Anda di halaman 1dari 16

PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

NAMA PELAJAR NO KP

1. FAIRUZ AFREENA BINTI BAHARI 050727-01-0652

2. AYMAN ZAFRAN BIN HUZAMIN 050328-01-1009

3. ADAM ASYRAFF MIKHAIL BIN SYAMSUL 050809011579


NIZAM

4. MUHAMMAD ALIFF BIN ZAHARI 050120010373


1
PERKARA/ISI KANDUNGAN MUKA
1] KANDUNGAN SURAT
1. Kandungan 2
2. Penghargaan 3
3. Pengenalan umum 4
4. Pendahuluan topik 4
5. Tema - Persahabatan 5
6. Bahan 1 - Gambar 6
7. Bahan 2 - Cerpen 7
8. Bahan 3 - Lirik lagu 8
9. Bahan 4 - Artikel 9
10. Bahan 5 - Berita 10
11. Bahan 6 - Artikel 10
12. Rasional 11
13. Adaptasi Sajak - Persahabatan 12,13
14. Ulasan sajak 14,15
15. Penutup 16
2
2] PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya
saya dapat menyiapkan tugasan adaptasi bagi semester satu 2021.Masa yang
diberikan iaitu selama 8 minggu membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Puan Nurzana selaku pensyarah bahasa Melayu saya kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam
menyiapkan
folio ini.
Mempunyai hubungan kombinasi yang baik antara pelajar dan pensyarah
memudahkan pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna.
Terima kasih juga atas dorongan dan teguran membina yang diberikan. Tanpa tunjuk
ajar dan dorongan daripada pensyarah sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan
terima
kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini.

3
3] PENGENALAN UMUM

Adaptasi dapat diberi banyak tafsiran mengikut kajian sastera. Pada tafsiran paling
umum, adaptasi didefinisikan sebagai ‘penyesuaian dengan keadaan yang baru atau
berbeza' atau proses menulis semula komposisi daripada satu medium kepada satu
medium yang lain. Untuk tugasan ini, adaptasi dibuat berdasarkan tajuk yang dipilih
daripada bahan bercetak lain kepada karya sastera iaitu sajak. Adaptasi ini dibuat
dengan cara mengubah,menyesuaikan, dan menukarkan serta menyelaraskan bahan_x0002_bahan
tersebut dengan mencipta sesuatu hasil yang baru iaitu sajak.

4] PENDAHULUAN TOPIK

Topik yang dipilih ialah menghasilkan puisi berdasarkan rencana, cerpen, gurindam
dan lirik lagu. Aspek kajian bahasa berdasarkan kandungan yang terdapat dalam KSKV
semester semasa. Bahan yang dihasilkan adalah bahan autentik dan karya yang
dihasilkan merangkumi aspek-aspek dalam seni bahasa.

4
5] TUGASAN

Pengkaryaan Adaptasi – Menghasilkan sajak berdasarkan tema yang terdapat


dalam bahan yang dipilih, iaitu berkisar kepada persahabatan yang penuh
pancaroca dan mudah terpedaya oleh hasutan dunia. Remaja juga sering membuat
pertimbangan yang salah dan tersasar, Terdapat juga remaja yang sering membuat
keputusan berdasarkan gerak hati dan bukan berdasarkan akal yang waras. Remaja
yang terdidik biasanya akan insaf dan kembali ke pangkal jalan.

6] TEMA BAHAN

PERSAHABATAN

5
BAHAN 1 : contoh gambar

6
BAHAN 2 : CERPEN

7
BAHAN 3 : LIRIK LAGU

8
BAHAN 4 : ARTIKEL
1. Dalam kehidupan, secara purata seseorang itu akan memiliki 396 individu yang boleh digelar rakan. Namun dikatakan hanya 1 dalam 12 atau 33
persahabatan akan kekal lama. Rakan merujuk kepada kenalan yang kita selalu berinteraksi manakala sahabat atau kawan baik pula adalah kawan yang
kita sering berkongsi cerita, suka dan duka bersama tanpa mengira jarak.

2. Satu hasil kajian oleh Flinders University Australia mengatakan mereka yang berusia 70 tahun ke atas mempunyai rangkaian persahabatan yang luas
akan hidup 22 peratus lebih lama berbanding mereka yang tidak mempunyai ramai kawan.

3. Kaum lelaki berjumpa rakan mereka setiap lima hari manakala wanita bertemu rakan mereka mereka setiap 3.5 hari. Kedua-dua jantina bagaimanapun
berjumpa sahabat baik mereka hanya sekali dalam lapan minggu.

4. Ada yang mengatakan jika kita sudah berkawan dan sering berhubung dengan seseorang itu selama tujuh tahun, persahabatan itu akan berkekalan
untuk seumur hidup.

5. Tidak mempunyai rakan rapat atau seseorang yang digelar sahabat boleh menjadi punca kepada masalah ketagihan rokok atau makan berlebihan
yang menyebabkan obesiti.

6. Persahabatan me-ngurangkan masalah tekanan dan membantu tubuh pulih lebih cepat daripada penyakit atau kesakitan seperti masalah atritis,
kanser dan penyakit jantung.

7. Mengetahui apa yang tidak disukai rakan kita boleh menjadikan per-sahabatan lebih bertahan lama. Pendapat ini hasil kajian pakar psikologi Dr
Charity Friesen selepas menjalankan kajian terhadap ribuan pelajar universiti dan anak muda.

8. Kajian mendapati kaum perempuan yang mempunyai rakan baik pada usia kecil lebih gembira apabila menjadi wanita dewasa.

9. Ada yang berpendapat lelaki dan perempuan tidak mungkin berkawan baik kerana akan jatuh cinta. Satu kajian daripada University of Wisconsin
mengatakan kaum adam lebih cenderung jatuh cinta terhadap kawan baik perempuan mereka dan selalu berpendapat kawan perempuan itu juga
sukakannya lebih daripada seorang kawan.

10. Saintis mendapati aktiviti otak antara dua sahabat baik adalah sama. Jika melihat rakan dalam kecemasan atau kesusahan otak sahabat yang satu
lagi akan bertindak dalam aktiviti sama dan ia menunjukkan satu hubungan persahabatan yang dalam.
9
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 1:08 PM
BAHAN 5 : BERITA

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2022/02/922818/dua-
sahabat-lemas-bersama-di-air-terjun-batu-berangkai

BAHAN 6 : ARTIKEL

Islam meletakkan persahabatan dan persaudaraan bukan kisah kehidupan dunia yang hanya tamat
selepas berlaku kematian tetapi ia berterusan hingga ke akhirat. Rasulullah SAW ada menyebut
mengenai kedudukan orang yang membina persahabatan kerana Allah di akhirat nanti.

Sabda Baginda: "Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah ada kelompok manusia yang mereka itu
bukan nabi-nabi dan bukan pula orang yang mati syahid. Nabi dan syuhada berasa cemburu melihat
kedudukan kelompok itu di sisi Allah. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu?
Rasulullah menjawab: Mereka adalah satu kaum yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian
darah, juga tidak ada harta yang diambil, demi Allah muka mereka sungguh berseri-seri, mereka berada
di dalam nur Allah, mereka tidak takut ketika manusia takut dan tidak bersedih ketika manusia
bersedih." (Riwayat Abu Daud)
10
7. RASIONAL

Bahan ini dipilih kerana lebih dekat dengan pelajar yang berada pada usia
remaja. Isu yang dikemukakan dan bahan yang dipilih berkisar tentang
persahabatan.
Persahabtan juga bukanlah suatu isu yang asing malah sering dibincangkan dalam
pelbagai media.

11
ADAPTASI SAJAK: PERSAHABATAN

Sahabat,
Kau adalah yang terpenting bagiku
Tak pernah putus hubungan kemesraan
Susah senang selalu bersama
Selalu bergaduh perkara biasa
Kau adalah keluargaku
Kau dan aku berpisah tiada
Kau juga temanku di dunia mahupun diakhirat

Sahabatku..
saat perpisahan menjauhkan raga kita
kuharap jiwa kita selalu bersama
Meski kita tak boleh kembali tuk bersama
Ku harap kau selalu tabah dan berdoa
Berharap, kita boleh bertemu kembali
Walau hanya dalam dimensi mimpi
yang tak pasti
12
Sahabatku
Hati yang keras ini masih perlu di gilap
Perlu banyak dididik
Untuk menyentuh hati
Untuk menjernihkan hati
Untuk menghidupkan hati
Semoga Allah membuka jalan dan
mempermudahkan perjalanan ini
Meredhai setiap langkah yang terhayun
Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku

Wahai sahabatku
Jika hari ini aku terlalu gembira
Sedarkanlah aku dengan amarah-amarah Allah
Jika aku bersedih tanpa kata
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta
Jika ku lemah tak berdaya
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan
Ajaklah aku meleraikannya segera
Jika pernah hatimu terluka
Luahkanlah agar aku berubah
Dan jika esok ku terlena tanpa terjaga
Iringkanlah lenaku dengan kalungan doa
Berjanjilah sahabatku
Ukhuwah kita selamanya . 13
ULASAN SAJAK

1. TEMA :
PERSAHABATAN

2. MAKSUD :
R1 : Sahabat merupakan orang terpenting dalam kehidupan kita,walaupun selalu
bergaduh akan tetapi pergaduhan itu tidak membawa maksud bahawa kita akan berpisah
kerana kita telah susah senang bersama. Sahabat kita juga merupakan keluarga kita
yang sering mendengar luahan kita dan mereka juga akan menjadi sahabat kita diakhirat
kelak.
R2 : Kita mempunyai arah tuju masing-masing untuk mengejar bidang kita tersendiri.
Walaupun kita berjauhan kita akan tetap berjumpa suatu masa nanti.
R3 : Hati kita ibarat tisu yang mudah koyak. Perlu dididik dan dinasihati dengan penuh
lemah lembut. Ia juga perlu didik dengan agama agar ia terbentuk.
R4 : Sebagai sahabat yang baik, kita perlulah sentiasa menasihati diri kita dan sahabat
kita dalam pelbagai cara. Salah satunya adalah mengingatkan mereka tentang agama
kerana sesebuah persahabatan yang baik ialah mengingatkan mereka tentang agama.
14
3. PERSOALAN :
i. Persoalan kepentingan seorang sahabat
ii. Persoalan perpisahan antara sahabat
iii. Persoalan hati dan perasaan
iv. Persoalan kebaikan menasihati sahabat

4. BENTUK : Bebas

5. NILAI
I. Nilai kasih sayang
II. Nilai tanggungjawab
III. Nilai kepentingan bersahabat di dalam Islam

6. PENGAJARAN
I. Kita mestilah menjaga persahabatan kita dengan baik
II. Kita juga hendaklah menasihati sahabat kita
III. Kita juga perlulah menghargai sahabat kita ketika susah dan senang

15
8. PENUTUP

Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk karya


sastera sangat penting kepada seseorang, khususnya pelajar. Hal ini dikatakan
demikian kerana aktiviti ini akan membantu meningkat kemahiran membaca,
memahami dan memindahkan maklumat. Selain itu, aktiviti juga mampu
mengembangkan bakat dan kreativiti pelajar dalam berkarya. Oleh itu, pelajar akan
lebih menghargai karya sastera dan menjadi seorang pengarang yang berkualiti
dalam menyampaikan maklumat dan maksud kepada masyarakat.

16

Anda mungkin juga menyukai