Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA UNTUK MAJLIS GRADUASI SPM 2015

Terima kasih pengerusi majlis.


Bismillahhirrahmanirahim.
Yang Berbahagia, Datuk Ir. Kamaruzzaman bin Johari,
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja,
Yang Berusaha Puan Latipah binti Ahmad, Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran,
Yang Dihormati Puan Puziah binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tuan Haji Muzikir bin Muhammad, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Normala binti Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Encik Amir Saifudin bin Abd Majid, Penolong Kanan Petang,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, dan semua graduan yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Kita berasa begitu bertuah dan berbangga kerana majlis kita pada hari ini
akan disempurnakan oleh Bapa Angkat Sekolah, iaitu Ketua UMNO Bahagian Kota Raja,
Datuk Ir. Kamaruzzaman Johari. Kehadiran dan keprihatinan Datuk pastinya akan
menyuntik semangat kepada guru-guru dan murid-murid untuk terus cemerlang. Syabas
dan tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa pengelola majlis graduasi ini kerana telah
berjaya menzahirkan majlis ini dengan penuh gemilang.
Yang Berbahagia Datuk dan hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada
165 putera dan puteri tingkatan 5 yang menunjukkan prestasi cemerlang semasa
Peperiksaan Percubaan SPM yang lalu. Majlis ini juga sebagai perangsang kepada
mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang akan diceburi, malah
diharapkan mengukir kenangan manis dalam lipatan sejarah para graduan. Semoga majlis
ini juga dapat membuatkan anakanda putera dan puteri tidak melupakan jasa dan
pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampong Jawa.

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mendidik dan


memberi tunjuk ajar. Kami berharap, para graduan dapat meneruskan pembelajaran di
mana jua selepas SPM nanti dan seterusnya mencurahkan bakti kepada bangsa dan
negara sebaik sahaja melangkah keluar ke alam pekerjaan.
Sebenarnya majlis graduasi ini dan Peperiksaan SPM yang akan ditempuhi nanti
hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang akan diterokai. Di hadapan para graduan
nanti, terbentang pelbagai rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan.
Semangat perjuangan yang utuh dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan
para graduan meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah. Kami semua
mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda semua.
Kepada para graduan sekalian, saya dan seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan agar
anda semua dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mencapai impian
anda dalam bidang akademik dan kerjaya. Insya-Allah.
Sekali lagi saya bagi pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa merakamkan
penghargaan atas kehadiran Yang Berbahagia Datuk Ir. Kamaruzzaman, guru-guru, dan
putera-puteri graduan. Kepada guru-guru, iringilah perjuangan putera dan puteri graduan
kita menempuh peperiksaan dengan doa agar kecemerlangan yang kita harapkan tercapai.
Kepada putera dan puteri graduan, perjuangan belum berakhir. Teruskan perjuangan
anda.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai