Anda di halaman 1dari 2

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Biar mati anak, jangan mati adat.

Bincangkan kesesuaiannya mengikut adat, moral, undang-undang dan agama.

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

Maksud: Selagi masih hidup, seseorang mesti mengikut peraturan atau undang-undang
yang ada, apabila sudah mati segala-galanya akan menurut hukum Tuhan

Biar mati anak, jangan mati adat

Maksud: orang yang kuat perpegang pada adat.

-Dari segi adat, adat resam adalah aspek kebiasaan atau kelaziman yang dilakukan oleh
manusia dari segi perbuatan, berpakaian, berbahasa, makan dan minum, menghias diri dan
sebagainya. Contohnya, ada orang yang gemar untuk berpakaian yang ada jenama.
Masyarakat Melayu perlu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang
diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya
masyarakat Melayu amat menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada
Sultan atau Raja telah menjadi sebahagian budaya orang Melayu. Nilai inilah yang
membentuk budaya masyarakat Melayu menjadi orang yang berdisiplin.

-Dari segi moral, adat adalah struktur atau binaan asas yang menghubungkan seluruh
kehidupan manusia Melayu yang menegaskan sifat atau ciri keperibadian sesebuah
masyarakat. Oleh itu, adat berperanan untuk memastikan masyarakat berfungsi dan
beroperasi mengikut lunas-lunas yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat

-Dari segi undang-undang, adat dalam pepatah ini berhubung dengan hukum peraturan
dan undang-undang bahawa hidup beradat ialah hidup berperaturan dan mempunyai asas
normatif. Hidup berperaturan ini ada institusi yang diberi kuasa untuk menghukum atau
denda yang dikenakan terhadap setiap kesalahan kerana hendak menegakkan keadilan dan
kebenaran. Hukuman dijatuhkan dengan adil dan saksama. Setiap aspek denda dan hukum
boleh berubah sesuai dengan perkembangan masa. Peraturan yang dilakukan berdasarkan
muafakat dari masyarakat yang memakai, patah bertumbuh, hilang berganti.

-Dari segi agama, adat juga bersesuaian dengan agama Islam yang telah menjadi
sebahagian daripada asasi perjalanan masyarakat Melayu dapat diperhatikan dalam
perbilangan ini:

Adat bersendikan hokum, Hukum bersendikan syarak, Syarak bersendikan kitabullah.


PERBANDINGA PERATURAN PERATURAN PERATURAN PERATURAN
N MORAL ADAT AGAMA UNDANG-
UNDANG

Kepentingan
untuk dri dan
masyarakat

Masa dan tempat


amalan

Sumber rujukan

Kesan kalau tidak


diamalkan

Anda mungkin juga menyukai