Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID

Terima kasih pengacara majlis. Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha,

Tn Hj Mohd Ayob b Abd Wahab, Pengetua SMK Seri Kota Puteri, En Rashid bt Abd
Rahman Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Jamaliah bt Ghani Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Puan Zalila Hidayu bt Aman, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan Guru Kanan
Mata Pelajaran. Yang dihormati, semua guru dan yang dikasihi, pelajar-pelajar SMK Seri
Kota Puteri sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah
inayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul meraikan majlis nan berbahagia pada pagi ini.
Tidak lupa juga saya mengucapkan sekalung bunga terima kasih kepada pihak sekolah ini
yang sudi mengundang saya bagi merasmikan majlis pada pagi ini.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemimpin pelajar yang dipilih dan
dilantik pada hari ini. Saya yakin pelajar-pelajar yang dilantik pada hari ini telah melalui satu
proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk
membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat membantu guru- guru melaksanakan
tugas dan tanggungjawab mereka di samping memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya
dengan pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisien dan
menjadi modal insan negara yang produktif. Sesungguhnya pemimpin yang dilantik harus
berasa bertuah dengan perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar berasa syukur
kepada Allah dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu
nanti. Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini mereka patut diraikan.

Pemimpin pelajar berperanan sebagai pemimpin kecil yang dipilih untuk menjalankan tugas
dan tanggungjawab, membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu
persekitaran sekolah yang kemas dan teratur. Persekitaran yang dimaksudkan adalah untuk
menentukan suasana yang damai, situasi yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi
utama sebuah sekolah iaitu untuk melahirkan murid-murid yang berpotensi menjadi
pemimpin negara masa hadapan dan tunggak pembangunan negara dalam apa jua bidang
yang mereka minati. Saya juga berharap pemimpin yang dilantik pada hari ini dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan
bertanggungjawab.

Bagi pelajar lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa memberi kerjasama kepada semua
pemimpin sekolah yang dilantik. Saya ingin menasihati pelajar-pelajar agar mematuhi dan
menghayati peraturan sekolah supaya guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menumpukan
kepada usaha dalam membangunkan infrastruktur dan fasiliti sekolah serta pembangunan
akademik bagi menentukan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan.
Jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan merosakkan kemudahan sekolah, perbuatan
membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan kawan-kawan sekolah.

Saya juga ingin menasihatkan semua pelajar agar mengutamakan pelajaran di sekolah. Hanya
dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan yang tinggi sahaja dapat menjamin kehidupan
kita pada masa hadapan. Ianya sungguh penting dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan dapat
mengubah taraf hidup sesebuah keluarga, pengetahuan dapat memenuhi apa yang kita cita-
citakan, pengetahuan dapat membezakan yang baik dengan buruk. Untuk memperolehi
pengetahuan, pelajar-pelajar harus belajar bersungguh-sungguh, berdisiplin ketika belajar
kerana disiplin asas kejayaan, sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa.

Pada kesempatan ini, saya berdoa agar sekolah ini sentiasa mendapat kerahmatan dan diberi
perlindungan agar sentiasa berupaya melahirkan insan-insan yang menjadi kebanggaan
negara dan dijauhi dari segala bencana atau musibah. Saya berharap guru-guru dan pentadbir
sekolah akan melipat gandakan usaha mereka dalam membentuk dan memberi pelajaran
kepada semua pelajar sekolah ini. Saya juga berdoa agar pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa
beroleh kejayaan di dalam pelajaran dan peperiksaan yang mereka bakal hadapi.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar sekolah ini sentiasa cemerlang, gemilang
dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko- kurikulum dan menjadi sekolah contoh di
daerah ini.

Dengan ini, saya merasmikan majlis pelantikan pemimpin pelajar SMK Seri Kota Puteri bagi
tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai