Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan : Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Smk Tunku Besar

Burhanuddin

TEKS UCAPAN PERASMIAN


ZUL FADHLI BIN ABD AZIZ
PENOLONG PENGARAH (SUKAN) JABATAN BELIA DAN SUKA NEGERI SEMBILAN
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN OLAHRAGA
TAHUN 2018

Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia


Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga sekolah ini pada
Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga SMK Tunku Besar Burhanuddin Tahun 2018.

Sidang hadirin yang berbahagia.


Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas fizikal
dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi
minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh
dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,


Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut.
Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di
sekolah bukan sahaja mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkan
silaturrahim warga sekolah dan masyarakat setempat, malahan, pendekatan ini akan menjadi
pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang
lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid
dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan
pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan.
Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan
semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat
dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.

Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang kepada
murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental
dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi
Hadirin sekalian.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Guru dan kakitangan
SMKTBB kerana telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga dengan jayanya pada hari ini..
Kepada para atlet yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun
menunjukkan bahawa anda telah mencipta kejayaan. Kepada atlet yang telah berjaya dalam kejohanan
ini tahniah kerana akan mewakili sekolah di peringkat daerah yang difahamkan akan berlangsung
pada 6-8 Mac 2018 nanti. Mereka yang terpilih diharapkan berusaha bersungguh-sungguh untuk
menaikkan nama sekolah.

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, SAYA DENGAN INI MERASMIKAN


KEJOHANAN OLAHRAGA SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN TAHUN 2018.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai