Anda di halaman 1dari 8

SYAIR TEKNOLOGI TERAS WAWASAN

Masa berlalu ditelan zaman,

usaha yang murni harus diteruskan,

usah biarkan kita ketinggalan,

agar tercapai segenap impian.

Zaman ini era pembangunan,

sains dan teknologi menuju kemajuan,

untuk manusia merobah pendirian,

agar semua dapat kesenangan.

Kemajuan diberi harus difikirkan,

janganlah nanti kita diperdayakan,

pelbagai kaedah hasil diciptakan,

untuk kemudahan dan kemakmuran.

Manusia diberi akal dan nyawa,

mestilah bijak menggunakannnya,

agar menbangun segenap maya,

bersyukurlah kita kepada yang esa.


PANTUN TEKNOLOGI

Menyanyi sekawan merpati putih,

Hinggap diatas pohon jemari,

Teknologi kini semakin canggih,

Maklumat dicapai dihujung jari.

Pergi kedai beli gajus,

Gajus dibeli bersama Pak latif,

Fiksyen sains kursus bagus,

Melahirkan pelajar lebih inovatif.


SAJAK ERA KEMAJUAN

era ini

sains dan teknologi menuju kemajuan

pelbagai kaedah dicipta untuk manusia

untuk kemudahan dan kemakmuran

manusia diberi akal dan nyawa

supaya dapat mencipta

supaya dapat mengubah

kehidupan yang lebih sempurna

sains dan it

melengkapi zaman

ada buruk ada baiknya

harus diingati harus diawasi

demi generasi yang bakal memegang dunia


SAJAK TEKNOLOGI

Oh, teknologi

Engkau selalu berubah dari zaman ke zaman

Waktu demi waktu kau telusuri

Merubah perubahan bagi dunia ini

Teknologi, oh tenologi

Hari esok menunggumu bagi perubahan di dunia ini

Bila tiada engkau

Dunia ini bagaikan sayur tanpa garam

Teknologi

Rasamu bagaikan manis dan pahit

Engkau dapat mendidik kami ke arah yang baik

Engkau juga dapat merusak kehidupan kami

Teknologi, oh teknologi

Patut aku berterima kasih kepadamu

Tanpa pengorbananmu

Aku tak akan bisa hidup seperti ini


SAJAK TELEFON PINTAR

Telefon Pintar

Wujudmu mengelamunkan angan-angan sedia

menyembahkan igauan setiap insan tanpa mengira usia

membantutkan permainan tradisional lama

terleka terpaku dalam dambaan dunia maya

menerokai dunia tanpa sempadan di hujung para

Walau apapun panggilan namamu telefon setia

benar-benar membuat manusia alpa

lantas keasyikan menelusuri alam maya

Pelajar-pelajar remaja memicit gajet

terlupa waktu pembelajaran ketat

Kanak-kanak habis hanyut dengan tablet

terabai kemahiran bacaan penat

mungkinkah suatu ketika suatu saat

manusia berada di awangan tenat

mengejar kecanggihan terowong smart

yang tiada berpenghujung sejagat


SAJAK TEKNOLOGI DIGITAL

Menyentap kehebatan teknologi digital

pelbagai panorama perisian pintar kekal

mengoda manusia terus terbuai pegal

dengan mengecapi keenakan intipati kental

terabailah suratkhabar, makalah dan jurnal

Telefon pintar tidak lekang di tangan,

di tempat awam, di bilik, di hospital, di taman, di kedai makan

malahan di mana-mana jua radar dikesan

Kini kecanggihan pintar menerokai duniawi

terbuai sudah manusia dek lambakan teknologi

terowong waktu bakal merencana segala segi

generasi abad ke dua puluh satu pasti merubah lagi.


PANTUN ICT

Sunyinya malam di dalam taman,

Sunyi sekali sehingga ke pagi;

Carilah kawan dan juga teman,

Cari informasi dan jauhi pornografi.

Orang sibuk dia pun nak sibuk,

Makan nasi nak tambah tauhu;

Suruh berfacebook dia berfacebook,

Suruh mengaji dia tak mahu.

Unggas berkicau merata-rata,

Menjelang senja riuh teramat;

Laman sesawang di hadapan mata,

Klik sahaja terpampang maklumat.

Membuat tugasan di waktu pagi,

Agar ilmu mudah dipelajari;

Maklumat diperolehi melalui teknologi,

Pemangkin masyarakat berteknologi tinggi.

Cik Nana bangun pagi,

Rupa-rupanya dah tengah hari;

Apa guna berteknologi tinggi,

Tapi hidup tak mengenal Ilahi.

Anda mungkin juga menyukai