Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan salam sejahtera.

Terima Kasih kepada pengacara majjlis.

Pertamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam kelas ini bagi
melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh Pihak pengurusan sekolah.
Agenda yang sangat jelas dan tepat iaitu Majlis Permuafakatan dan Penetapan Target bagi
calon UPSR 2020

Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah
berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur.

Majlis seumpama ini amat perlu dilaksanakan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-
anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.

Saban tahun, pihak pengurusan sekolah melaksanakan program seumpama ini khusus bagi
setiap pelajar yang meniti persekolahan di Tahun 6. Kini, giliran anak-anak yang berada di di
kelas ini melalui program yang sama seperti juga yg telah dilalui oleh abang2 dan kakak2
senior.

Anak2 yang dikasihi dan disayangi sekalian…

Kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak kepada usaha perancangan sekolah dan
kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sama2 amat sedar, bahawa para
pelajar juga harus memainkan peranan dan menunjukkan kesungguhan yang bukan alang
kepalang dalam banyak perkara.

Salah satu aspek yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar adalah menetapkan matlamat dan
sasarn yang jelas.

Di dalam permainan dan sukan bola sepak misalnya, mesti ada gol atau matlamat atau
sasaran agar pemain dari kedua belah pasukan dapat mengembleng tenaga dan bekerjasama
untuk menjaringkan gol ke pintu gol lawan. Dengan lain perkataan, perlu wujud satu
matlamat atau objektif yang hendak dicapai oleh para pemain.
Begitu juga halnya dalam kehidupan kita yang singkat ini. Kita mesti memiliki matlamat,
sasaran dan cita-cita. Cita-cita bersifat umum tetapi matlamat (goal) mempunyai ciri-ciri yang
khusus agar lebih mudah tercapai dan dapat dinilai tahap pencapaiannya.

Saya percaya, ibu bapa juga mempunyai perancangan dan telah menetapkan matlamat atau
hala tuju masing2 ketika menghantar anak2 sekalian ke sekolah ini.

Anak-anak yang dikasihi sekalian,

Anda bukan dari sekolah tadika dan terus melompat masuk ke Tahun 6. Secara sedar atau
tidak, anda sudah tahu matlamat paling asas dan paling utama apabila datang ke sekolah. Ibu
bapa, guru-guru, abang, kakak, atuk dan nenek sudah menyebutnya bukan sekali, bukan dua
kali bahkan berulang kali . Sekiranya anda masih terlalai ataupun terlupa akan matlamat
anda, maka hidup anda di sekolah ini kelihatannya menuju kegagalan. Oleh itu, tetapkan
matlamat itu sekarang. Jangan tunggu esok. Mulakan sekarang!

Matlamat yang ditetapkan mestilah ditulis dengan jelas. Matlamat yang tidak jelas, samar-
samar atau terlalu umum tidak cukup kuat bagi mendorong diri anak-anak untuk maju ke
depan.

Apabila anak-anak menetapkan matlamat yang hendak dicapai, ia perlulah berupaya


meletakkan diri anak2 ke suatu tahap yang lebih tinggi. Matlamat ini perlu mencabar
keupayaan diri tetapi masih dalam jangkauan untuk dicapai. Matlamat memerlukan usaha
yang bersungguh-sungguh dan kadangkala menuntut upaya yangg luar biasa di luar zon
selesa.

Matlamat tidak tercapai dengan sendiri. Perancangan, tindakan, usaha dan disiplin amat
diperlukan dalam proses men-zahirkan matlamat ini. Matlamat jangka panjang di puncak
gunung hanya dicapai dengan mendaki satu persatu mata tangga-tangga batu yang menjadi
matlamat-matlamat jangka pendek.

Saya yakin dan percaya, guru-guru sudah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta
menerangkankan kepada anak-anak sekalian bagaimana cara untuk menetapkan dan
menggapai matlamat.

Demikian juga para ibu bapa anak2 seklian sedikit sebanyak telah berulang2 memberi
pesanan dan  nasihat.
Justeru, adakalanya matlamat telah ditetapkan perlu direnungi kembali. Ada waktu-waktunya
anak2 perlu duduk merenung diri berkenaan perjalanan hidup terutama semasa di sekolah ini.
Mungkin pada peringkat awal, anak2 masih kabur2 tentang matlamat masing2, tetapi
sepatutnya matlamat akan semakin jelas seiring dengan meningkatnya usia dan bertambahnya
kematangan. Ambillah masa untuk menyemak semula sasaran dan matlamat yg telah
ditetapkan.

Ingat kembali petua-petua, pesanan2 dan nasihat2 dari guru-guru, para ibu bapa, datuk,
nenek, abang dan kakak serta adik anak2 sekalian.

Mudah2an program yang dilrancang oleh sekolah akan memberikan impak yang baik kepada
sekolah , juga anak2 sekalian dan seterusnya mendapat ganjaran atau hasil tuaian yang baik
sedikit masa lagi insyaAllah.

Akhir sekali… saya ingin merakamkan ucapan tahniah, syabas dan terima kasih terhadap
usaha2 yang tiada henti-hentinya dari pengurusan sekolah di bawah pimpinan P. Kanan
Akademik, semata2 untuk kejayaan anak2. Terima kasih juga kepada semua barisan guru yg
tidak jemu2 membimbing dan mendidik anak2.

Tidak lupa ucapan tahniah dan terima kasih di atas keprihatinan ibu bapa yang datang pada
hari ini.

Sekian. Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalaamu’alaikum Warahmatullaahi


Wabarakaatuh.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai