Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Terima kasih saudari Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Pengetua Tuan Haji Azmi bin Ali,
Yang Berusaha Penolong Kanan Tuan Haji Mahadi bin Yusof,
Yang Berusaha PK HEM Tuan Haji Salahudin bin Ayub,
Barisan guru yang dedikasi,
Dan tidak dilupakan yang dikasihi anak murid sekalian.
Saya sebagai wakil daripada guru melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan
kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, SMK Batu
Rakit bagi tahun 2021, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang.

“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”


Menjadi contoh, mencurah ilmu,
Tak kenal lelah, tak tahu jemu,
Itulah cikgu, itulah guru,
Besar jasanya sejak dahulu.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Pada
tahun ini perayaan Hari Guru disambut di SMK Batu Rakit. Justeru, saya mengambil
kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.

Cikgu-cikgu yang dikasihi,

Pada bahu kita ini yang digelarkan cikgu diletakkan seribu harapan oleh ibu bapa yang
dating dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa dengan harapan menggunung disandar
jua.

Cikgu, pada bahu ini seorang cikgu menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang
memilih warna yang semakin sukar diadunkan dan selepas habis segalanya jiwa raga,
semangat nurani, malah diri diberikan untuk mendidik anak bangsa dan di hari kejayaan si
ibu berkata “Anak saya pintar dan rajin, sebab itulah dia berjaya!” dan di hari kegagalan si
ibu pun berkata “Cikgunya malas-malas belaka, tidak pandai mengajar, lantas anak saya
gagal!”

Cikgu, Tak apalah cikgu, semua mereka itu anak-anak orang, cikgu hanya menumpang tuah
kiranya suatu masa nanti bangsa ini dapat bangunberdiri megah dengan anak watan dan
perjuangan cikgu tidak pernah kan padam. Pelita dan lampu segala untuk manusia sebelum
jadi dewasa.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau
kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak
bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak
terhingga terhadap tugas dan peranan guru.

Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap
komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa
depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini
memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara
terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan
penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Anak-anak murid yang dikasihi,

Kerana anda jadi pelajar, jangan malas hendak belajar,

Hendak pandai menghargai masa, jangan dinanti esok lusa.

Jangan asyik berangan-angan, tekun gigih jadi pegangan.

Jika berusaha sambil lewa, tidak hairan kalau kecewa.

Masa itu emas dan wang, walau sedikit jangan dibuang.

Masa berlalu terlalu pantas, orang yang lalai akan dicantas.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah
ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa?
Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar
menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan
cemerlang dalam kehidupan?

Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat
besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan
harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri
guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah
dengan wang ringgit.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu
yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.

Hidup tidak selalu indah, tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Selamat
menyambut Hari Guru.
Bismillahirrahmanirrahim

Yang Dihormati Tuan Pengetua SMK Batu Rakit, Tuan Haji Azmi bin Ali,

Yang Berbahagia Penolong Kanan, Tuan Haji Mahadi bin Yusof,

Yang Berusaha Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Tuan Haji Salahudin bin Ayub,

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. 

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam 1 Malaysia, Salam mercu di Hari Guru.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Saya dimulakan dengan deklamasi petikan sajak yang saya dapati daripada SN
Usman Awang. Sajak tersebut kalau saya renung- renungkan sememangnya mengenai guru
dan jasanya. Dalam konteks yang lebih mendalam, saya mendapati bahawa penyajak ingin
mengutarakan bahawa guru merupakan tulang belakang utama sesebuah negara.
"Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua
mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita
luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka
yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara.

Pepatah Melayu ada berkata, “Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi
orang lain”, menunjuk kan pengorbanan eorang guru yang bersusah payah memberi didikan
yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang
berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan internet,
angkasawan dan sebagainya. Jika dilihat secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa
tugas guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah maka guru
sebagai penjana transformasi iaitu perubahan pendidikan negara perlu memikul semua
perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Perlaksanaan KSSR, SPPK
dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan
agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT
(teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) yang begitu izhar
eksplisitnya di SMK Batu Rakit. Warga guru di sekolah ini amat bertuah kerana mempunyai
Tuan Pengetua yang begitu terkenal dengan ICT nya bagi memastikan agar matlamat untuk
mentransformasikan pendidikan negara tercapai. Guru jugalah yang menjadi sumber
inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara ke arah Wawasan 2020.

Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan. Guru-guru


bertanggungjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Kendatipun begitu, guru yang diibaratkan lilin membakar
dirinya untuk menerangi orang lain mendepani pelbagai onak dan cabaran terutamanya
dalam melayani kerenah anak-anak muridnya. Meniti hari ke hari, cabaran guru makin
sukar. Antaranya, ada saja dalam kalangan pelajar yang menimbulkan masalah disiplin. Ada
pula yang sering tidak membuat kerja sekolah. Bagai jatuh ditimpa tangga, kalau ada pelajar
yang terlibat dalam kes buli atau prestasi mereka merudum pasti wujudnya segelintir ibu
bapa yang akan menunding jari ke arah guru seolah-olah guru sahaja yang
bertanggungjawab atas disiplin dan perkembangan anak-anak mereka. Namun, di sebalik
semua kekusutan tersebut, para guru juga sering dihargai. Sebagai bukti, Hari Guru yang
kita sambut pada hari yang mulia ini. Hari Guru ini disambut sebagai suatu simbolik
penghargaan masyarakat 1 Malaysia kepada guru-guru. Sebelum saya menutup tirai, saya
mewakili semua pelajar ingin memohon maaf atas segala kekhilafan kami. Dan
seterusnya Selamat Hari Guru kepada semua guru SMK Batu Rakit. Segala pengorbanan
cikgu akan kami semat dan hargai selagi hayat dikandung badan.

Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai