Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

HARI KELUARGA KHATIJAH


TAHUN 2019

1. PENGENALAN

Hari Keluarga yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim
dan hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga
adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,
dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga
ini juga merupakan salah satu wadah untuk untukmenyatukan dan meningkatkan kerjasama
antara semua ahli keluarga. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini
adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara adik beradik dan
keluarga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi kerohanian dan sukan. Adalah
menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga ini akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya
mencapai objektifnya.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga
mereka dalam pengisian masa yang terluang.

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim
dalam kalangan ahli keluarga.

2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai


murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik
sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.

3. TEMA

Cadangan tema hari keluarga ialah “SANTAI SAMA-SAMA”


Cadangan tema baju ialah warna “OREN”

4. PERINCIAN PROGRAM

4.1 Tarikh : 2 – 3 Februari 2019 (Jumaat- Sabtu)

4.2 Tempat : Casa Titik, Cherating, Pahang

4.3 Anggaran Bil Peserta : 46 orang


5. PESERTA

Semua ahli keluarga.

6. AHLI JAWATANKUASA

Sila lihat LAMPIRAN 1

7. TENTATIF PROGRAM

Sila lihat LAMPIRAN 2

8. ANGGARAN KUTIPAN DAN PERBELANJAAN

Sila lihat LAMPIRAN 3

9. PENGISIAN PROGRAM

9.1 Solat Berjemaah serta Tahlil dan doa selamat


9.2 Majlis Sambutan Hari Lahir Ibu Tersayang
9.3 Acara sukaneka untuk ahli keluarga dan anak-anak
9.4 Jamuan BBQ
9.5 Cabutan Bertuah

10. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keluarga pada tahun 2019 ini diharapkan dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli keluarga , di samping dapat
mewujudkan persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli
keluarga.

Anda mungkin juga menyukai