Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENGETUA

HARI SUKAN NEGARA 2021


SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh dan
Salam Sejahtera

Yang Berusaha Puan Azizon binti Mat


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha Puan Rosida binti Salehuddin


Penolong Kanan HEM

Yang Berusaha En. Mohamad Rodzi bin Shafii


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran


Kaunselor Sekolah, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi
sekalian

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada


Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan iradatNya, kita
dipanjangkan umur dapat bersama-sama pada hari ini berkumpul
dalam pelantar “Google Meet” untuk menyempurnakan sambutan
Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 8 Kota Damansara.

1
Para hadirin sekalian

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur kerana


kita masih lagi diberi kesihatan tubuh badan untuk menjalani
kehidupan seharian. Penularan wabak COVID-19 yang melanda
negara sedikit sebanyak memberi kesan amat ketara kepada
kehidupan seharian kita terutamanya dalam penjagaan
kesihatan. Oleh itu, kita perlu bersatu hati demi menjaga
kesejahteraan dan kesihatan dalam berhadapan dengan
pandemik ini.

Walaupun pada kali ini sambutan Hari Sukan Negara


diadakan secara maya, situasi ini bukan menjadi penghalang
untuk kita mengamalkan gaya hidup aktif dan kekal cergas
dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) AM Sektor
Sukan dan Rekreasi yang sedang berkuatkuasa. Pada hari ini,
bukan kita sahaja yang menyambut Hari Sukan Negara namun
semua agensi kerajaan, agensi swasta,badan NGO dan seluruh
rakyat Malaysia bersama-sama menyambut sambutan Hari
Sukan Negara pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal


Azumu berkata dalam Pra Pelancaran HSN 2021 pelaksanaan
Hari Sukan Negara pada kali ini akan dilaksanakan secara hibrid
dan lebih memberi penekanan kepada penggunaan teknologi
terkini. Dengan adanya kemudahan teknologi maklumat, kita
boleh melaksanakan pelbagai aktiviti sukan secara dalam talian.
Pendekatan ini diambil bagi memastikan kesihatan semua pihak
yang menjayakan Hari Sukan Negara lebih terjamin serta
mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

2
Hari Sukan Negara merupakan platform terbaik untuk
memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Tanpa mengira perbezaan kaum dan
peringkat umur, sukan menjadi satu wadah utama pembentukan
sebuah negara yang harmoni dan sejahtera. Kementerian Belia
dan Sukan telah menggariskan lima objektif utama Hari Sukan
Negara seperti membudayakan sukan dalam kalangan
masyarakat, memupuk semangat sukan, membangunkan
ekonomi negara, meningkatkan pengetahuan sukan dan
pengiktirafan kepada rakyat.

Para hadirin yang dihormati,

Sambutan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah kita


pada hari ini sememangnya untuk menyahut seruan kerajaan
agar seluruh warga sekolah membudayakan aktiviti sukan
disamping memupuk gaya hidup sihat. Murid-murid sekolah
merupakan aset utama kepada negara, oleh yang demikian
penglibatan murid dalam aktiviti sukan sememangnya perlu diberi
penekanan utama. Setiap murid akan didedahkan dengan
pelbagai aktiviti sukan salah satunya melalui program satu murid
satu sukan. Keadaan ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan
memandang serius penglibatan murid sekolah dalam aktiviti
sukan.

Sekolah bukan sahaja tempat untuk mengajar bidang


akademik semata-mata, tetapi sekolah juga merupakan tempat
untuk mengasah serta mencungkil bakat murid dalam bidang
sukan. Pendedahan awal budaya sukan sejak dibangku sekolah
dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara sukan dengan penglibatan seluruh masyarakat di
semua peringkat dalam aktiviti sukan.

3
Para guru dan murid sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya menyeru kepada seluruh


warga sekolah untuk bersama-sama memeriahkan sambutan
Hari Sukan Negara pada hari ini. Marilah kita semua menyertai
dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang sepanjang Hari Sukan Negara oleh pihak sekolah.
Saya berharap semua warga sekolah dapat menunjukkan
budaya sukan yang tinggi dalam diri masing-masing. Saya juga
ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Ahli Jawatankuasa penganjur kerana bertungkus lumus
menjayakan sambutan Hari Sukan Negara pada hari ini.
Kerjasama yang erat dalam sebuah pasukan akan menjadikan
sekolah kita sentiasa mencapai kecemerlangan dalam pelbagai
bidang. Akhir kata dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya
merasmikan Hari Sukan Negara peringkat SMK Seksyen 8 Kota
Damansara 2021.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai