Anda di halaman 1dari 2

ebab-Sebab Perlunya Mematuhi Peraturan Sekolah

Setiap pelajar diwajibkan mematuhi undang- undang dan peraturan yang terdapat di
sekolah. Nyatakan pendapat anda tentang sebab- sebab perlunya undang- undang dan
peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar.
Pada era globalisasi ini, semakin ramai pelajar yang tidak mematuhi peraturan dan
undang- undang yang diamalkan oleh pihak sekolah. Peraturan dan undang- undang sangat
penting kepada semua pelajar. Kegagalan mematuhi peraturan dan undang- undang membawa
banyak kesan negatif terhadap pelajar- pelajar.
Antara sebab perlunya undang- undang dan peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar
adalah untuk membentuk generasi yang dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala
sosial. Jika tidak ada peraturan dan undang- undang, tentulah pelajar- pelajar akan melibatkan
diri mereka dalam gejala sosial seperti merokok, mengambil dadah, mencuri dan sebagainya.
Ini akan melahirkan pelajar yang tidak berakhlak. Jelaslah bahawa peraturan dan undang-
undang sekolah harus dipatuhi supaya dapat mengelakkan pelajar daripada terjebak dalam
gejala sosial dalam peringkat awal lagi, bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada
mengubati”.
Selain itu, peraturan dan undang- undang juga dapat melahirkan seorang pelajar yang
berdisiplin. Pelbagai peraturan seperti menepati masa, menyiapkan kerja rumah, dan lain- lain
perlu diamalkan. Dengan ini, pelajar dapat belajar bersungguh- sungguh dan menumpukan
perhatian dalam pelajaran. Selanjutnya, mereka dapat memperolehi keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan. Bak kata pepatah, “sambil menyelam minum air” murid dapat memperolehi
keputusan yang cemerlang dan disiplin diri mereka dapat ditingkatkan lagi. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa, peraturan dan undang- undang dapat melahirkan pelajar yang
berdisiplin.
Selanjutnya, peraturan dan undang- undang sekolah perlu dipatuhi oleh pelajar untuk
mengelakkan sebarang kemalangan. Misalnya, pelajar harus mematuhi peraturan yang
terdapat di kantin, kelas, makmal sains, bengkel dan sebagainya. Jika pelajar tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan tentulah pelajar akan ditimpa kemalangan. Ini juga akan mewujudkan
masalah- masalah yang tidak diingini. Pendek kata, peraturan dan undang- undang dapat
mengelakkan kemalangan.
Di samping itu, peraturan dan undang- undang juga dapat meningkatkan imej sekolah
dan mutu pendidikan sekolah. Misalnya, murid- murid berada dalam keadan yang senyap ketika
belajar dapat memperolehi keputusan yang cemerlang sekaligus ini akan meningkatkan imej
sekolah. Bak kata pepatah, “bagai sambil berdendang, biduk berhilir”. Benarlah bahawa
peraturan dan undang- undang dapat meningkatkan imej sekolah dan mutu pendidikan sekolah.
Intihanya, peraturan dan undang- undang sekolah perlu dipatuhi oleh pelajar kerana
peraturan ini dapat memberi banyak kebaikan. Pihak berkuasa dan pihak sekolah harus
berganding bahu, “bagai aur dengan tebing”, dan melakukan perkara yang sepatutnya untuk
memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai