(28) – ayah yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii.   Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka
dengan memberi makanan yang ____________________(29) seperti susu

GAYA BAHASA
i.     Simile – seperti ada yang membersihkannya
ii.    Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
iii.   Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv.   Sinkope – tika (ketika)

NILAI
i.      __________________(30) – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
ii.    Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab __________________(31) Oren selepas
kematian ibunya
iii.   ___________________(32) – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing
peliharaannya

PENGAJARAN
i.      Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada semua
__________________(33) selain manusia.
ii.    Kita perlulah ____________________(34) apabila melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
iii.   Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk
menjamin _____________________(35) dalam hidup.
Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan – Ayah “aku” bertanya tentang Oren, iaitu kucing peliharaannya yang tidak
pulang ke rumah. Kegelisahan ayah “aku” tentang kehilangan Oren turut mendapat perhatian
anggota keluarganya.

(b) Perkembangan – Ayah “aku” telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan ibu Oren
mati. Ayah “aku” telah membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu “aku” mengerti sebab Oren
dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah “aku. Kemudian, ayah “aku” membawa Kelabu
pulang ke
rumahnya, iaitu seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja
dan pandai menarik perhatian anggota keluarga ayah “aku”. Oren pula bersikap pasif dan suka
menyendiri.

(c) Klimaks – Lebih seminggu Oren masih tidak pulang ke rumah. Ayah “aku” berasa bersalah
dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah
“aku”.

(d) Peleraian – Ayah “aku” menceritakan mimpinya kepada anggota keluarga di meja makan.
Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan membawa bangkai Oren. Oren telah mati dan
ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang semalam. Semua anggota keluarga
tertumpu kepada ayah “aku” dan matanya mulai berkaca.

TEKNIK PENCERITAAN
i.      Pemerian
Contoh:  Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.

ii.    Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

iii.   Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri
selama empat hari.

iv.   Monolog Dalaman


Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau
memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu adalah
ibu Oren.

v.    Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah
mereka.

vi.   Imbas Muka


Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan
dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah tumbang.

Anda mungkin juga menyukai