Anda di halaman 1dari 7

Soalan 2 Penulisan Esei Pendek KIBOD DAN SEJARAH KIBOD.

. Instrumen kibod ini telah wujud sejak zaman kuno. Dalam tangga nada Barat yang disebut diatonis dan tonal yang terbahagi dalam 12 nada. Terdapat nada penuh dan ada nada semi-tone. Pada awal kemunculannya, bilah-bilah masih dalam ukuran sangat lebar. Satu bilah mempunyai beberapa sentimeter lebarnya hingga tidak banyak nada harmoni dapat dihasilkan. Konsep asal alat muzik Organ menggunakan tenaga salur paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awal abad ke 15. Pada abad 15 juga telah tercipta instrumen muzik berdawai yang dibunyikan dengan cara petikan seperti harpsichord.

GAMBAR 1 Gambar 1 menunjukkan alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance dan di awal Zaman Barok Pada abad ke-16, selepas 200 tahun terhasil bilah yang lebih lebar. Satu oktaf sebanyak 12 bilah dibuat selebar 16.5 sentimeter. Ini membolehkan permainan menjadi lebih mudah. Pada perkembangan ini juga inovasi kunci putih dan hitam diciptakan. Harpsichord ini terus berkembang pada abad ke-17 dan ke-18. Kibod elektronik baru muncul pada abad ke-20. Dipasarkan pertama kali oleh Laurens Hammond di Amerika Serikat 1935. Sejak dari itu, penciptaan kibod terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau kibod dicipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun

mengikut tiap bilah papan nadanya. Kibod memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering bagi memainkannya. Kibod juga mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ. Ada pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama hingga kepada yang baru mengikut perubahan dan keperluan semasa. Antara jenama kibod yang terdapat di pasaran ialah Yamaha, Casio, Roland, Korg dan sebagainya.

GAMBAR 2 Gambar 2 di atas menunjukkan bagaiman sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya.

Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan kibod yang terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik. Dengan ini terhasillah berbagai jenis kibod dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya. Setiap pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna dan juga keupayaan pengguna itu sendiri. Jenis kibod yang ringkas dan agak sederhana buatannya hanya mampu menyediakan bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain daripada itu kemampuannya terhad untuk diprogramkan atau dibuat rakaman main semula. Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik All in One dan menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini.

Kepentingan dan Faedah Penggunaan Kibod Dalam Bilik Darjah. Kibod merupakan alat muzik yang penting yang perlu ada di sekolah. Pengunaan kibod tidak hanya terbatas untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja, malah boleh digunakan untuk sebarang persembahan di sekolah. Pengunaan kibod penting terutamanya bagi matapelajaran Pendidikan Muzik kerana setiap nyanyian murid perlu ada iringan alat muzik. Ini kerana, murid tidak akan dapat menghayati dan merasai pengalaman muzikal yang seberang tanpa iringan alat muzik. Kibod juga tidak semestinya dimainkan secara live, guru boleh merakam permainan mereka terlebih dahulu kemudian memperdengarkan rakaman itu kepada murid. Ini akan membolehkan guru membuat kawalan kelas dengan lebih baik dan dapat menghasilkan iringan yang lebih bermutu. Penggunaan kibod juga menarik minat murid untuk belajar. Pengunaan kibod dalam pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya dalam pendidikan muzik sahaja, sekiranya digunakan dalam matapelajaran lain akan menimbulkan minat murid untuk belajar. Ini akan memudahkan lagi tugas guru kerana murid akan lebih mudah dikawal sekiranya mereka menumpukan perhatian dan berminat dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Murid yang berminat dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru akan memberi respon yang baik dan objektif pengajaran akan mudah dicapai. Kibod boleh juga digunakan untuk memberi arahan-arahan tertentu seperti mengarahkan murid diam, duduk, berdiri, bergerak dan sebagainya. Ini merupakan altenatif lain selain arahan secara lisan yang sering digunakan. Dengan arahan mengunakan kibod, murid akan lebih memberi perhatian kerana bunyi seperti piano, trumpet, perkusi dan sebagainya yang terdapat dalam kibod lebih menarik minat mereka berbanding suara guru. Kaedah ini juga menjadikan murid lebih berdisiplin kerana setiap kali mereka mendengar bunyi kibod mereka akan lebih memberi perhatian dan bertindak mengikut arahan berdasarkan bunyi yang telah ditetapkan oleh guru. Pengunaan kibod dalam bilik darjah penting kerana pelbagai konsep ataupun elemen muzik dapat disampaikan dengan mudah. Contohnya, guru mengajar sesuatu lagu sambil ingin menyampaikan konsep tempo cepat dan lambat. Oleh itu, guru berkenaan boleh memainkan lagu yang sama dengan tempo yang berbeza iaitu tempo cepat dan lambat. Guru tidak perlu mencari lagu yang menunjukkan konsep tempo cepat dan lambat. Contoh yang kedua, guru mengajar sesuatu lagu sambil ingin menyampaikan konsep dinamik piano (lembut) dan forte (kuat). Guru boleh menunjukkan dinamik piano dan forte dengan permainan kibod kuat dan lembut ketika menyanyikan sesuatu lagu. Penyampaian dinamik yang ingin ditonjolkan lebih mudah didengar kerana permainan kibod dan nyanyian disampaikan secara live.

Cara-cara Penjagaan Kibod Dari Aspek Sebelum, Semasa dan Selepas Pengunaannya. Kibod akan berfungsi dengan baik sekiranya kita mementingkan penjagaan sesebuah kibod itu dengan baik dan betul. Sesebuah kibod yang di jaga dengan baik dan betul akan bertahan lebih lama tanpa sebarang masalah. Hampir keseluruhan bahagian kibod adalah komponen elektronik yang mudah rosak sekiranya tidak diselenggara dengan baik. Oleh itu, penjagaan kibod sangat penting dan perlu ditiitik beratkan oleh penguna kibod sama ada dirumah, sekolah mahupun studio rakaman. Setiap penguna kibod perlu mengetahui cara penjagaan kibod sebelum, semasa dan selepas pengunaannya. Sebelum Pengunaan. Sebelum mengunakan kibod, kita perlulah memastikan tiada air yang tertumpah di atas kibod. Ini kerana, air boleh menyebabkan komponen elektronik kibod akan rosak. Sekiranya ada air yang tertumpah, pengguna perlu membersihkannya terlebih dahulu dan tunggu sehingga kering. Sebelum menghidupkan kibod, pengguna perlu memastikan volume pada kibod ditutup. Semasa memasang adaptor kibod pula, kita perlu mengikut turutan yang betul. Pertama, pastikan suis dalam keadaan off atau dimatikan. Kedua, pasangkan adaptor di kibod terlebih dahulu kemudian pasangkan adaptor di suis dan tekan butang on. Selepas itu, tekan butang on di kibod. Semasa Penggunaan. Semasa mengunakan kibod, jangan letakkan sebarang air minuman atau sebarang bahan cecair diatas atau berhampiran kibod. Ini kerana, air atau bahan cecair tersebut mungkin boleh tertumpah dan mengakibatkan kibod rosak. Selain itu, kekunci kibod tidak boleh ditekan terlalu kuat atau diketuk kerana kebanyakkan kekunci kibod diperbuat dari plastik. Volume yang terlalu kuat juga berkemungkinan boleh merosakkan pembesar suara (speaker) kibod. Selepas Pengunaan. Selepas mengunakan kibod, kita hendaklah memastikan off terlebih dahulu butang off/on pada kibod sebelum menekan butang off pada suis. Ini bagi memastikan komponen elektronik di matikan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang kerosakkan. Selepas itu, adaptor kibod perlu disimpan dan kibod diletakkan dlam beg atau ditup dengan sebarang penutup seperti kain. Ini bagi mengelakkan kibod berhabuk.

Kesimpulan. Kibod merupakan alat muzik pelbagai guna dan boleh membunyikan pelbagai jenis alat muzik. Jika kita meneroka keseluruhan yang ada pada kibod, kita boleh menghasilkan satu karya yang sangat baik tanpa bantuan alat muzik yang lain. Kegunaan kibod didalam bilik darjah juga penting dan sangat membantu guru. Jika kita lihat dikebanyakkan sekolah mempunyai kibod. Ini menunjukkan betapa pentingnya kegunaa kibod ini dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Tetapi satu masalah timbul kerana kebanyakkan sekolah tidak mempunyai guru yang mahir memainkan dan mengendalikan kibod ini. Kebanyakkan kibod ini terbiar dan ada yang telah rosak kerana tidak digunakan. Pihak tertentu perlu melihat perkara ini dengan serius dengan menempatkan sekurangkurangnya seorang guru muzik opsyen di setiap sekolah. Sekiranya ini dapat dilaksanakan kita percaya masalah alat muzik terbiar dan rosak terutamanya kibod dapat diatasi.

Refleksi Dengan terhasilnya tugasan ini saya dapat lebih mendalami mengenai kibod dan cara penjagaannya dengan betul. Saya juga dapat mengetahui sejarah kibod yang mungkin selami kurang diambil perhatian. Dengan ini timbul rasa lebih ingin mengetahui apa pelbagai kegunaan kibod dan apa yang boleh dihasilkan dengan mengunakan kibod. Tugasan ini juga membantu saya memahami tentang cara penjagaan kibod dengan betul sebelum. Semasa dan selepas menggunakannya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Amran Aris kerana banyak membantu kami dalam menghasilkan tugasan ini.

Rujukkan Pengenalan Kibod dan Jenis-jenis kibod, cikgu muzik.com http://cikgumuzik.com/index.php? option=com_content&view=article&id=179&Itemid=203&limitstart=1

Keyboard Intrument, Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Keyboard_instrument

Pengenalan Untuk tugasan subjek MZU3103 ini kami telah di beri dua tugasan iaitu soalan 1 : Menulis 2 Skor lagu , dan masukkan kod dan penjarian yang membawa markah sebanyak 20 peratus. Soalan 2 Penulisan esei pendek yang membawa markah sebanyak 10 peratus. Untuk tugasan 1, dikehendaki memilih dua skor lagu kanak-kanak yang mempunyai 12 bar ke atas dan menulis semula skor tersebut dalam mana-mana perisian muzik seperti finale, encore atau sibilius. Pilihan lagu mestilah tidak dari modul yang telah pelajar muat turunkan. Seterusnya, dalam penulisan skor tersebut dikehendaki memasukkan kord-kord yang sesuai digunakan bagi lagu pilihan. Setelah menulis kord-kord, kami juga perlu memasukkan penjarian untuk tangan kanan yang sesuai bagi lagu tersebut dari mula hingga akhir lagu . Penjarian tersebut hendaklah ditulis dalam bentuk nombor 1,2,3,4,5 mengikut jari, iaitu nombor 1 untuk ibujari, nombor 2 untuk jadi telunjuk dan seterusnya. Penulisan nombor mesti ditulis untuk setiap not dalam lagu pilihan dan ditulis di bawah baluk berkenaan. Saya memilih lagu layang-layangku dan lagu Melawat Musim Menuai. Untuk tugasan yang kedua, kami perlu menulis satu esei pendek berkaitan topik-topik berikut; a) Kibod dan sejarah kibod secara ringkas, b) kepentingan dan faedah penggunaan kibod dalam bilik darjah dan, c) Cara-cara penjagaan kibod dari aspek sebelum, semasa dan selepas penggunaannya.

Anda mungkin juga menyukai