Anda di halaman 1dari 1

Apakah yang perlu dilakukan sebelum menulis karangan?

1. Kamu hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan.


2. Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis.
3. Kegagalan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis
menyebabkan karangan kamu kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk.
4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk karangan.
5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling penting ditulis dahulu dikuti
dengan isi yang kurang penting

Apakah yang Perlu Dilakukan Semasa Menulis Karangan?


Karangan yang baik mestilah ada tiga bahagian utama:
Pendahuluan | Isi | Penutup
1. Pendahuluan
 Karangan kamu hendaklah dimulakan dengan pendahuluan dalam satu perenggan sahaja.
 Pendahuluan mestilah berkaitan dengan kehendak soalan dan ada daya penarik.
 Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan dua atau tiga baris ayat sahaja.
 Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan.

2. Isi
 Bahagian isi adalah bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan
 Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah mempunyai empat isi utama.
 Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan.
 Isi-isi penting haruslah diutamakan.
 Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yang menarik.
 Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi karangan
kamu mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
 Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan.
 Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal.

1. Penutup
 Setiap karangan haruslah mempunyai penutup
 Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang apa yang telah kamu tuliskan sebelumnya.
 Penutup juga tidak perlu ditulis dengan panjang lebar. dua atau tiga baris ayat sudah memadai
untuk menulis penutup.

Apakah yang Perlu Dilakukan Sesudah Menulis Karangan?


1. Semak dan baca semula karangan kamu setelah selesai menulisnya.
2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan
dan tanda baca.
4. Betulkan setiap kesilapan tersebut.
5. Baiki tulisan cakar ayam dan sukar dibaca.

Anda mungkin juga menyukai